Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan soalan dua yang memerlukan saya untuk menganalisis satu video berkaitan dengan

perubahan sikap seseorang, saya telah mencari video tentang perubahan sikap di youtube. Saya
sertakan pautan video disini https://www.youtube.com/watch?v=0Nh61ktP90c. Saya mendapati
satu video pendek yang telah menarik perhatian dan saya berasa video itu sangat sesuai untuk saya
analisis dan huraikan. Video pendek tersebut telah dirakam oleh beberapa remaja Indonesia. Video
tersebut berdurasi selama 9.33 minit. Watak utama dalam video tersebut adalah Rizki dan Akmal
yang sebaya dan tinggal berhampiran antara satu sama lain. Mereka juga hadir ke sekolah yang
sama. Akmal adalah seorang anak yatim yang hidup sebatang kara manakala Rizki adalah seorang
remaja yang tinggal bersama keluarga dan menjalani kehidupan yang lebih baik daripada Akmal.

Pada babak yang pertama, Akmal telah lambat ke sekolah kerana ayahnya tidak menghantarnya
lalu ketika sampai di pagar sekolah dia berjumpa dengan Rizki. Rizki berasa gembira walaupun dia
lambat ke sekolah tetapi dia tidak berseorangan memandangkan ada Akmal bersamanya, tidak
seperti Akmal yang beranggapan buruk dan membenci rizki kerana penampilan dan penilaian luaran
Rizki yang kurang baik. Disini dapat kita pelajari bahawa penampilan luaran memberikan tanggapan
pertama kita kepada seseorang. Walaupun ada pepatah yang mengatakan jangan menilai buku dari
kulitnya tetapi hakikatnya manusia sentiasa menilai seseorang daripada penampilan diri. Ini berkait
dengan daya tarikan fizikal. Daya tarikan fizikal adalah antara factor penting kerana ia memainkan
peranan yang besar dalam interaksi manusia. Oleh itu, kita perlu sentiasa menjaga penampilan dan
kebersihan diri sendiri.

Seterusnya, Rizki adalah seorang anak yatim yang tinggal berseorangan tetapi rizki mempunyai
peribadi yang sentiasa positif terhadap orang lain tidak seperti Akmal yang sentiasa bersikap
negative terhadap orang di sekelilingnya. Rizki seorang anak yatim yang rajin dan sentiasa belajar
hidup untuk berdikari. Dia sentiasa bersyukur dan rajin mengemas rumahnya walaupun tiada sesiapa
menyuruhnya untuk melakukan perkara tersebut. Rizki sering menegur Akmal yang lalu di hadapan
rumahnya walaupun tidak mendapat reaksi balas yang baik daripada Akmal. Rizki juga mempunyai
sikap empati terhadap orang disekelilingnya, dapat kita lihat babak minit 8.16-8.23 dimana Rizki
memberikan makanan kepada gelandangan di tepi jalan. Hal ini berkait dengan tingkah laku
prososial. Tingkah laku prososial adalah bertujuan untuk membantu orang lain. Kelakuan prososial
dicirikan oleh kebimbangan terhadap hak, perasaan, dan kebajikan orang lain. Kelakuan yang boleh
digambarkan sebagai prososial termasuk perasaan empati dan kebimbangan terhadap orang lain
dan berperilaku dengan cara untuk membantu atau memberi manfaat kepada orang lain. Akmal
mula merasa pelik kerana sikap rizki yang sentiasa positif walaupun serba kekurangan dalam
kehidupan. Dia mengekori Rizki dan menyedari bahawa walaupun Rizki serba kekurangan tetapi
sikap empati rizki terhadap orang lain sangat tinggi. Akmal mula belajar bahawa dalam hidup perlu
ada rasa bersyukur, rajin, berusaha tanpa mengarapkan bantuan orang lain dan prihatin terhadap
orang disekelilingnya akan membuatkan diri merasa lebih bahagia dan tenang. Akmal menyesal
dengan tanggapan buruknya terhadap rizki selama ini dan merasa malu dengan dirinya.
Berdasarkan video yang saya analisis, saya telah dapati beberapa babak yang menerapkan
Psikologi sosial. Pada babak minit ke 1.03-1.42, dapat kita lihat bahawa berlaku proses penilaian
negatif dimana Akmal menilai penampilan rizki. Akmal tidak suka apabila rizki dekat dengannya.
Menurut Baron & Bryne, sikap dalam perpekstif psikologi sosial adalah proses penilaian positif atau
negative seseorang terhadap sesuatu objek atau seseorang yang dimana proses penilaian ini
dipengaruhi oleh masa lalu. Akmal kelihatan tidak menyukai penampilan rizki yang tidak kemas,
busuk dan selekeh. Hal ini kerana berlakunya proses penilaian yang negatif daripada Akmal tehadap
rizki.

Seterusnya, pada minit ke 4.18-5.38 saya dapat lihat bahawa babak itu telah memperlihatkan rutin
dan gaya hidup Rizki yang serba kekurangan. Pada babak itu Rizki dilihat telah pergi ke kedai
berdekatan dan menjual surat khabar kepada orang awam yang berdekatan. Walaupun hasil jualan
itu tidak banyak tetapi rizki bersyukur dan mampu menampung perbelanjaan harian. Rizki juga tidak
merungut melakukan kerja-kerja di rumah serta tidak rajin mengulang kaji pelajaran sekolah. Hal ini
berkait rapat dengan Teori motivasi dalam psikologi sosial. Teori motivasi adalah dimana seseorang
itu akan bermotivasi jika ianya melibatkan keperluan hidup. Rizki adalah anak yatim piatu yang hidup
berseorangan. Oleh itu, rizki perlu mencari kerja sambilan supaya dia dapat membeli makanan.
Dalam masa yang sama, rizki juga rajin melakukan kerja dirumah kerana dia tinggal seorang.

Disamping itu, pada babak minit ke 7.00-8.26 Akmal telah menyedari bahawa tanggapan negatif
yang selama ini diberikan terhadap Rizki adalah salah. Dia menyesal kerana bersangka buruk
terhadap Akmal. Bbak ini boleh dikaitkan dengan perpekstif Sosial kognitif dimana ia bermaksud
seseorang itu mempelajari sesuatu yang baharu melalu pemerhatian dan meniru orang lain.
Perpekstif kognitif adalah teori dimana ia menekankan proses berfikir dalam diri manusia dan
bagaimana mereka mentafsir sesuatu. manusia mempunyai kepercayaan, sikap, emosi, motivasi, dan
jangkaan yang mempengaruhi pembelajaran. manusia adalah makhluk sosial yang mampu
mempelajari perkara baharu melalui pemerhatian dan meniru orang lain. Tingkah laku individu
bergantung kepada cara dia melihat situasi sosial yang berlaku di persekitarannya.

Kesimpulannya, selepas menganalisis video tersebut saya dapat mempelajari beberapa situasi
yang menunjukkan bagaimana pemikiran, perlakuan dan tindak balas manusia melalui perpektif
psikologi sosial.

Anda mungkin juga menyukai