Doa Majlis 2022
Doa Majlis 2022
Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin
Wassalatu wassalamu ‘ala asyrafi mursalin
Wa‘ala alihi wasahbihi ajma’in
Ya Hayyu Ya Qayyum
Kau jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dengan hati dan lidah
Kau perkenankan munajat kami dalam ibadah
Terimalah tawakal yang kami serah
Lakarkanlah kejayaan kami dengan mudah
Pada hari ini yang penuh bersejarah
We pray that You make us Your servants who are always grateful
Because You allow our prayers in worship
We pray that You ease up our success easily
In an effort to keep us moving forward
On this historic day
Ya Aziz Ya Jabbar
Jadikanlah majlis ini sebagai dorongan untuk kami terus bermujahadah
Agar tidak bersikap memadai apa yang diperoleh sudah
Lantas tidak lagi mahu bersusah payah
Kurniakanlah kepada kami sikap terus berusaha tanpa mengenal lelah
Dalam segala bidang yang perlu kami menongkah
Khususnya dalam pendidikan keperluan ummah
Agar kejayaan demi kejayaan dapat kami tempah