Anda di halaman 1dari 4

Kumpulan adalah penting dalam identiti manusia dan akan membantu mewujudkan norma sosial.

Maksud kumpulan tidak terpakai kepada beberapa orang yang berada dalam kumpulan di sesuatu
lokasi dan dalam masa yang sama tetapi lebih kepada beberapa individu yang memenuhi kriteria
tertentu. Sebagai contoh dalam sebuah sekolah, pelajar-pelajar dari kumpulan umur yang sama,
belajar subjek yang sama dan mengikuti jadual pembelajaran yang sama adalah ditakrifkan sebagai
sebuah kelompok ataupun kumpulan. Dalam kumpulan ini, pelajar perlulah berinteraksi antara satu
sama lain dan mempunyai fungsi matlamat yang sama. Pembentukan kumpulan dapat memudahkan
sesorang untuk berurusan dengan orang lain dan mewujudkan suasana yang koperatif dalam
kehidupan. Proses kumpulan pula adalah apabila wujudnya kehadiran orang lain. Kehadiran orang
lain adalah peranan penting untuk proses kumpulan. Kehadiran orang lain boleh terbahagi kepada 3
kategori yang berbeza iaitu kemudahan sosial, penolakan sosial dan de-individuasi.

Kemudahan sosial adalah apabila prestasi seseorang itu akan meningkat apabila ada kehadiran
orang lain berhampirannya. Ia akan memberikan kecenderungan kepada seseorang untuk
melakukan sesuatu lebih baik pada suatu tugas yang mudah dan lebih teruk pada tugas yang sukar
apabila ada kehadiran orang lain serta prestasinya dapat dinilai (Aronson et al., 2005). Maksudnya,
kehadiran orang lain itu akan membuatkan seseorang itu lebih berhati-hati dan peka, ambil peduli
tentang persepsi orang lain dan kehadiran orang lain juga dapat menganggu konsentrasi seseorang.
Apek asas dalam kemudahan sosial ini telah disokong oleh teori Zajonc. Terdapat tiga komponen
utama dalam teori Zajonc iaitu Kehadiran orang lain semata-mata, Keghairahan dan Tindak balas
yang dominan. Kehadiran orang lain akan membuat seseorang semangat dan ghairah untuk lakukan
sesuatu dengan baik. Kgehairahan pula akan memberikan kecenderungan yang tinggi kepada
seseorang lalu akan debalas dengan tindak balas yang dominan. Dengan peningkatan terhadap
tindak balas dominan akan membawa kepada kemudahan tugas mudah dan perencatan tugas yang
kompleks.

(Gambar Zajonc teori)

Seterusnya, penolakan sosial pula adalah situasi dimana seseorang melakukan tugasan mudah
dengan teruk tetapi melakukan tugasan sukar dengan sangat baik apabila ada kehadiran orang lain
disampingnya serta kerja mereka tidak dapat dinilai. Dalam penolakan sosial, kita dapat bergabung
dengan orang lain dan membentuk kumpulan dan akan membuatkan kita lebih tenang dan santai
kerana tidak akan menjadi tumpuan utama ketika melakukan sesuatu tugasan. Sebagai contoh,
pelajar yang diberikan tugasan berkumpulan akan lebih tenang dan tidak tertekan kerana tugasan
mereka akan dinilai berdasarkan kerja berkumpulan bukan individu. Oleh itu, apabila orang tidak
bimbang untuk dinilai, mereka lebih santai dan melakukan tugas yang lebih baik dalam tugasan yang
mereka akan mempelajari sesuatu yang baharu. Sebagai contoh, seorang guru memberikan tugasan
secara berkumpulan dan anda tidak merasa tertekan kerana anda yakin bahawa tugasan itu akan
dinilai secara berkumpulan bukannya secara individu. Lalu anda beranggapan bahawa tidak ap ajika
anda tidak memberikan usaha yang tinggi untuk tugasan kerana berfikir tugasan itu akan disiapkan
oleh pelajar lain. Kesimpulannya, kehadiran orang lain akan memberikan kesan yang baik dan buruk
kepada keputusan tugasan kita.

De-Individuasi ialah dimana ada kelonggaran kekangan pada tingkah laku seseorang apabila di
khalayak ramai lalu membawa kepada peningkatan dalam perbuatan yang tidak diimpikan dan
perbuatan yang luar biasa. Ia adalah keadaan dimana seseorang kehilangan kesedaran akan diri
sendiri dan kehilangan pengertian identiti terhadap dirinya. Jika seseorang itu berada dalam keadaan
yang sesak, dia akan melakukan sesuatu yang tidak pernah dia ingin lakukan ataupun sesuatu yang
berbeza daripada identiti asalnya. Teori ini juga menegaskan bahwa menyatunya individu terhadap
kelompok membuat individu itu kehilangan identiti diri yang menjadi punca seseorang berperilaku
agresif atau menyimpang dari perilaku sosial. (Festinger, dalam Chang, 2008) Sebagai contoh,
seorang pelajar yang diam dan pemalu yang biasanya menyorokkan identitinya menjerit dengan kuat
di konsert apabila melihat kawan-kawannya melakukan perkara tersebut. Hal ini kerana pelajar itu
yakin bahawa tindakannya itu tidak akan dinilai secara individu tetapi akan dilihat secara
berkumpulan.

Struktur kelompok adalah dimana ia dipengaruhi oleh empat komponen utama iaitu Norma
sosial, Peranan jantina, Kesepaduan kumpulan dan Peranan sosial. Norma sosial adalah satu set
bingkai rujukan yang dikongsi oleh orang-orang yang membentuk satu kumpulan . Norma sosial
adalah faktor paling kuat dalam menjadi penentu kelakuan yang harus dipatuhi oleh semua orang.
Sesetengah norma kumpulan juga amat berbeza daripada kumpulan yang lain. Norma sosial sangat
berpengaruh dalam membentuk kelakuan dan mampu memberi tekanan kepada ahli kumpulan
untuk keluar. Sebagai contoh, norma sosial dalam satu kumpulan ditentukan oleh beberapa faktor
iaitu nilai, fesyen, kastam, sterotaip dan peranan. Sebagai contoh, penggunaan pakaian tertentu dan
penggunaan estetika dan kepentingan tertentu mengikut masa dan kumpulan tertentu, yang
merupakan norma sosial kerana ia membolehkan kita menjalin hubungan dengan ahli-ahli kumpulan
yang lain dan mengenal pasti antara satu sama lain.

Seterusnya peranan sosial adalah satu harapan bersama sesuatu organisasi ataupun kumpulan
mengenai bagaimana orang tertentu sepatutnya berkelakuan dalam situasi tertentu (Aronson et.al
2005) Peranan sosial adalah konsep peranan status, yang merupakan salah satu teori yang paling
popular dalam sosiologi. Mana-mana orang adalah sebahagian daripada masyarakat, masyarakat
dan mengikutinya melakukan beberapa fungsi, yang berkaitan dengannya, dalam konsep ini,
seseorang adalah subjek. Peranan sosial adalah dimana ia menyatakan bagaimana semua ahli
kumpulan sepatutnya bertindak serta peranan sosial juga menyatakan bagaimana seseorang yang
berada dalam kedudukan, kerjaya atau pangkat tertentu untuk bertindak. Status sosial dan peranan
sosial adalah dua konsep utama yang menggambarkan tingkah laku sosial seseorang. Individu,
menduduki tempat tertentu dalam masyarakat, ditetapkan oleh kedudukan awam dan mempunyai
hak dan kewajiban tertentu. Ia adalah kedudukan ini yang menentukan status sosial seseorang.
Seseorang akan melakukan lebih banyak peranan sosial jika dia mempunyai status dan kedudukan
yang lebih tinggi dalam masyarakat.

Peranan jantina pula menentukan bagaimana lelaki dan wanita diharapkan bertindak dalam
masyarakat. Peranan jantina ini selalunya ditentukan oleh jenis kelamin tertentu. Sebagai contoh,
lelaki diberi peranan untuk mencari nafkah untuk keluarga. Tugas ini sering diberikan kepada lelaki
kerana dianggap maskulin manakala wanita pula lebih sinonim dengan tugas di rumah kerana sifat
keibuan yang ada dalam diri wanita. Komponen terakhir dalam struktur kumpulan pula ada
kesepaduan kumpulan. Kesepaduan kumpulan adalah satu kualiti yang perlu ada dalam kumpulan
untuk menjadi pengikat ahli kumpulan dan membuatkan ahli kumpulan selesa dan suka bila
bersama. Kesepaduan kumpulan merupakan proses dinamik yang dijelmakan menerusi
kecenderungan sesuatu kumpulan untuk bersatu dan bersama mencapai matlamat serta objektif
kumpulan.
Terdapat beberapa jenis kelompok, antaranya ialah Penonton dan Kategori sosial. Kelompok
penonton ialah dimana apabila beberapa orang yang sedang melihat, mendengar dan bertindak
balas kepada sesuatu situasi tertentu walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain serta
tidak berkomunikasi sesama mereka. Contoh kategori ini ialah penonton-penonton yang berada
dalam persembahan ataupun penonton yang hadir untuk melihat perlawanan bola sepak.
Seterusnya, kategori sosial pula ialah beberapa orang yang berkongsi perkara yang sama ataupun
melakukan sesuatu tugasan yang sama. Ahli kumpulan sosial kategori sosial ini mempunyai
persamaan walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama yang lain. Contoh ahli kumpulan ini
ialah pemandu teksi, pelajar, cikgu sekolah dan remaja perempuan.

