Anda di halaman 1dari 1

Selain itu, kekuatan yang ketiga saya dapat adalah mengajar seseorang individu

agar mempunyai stamina yang baik dan kuat. Hal ini demikian kerana, semasa aktiviti
kembara, para peserta terpaksa mendaki dan menuruni curam yang curang serta berjalan
jauh. Ramai peserta yang tidak berupaya atau tidak larat atau tercungap-cungap ketika
berjalan di dalam hutan. Bagi seorang guru, penting baginya mempunyai stamina yang tinggi
kerana tugas seorang guru bukan hanya mengajar di dalam kelas sewaktu P&P, Seorang
guru juga perlu bergiat aktif di dalam aktiviti luar bilik darjah iaitu kurikulum di mana wujudnya
persatuan dan kelab, unit beruniform serta sukan dan permainan. Jika seorang guru yang
lemah dari segi stamina, kemungkinan besar sukar untuk guru tersebut melaksanakan setiap
aktiviti luar bersama dengan para pelajar kelak.

Selain daripada itu, sifat keyakinan dan keberanian dalam diri juga dapat
dipertingkatkan melalui aktiviti yang dijalankan sama ada di darat mahupun di air. Keberanian
adalah satu tindakan dalam memperjuangkan sesuatu dengan cara menghadapi segala yang
menghalanginya (Irons,2016). Aktiviti seperti water confident merupakan salah satu contoh
aktiviti yang mempertingkatkan lagi keberanian dalam diri seorang guru pelatih.

Anda mungkin juga menyukai