Anda di halaman 1dari 4

SISTEM PENDIDIKAN PADA ZAMAN KHALIFAH UMAYYAH PADA ABAD KE7M

HINGGA 8M
PENDAHULUAN
• Pada zaman Khalifah Umayyah, berlaku perkembangan pesat dalam bidang
pendidikan yang didorong keutuhan kerajaan itu sendiri, perkembangan ilmu
dan masyarakat Islam, gerakan agama, falsafah dan sejarah.
• Galakan dan kecintaan Khalifah Umayyah terhadap pendidikan merupakan
asas utama berlakunya perkembangan ilmu sama ada ilmu keagamaan
mahupun keduniaan.
• Usaha-usaha memperkasa bidang pendidikan dapat dilihat melalui usaha
Khalifah Umayyah menjadikan kota-kota utama seperti Damsyik, Kufah dan
Basrah sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.
Isi-penting:
1. Institusi Pendidikan
● Terdapat 3 buah institusi pendidikan iaitu masjid, istana khalifah dan al-
kuttab
i.MASJID
● Masjid-masjid di Damsyik seperti Masjid Umawi merupakan pusat
pendidikan dan penyebaran ilmu agama.
● Masjid-masjid di Basrah dan Kufah merupakan pusat pengajian bahasa dan
nahu secara saintifik berikutan pengislaman bangsa-bangsa bukan Arab.
● Kurikulum yang diajar di masjid adalah ilmu-ilmu naqli seperti ilmu tafsir dan
hadis.
● Kaedah pengajaran di masjid adalah dalam bentuk syarahan bebas.
Contohnya, di Masjid Umawi umpamanya, terdapat banyak halaqah atau
kelompok yang dipenuhi dengan para pelajar dan mazhab.
ii.ISTANA
● Istana Khalifah menjadi pusat pendidikan untuk para putera khalifah dan
anak-anak pembesar.
● Guru-guru berpengalaman dijemput khas termasuk guru bukan Islam.
● Mata pelajaran utama adalah sejarah, kesusteraan, ilmu pidato.
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan sering mengundang para
cendekiawan ke istananya di Damsyik untuk membincangkan pelbagai
disiplin ilmu pengetahuan, khasnya ilmu sejarah.
iii.KUTTAB
● Kuttab merupakan sekolah sekolah permulaan yang menekankan pengajian
dan asas ilmu agama sebagai persediaan melangkah ke tahap pengajian lebih
tinggi iaitu halaqah yang diadakan di masjid
● Pada zaman Khalifah Umayyah terdapat 2 jenis kuttab iaitu kuttab untuk
orang awam yang dikenakan yuran pengajian dan kuttab al-Sabil untuk kanak-
kanak miskin di mana pendidikannya diberi secara percuma.
● Jelaslah bahawa ketika pemerintahan Khalifah Umayyah, terdapat 3 jenis
institusi pendidikan yang disediakan oleh para pemerintah iaitu masjid, istana
khalifah, dan Kuttab
2. Dasar Pendidikan
● Pendidikan percuma untuk golongan miskin di kuttab dan pengajian terbuka
di masjid-masjid.
● Tiada sukatan kurikulum khas ditetapkan, namun ia berkaitan dengan ilmu
fardu ain dan fardu kifayah.
● Pendidikan formal berlangsung di istana, madrasah dan kuttab, manakala
non-formal di masjid masjid.
● Khalifah dan Gabenor memainkan peranan penting dalam perkembangan
pendidikan pada zaman Khalifah Umayyah.
● Bentuk pendidikan telah berubah mengikut keadaan semasa berikutan
pengaruh falsafah Yunani dan Nasrani.
● Ilmu sejarah menjadi salah satu faktor penting dalam perkembangan
pendidikan zaman Khalifah Umayyah.
● Ilmu ini dikhaskan untuk putera-putera khalifah agar mereka dapat
memahami ilu kenegaraan, sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan
silam sebagai panduan semasa menjadi khalifah satu masa nanti.
● Contoh karya sejarah terkenal pada zaman Khalifah Umayyah - Kitab al-Mulk
wa Akbar al-Madin.
3. Tenaga Pengajar
● Guru-guru dibayar gaji oleh kerajaan dan ada yang berkhidmat secara
sukarela.
● Terdiri daripada pelbagai mazhab yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran berbeza mengikut tahap pendidikan masing-masing.
● Minat pelajar bergantung kepada kewibawaan guru-guru. Ulama terkenal
dari segi ilmu dan menarik dari segi cara penyampaiannya akan mendapat
perhatian ramai pelajar yang dikatakan mencecah ribuan orang.
● Guru terdiri daripada ulama yang mengajar dengan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang ganjaran.
● Antara tokoh terkenal yang pernah mengajar di Masjidil Haram, Makkah
ialah Abdullah bin Abbas yang mahir dalam bidang ilmu tafsir, hadis dan fiqh.
Ulama terkenal yang lain anataranya ialah Abu Musa al-Asya'ari, Hasan al-
Basri, Ubaidillah bin Zubayr dan sebagainya.
● Guru yang mengajar di istana dikenali sebagai muaddib yang
bertanggungjawab mengajar putera kerabat diraja dan anak pembesar
berkenaan bahasa dan sahsiah.
4. Kurikulum Pendidikan
● Bidang pendidikan yang paling berkembang pesat ialah ilmu naqli seperti
tafsir al-Quran, hadis, fiqah dan sebagainya.
● Ilmu aqli seperti muzik dan puisi bertemakan cinta dan kasih sayang berpusat
di kota Mekah, Madinah dan Damsyik. Perkembangan ilmu ini digalakkan
Khalifa Umayyah untuk melalaikan umat Islam dari permasalahan pelantikan
Khalifah.
● Pendidikan kesusteraan berkembang di masjid-masjid di Kota Basrah dan
Kufah.
● Puisi memainkan penting dalammenyampaikan sesuatu penerangan dan
propaganda bagi pihak kerajaan.
● Para penyair diberi layanan yang istimewa kerana mereka berperanan
membangkitkan semangat jihad dan meninggikan seseorang khalifah dan
qabilah mereka.
● Antara penyair terkenal, Qays bin Mulawa yang menghasilkan karya Laila dan
Majnun.
Kesimpulan
● Penglibatan khalifah dan sumbangan ulama merupakan faktor utama
berlakunya perkembangan pendidikan pada zaman Khalifah Umayyah.
● Kemajuan pendidikan menjadi asas kepada tamadun politik, ekonomi, dan
sosial umat Islam.
● Sesungguhnya Khalifah Umayyah telah meletakkan legasi kukuh untuk
perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan Islam seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai