Anda di halaman 1dari 2

STPM 2013 (U) Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa

maritim pada abad ke-15 dan abad ke-16 Masihi.

Jawapan

Pendahuluan

 Menjelang abad ke-15 dan abad ke-16, Portugal muncul sebagai


sebuah kuasa maritim di Eropah.
 Masyarakat maritim di Portugal telah memberi sumbangan dalam
bidang penjelajahan, perdagangan, penjajahan, teknologi pelayaran dan
perkapalan.
 Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kemunculan masyarakat
maritim di Portugal.
Isi Penting

(a) Perkembangan kapitalisme dan merkantalisme


 sistem ekonomi ini menggalakkan masyarakat Portugal mengumpul
modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan.
 ini menyebabkan Raja Portugal memberi galakan dan menaja
pelayaran rakyatnya ke seberang laut untuk tujuan tersebut.
 ini menyebabkan muncul masyarakat maritim Portugal yang giat
dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan.
(b) Perkembangan perdagangan
 Menjelang abad ke-15, permintaan untuk rempah ratus oleh
masyarakat Eropah menyebabkan pedagang-pedagang portugis belayar
ke Timur untuk menguasai perdagangan.
 ini disebabkan kegiatan perdagangan rempah ratus dikuasai oleh
pedagang Itali dan Islam yang meraih keuntungan besar melalui
penjualan pada harga yang tinggi.
 oleh itu, pedagang Portugal mencari jalan laut ke Timur untuk
memecahkan monopoli perdagangan rempah ratus tersebut.
(c) Pengaruh Renaisans
 zaman renaisans telah menyemai ciri-ciri humanisme,
individualisme, sekularisme, sifat kritikal dan rasionalisme dalam cita-cita
dan pemikiran bangsa Eropah.
 ini melahirkan masyarakat di Eropah yang menekankan
kepentingan sains dan teknologi berbanding dengan institusi gereja yang
dianggap mengongkong pemikiran.
 kemajuan ini menyemai semangat ingin tahun di kalangan orang
Portugal untuk menerokai kawasan-kawasan baru seperti Ferdinand
Magellan pada September 1519 M.
(d) Teknologi pelayaran
 pengetahuan teknikal dalam geografi dan pelayaran menggalakkan
aktiviti penerokaan dan penjelajahan ke sebarang laut.
 masyarakat maritim di Portugal mencipta peralatan baru seperti
peta pelayaran, kompas magnetik (arah) dan astrolab (longitud) untuk
memudahkan mereka berlayar.
 mereka juga membina kapal-kapal besar seperti
kapal Caravel seberat 2000 tan untuk berlayar di lautan yang luas.
(e) Pengetahuan dunia luar
 diperolehi melalui orang Islam Arab yang mempunyai pengetahuan
terawal tentang dunia luar (500-1000M)
 catatan pengalaman pengembara Eropah seperti Marco Polo ke
China dan John Monte Corvino ke Parsi dan India turut mendorong
masyarakat Portugal mengembara.
 pengetahuan ini menggalakkan Putera Henry (1394-1460) bergiat
lebih aktif dalam aktiviti penjelajahan di kalangan masyarakat Portugis.
Kesimpulan
 masyarakat maritim di Portugal telah banyak memberikan sumbangan
dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
 mereka memainkan peranan penting untuk menjadi kuasa maritim yang
unggul dan disegani di benua Eropah.

Anda mungkin juga menyukai