Hubungan antara kelompok boleh dipertingkat dengan beberapa cara dan Langkah antaranya,
Tawar-menawar, Mencari titik persamaan dan menggunakan kaedah GRIT. Tawar-menawar ialah
proses perundingan bolak-balik untuk membuat persetujuan antara dua pihak. Kaedah tawar
menawar ataupun rundingan digunakan apabila berlakunya konflik yang ingin diselesaikan oleh
pihak-pihak tanpa berlakunya pertengkaran secara terbuka antara mereka ataupun lebih teruk
apabila pertengkaran tersebut melibatkan undang-undang yang telah dikuatkuasa. Sidang tawar
menawar ini perlu fleksibel untuk mencapat kata sepakat yang memberikan keuntungan kepada
kedua belah pihak. Untuk mengadakan sidang yang fleksibel memerlukan integratif yang kompleks
seperti Mencari maklumat, Meramalkan hasil keputusan, Mempertimbangkan pilihan dan
candangan, Mempertimbangkan beberapa stratergi yang berpotensi dan perlu memahami serta
mendengar sudut pandangan kumpulan lain walaupun kita tidak bersetuju dengan pandangan itu.
Perundingan integratif ini (juga dipanggil "perundingan berasaskan faedah," "perundingan menang-
menang") ialah strategi perundingan di mana pihak bekerjasama untuk mencari penyelesaian
"menang-menang" bagi pertikaian mereka. Strategi ini memberi tumpuan kepada pembangunan
perjanjian yang saling menguntungkan berdasarkan kepentingan pihak yang bertikai. Tawar
menawar ini juga terlibat dalam pelbagai situasi contohnya perniagaan.

Seterusnya adalah GRIT (Graduated and Reciprocated initiative in Tension-Reduction). Dalam


kaedah grit ia menekan empat konsep iaitu membuat pernyataan yang jelas, Tentukan kredibiliti diri,
Memberi tindak balas Kerjasama dan menunjukkan kesediaan untuk melindungi. Membuat
peryataan yang jelas bermaksud setiap pihak perlu menerangkan niat untuk berdamai dengan pihak
lain. Langkah ini akan memberikan sokongan dan membuatkan pihak lain memberikan Kerjasama
untuk berdamai. Kredibiliti diri bermaksud seseorang itu harus mendengar pandangan pihak lain
kerana dengan mendengar ia akan menonjolkan kredibilti. Sebagai contoh seorang kaunselor
mendengar pendapat dua pelajar yang bergaduh tanpa menyebelahi sesiapa. Memberi tindak balas
Kerjasama pula apabila pihak lain telah memberikan respon yang baik, kita perlu membalasnya
dengan tidak melebihi tindak balas yang diterima. Contohnya, apabila seorang lelaki tua
memberikan tempat duduk kepada seorang perempuan mengandung, dia harus berterima kasih dan
bertanya keadaan lelaki tua itu yang perlu berdiri. Akhir sekali, menunjukkan keinginan untuk
melindungi bermaksud melindungi sesuatu pihak daripada dieksploitasi dari pihak yang lain. Sebagai
contoh, seorang abang melindungi adiknya yang dibuli di sekolah oleh pembuli.

Kesimpulannya, Saya dapat pelajari bahawa psikologi sosial adalah untuk memahami punca
perlakuan sosial, pemikiran sosial dan pengaruh sosial seseorang. Pengaruh sosial menentukan
factor yang membentuk perasaan, perbuatan dan pemikiran seseorang dalam situasi sosial dengan
melalui kaedah saintifik. Psikologi sosial menitikberatkan bagaimana seseorang itu berfikir dan
berkomunikasi dengan orang lain. Ia mempelajari tentang sikap seseorang agar dapat menyelesaikan
sesuatu masalah sosial. Kumpulan pula adalah penting kerana setiap pekerjaan akan menjadi mudah
apabila dibahagikan tugas. Bekerja secara individu dengan kehadiran orang lain di sekitar kita akan
mempengaruhi hasil kerja kita, hal ini berkait dengan kemudahan sosial (social facilitation).
Penolakan sosial pula apabila individu itu berasa hasil kerjanya akan dinilai secara berkumpulan
bukannya dinilai secara individu. De-individuasi pula berlaku apabila kita berada di dalam kumpulan
atau khalayak yang ramai hal ini kerana rasa tanggungjawab dan bimbang dengan tanggapan orang
lain akan menurun kerana setiap perbuatan yang dilakukan akan dinilai secara perbuatan kumpulan
dan bersama. Akhir sekali, kumpulan atau kelompok amat penting untuk mewujudkan sesuatu
norma sosial. Sebagai contoh kelompok mewujudkan norma sosial sebuah Kaum, Agama, Puak serta
Peradaban. Kelompok memberikan pengaruh kepada ahli melalui norma, peranan dan kesepaduan.
Walaupun begitu, pertikaian dan konflik tetap berlaku dalam kumpulan oleh itu beberapa kaedah
telah diwujudkan dan dikaji oleh ahli psikologi untuk meningkatkan kesepaduan antara ahli
kumpulan serta antara kumpulan yang lain.

https://en.wikipedia.org/wiki/Gender_role

https://may.agromassidayu.com/socialnaya-rol-eto-povedenie-cheloveka-v-obshestve-svyazannoe-
s-socialnim-statusom-news-327244

Anda mungkin juga menyukai