Anda di halaman 1dari 4

Text ucapan

Kata aluan Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera, salam


pengerusi sehati sejiwa dan salam nulli secundus

Yang berusaha En.Zulkifli B Mat Sin, Penolong Kanan Hal Ehwal murid
SMK Hamzah. Yang dihomati En. Cheng Kim Tiang Penolong kanan ko-
Kurikulum
Cikgu Hasnin Binti Mohd Yunus Timbalan Penolong Kanan Petang SMK
Hamzah, Puan Noreha Bt Shafie Setiausaha Kurikulum Puan Siti Noriah
Bt Zainal Abidin, Setiausaha Hal Ehwal Murid, Puan Norlia Abd Wahid
Setiausaha Kokurikulum, Puan Rosliza Bt Hashim Guru Kaunselor, guru-
guru serta murid-murid sekalian

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya


dapat kita berkumpul lagi dalam Majlis Perhimpunan Rasmi kita kali ke
_______tahun 2022.

Nyanyian Baiklah, kita mulakan perhimpunan kita dengan nyanyian lagu Negaraku,
lagu Selamat Sultan dan lagu sekolah. Semua guru dan murid diminta
berdiri.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi, semua guru dan murid
dipersilakan duduk

Bacaan Ikrar Seterusnya, Majlis mempersilakan Ketua Pengawas Saudara Mohd


Farooq Amsyar dari kelas 2Arab2 untuk mengetuai bacaan ikrar. Majlis
mempersilakan.

Xxxxxxxxxxxxxxxxx

Terima kasih kepada Saudara Mohd Farooq Ansyar kerana mengetuai


bacaan ikrar itu tadi. Semua guru dan murid dipersilakan duduk.

Bacaan doa Baiklah, bagi memberkati lagi perhimpunan rasmi kita pada hari ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan untuk mengaminkan bacaan
doa yang akan dipimpin oleh Saudara Muhammad Ainul Yaqin dari kelas
2 Arab 2.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Amin…..Amin…..Amin……
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Saudara Muhammad Ainul Yaqin atas pimpinan bacaan doa sebentar
tadi

Ucapan 1 Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.


Majlis kita pada hari ini diteruskan dengan sama-sama mendengar
laporan daripada guru bertugas pada minggu lepas. Dengan ini saya ingin
menjemput ______________________________________untuk
membacakan laporan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan .

Xxxxxxxxxxxxxxxxx

Terima kasih diucapkan kepada


__________________________________ atas laporan yang
disampaikan sebentar tadi.

Persembaha Dengan tidak membuang masa, majlis diteruskan dengan persembahan


n nasyid yang akan disampaikan oleh unit PPIM

Xxxxxxxxxxxxxxx

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan yang telah


disampaikan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Penolong Kanan Hal Ehwal


Ucapan 2 murid SMK Hamzah, En.Zulkifli B Mat Sin untuk memberikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

xxxxxxxxxxxxxxxx

Ribuan terima kasih diucapkan kepada En.Zulkifli B Mat Sin. untuk


ucapan beliau sebentar tadi
Ucapan 3 Seterusnya, dijemput Pn Rosliza, Kaunselor SMK Hamzah untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

Xxxxxxxxx

Terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi

Penyampaian Baiklah, untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, dijemput En.
Hadiah 1 Zulkifli B Mat Sin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dengan diiringi oleh
Puan Siti Noriah Bt Zainal Abidin Penolong Kanan Setiausaha Hal Ehwal
Murid untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Xxxxxxxxxxxxxxx

Terima kasih diucapkan atas penyampaian hadiah sebentar tadi

Penyampaian Seterusnya, dijemput En. Cheng Kim Tiang Penolong Kanan Kokurikulum
hadiah 2 dengan diiringi oleh Puan Norlia Bt Abd Wahid Setiausaha Kokurikulum
untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Xxxxxxxxxxxxxxx

Terima kasih diucapkan atas penyampaian hadiah sebentar tadi

Ucapan Akhir Dengan ini, maka berakhirlah perhimpunan rasmi kita pada hari ini.

Buat pengetahuan rakan pelajar, guru yang bertugas pada minggu ini
ialah ________________dan ____________________

Jika ada sebarang masalah, pelajar-pelajar bolehlah berjumpa dengan


mereka berdua.

Baiklah, sebelum mengakhiri majlis kita ini, saya mewakili pihak


pengurusan majlis, menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat
sebarang kesilapan atau kekurangan sepanjang kami mengendalikan
majlis ini. Sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan
yang lemah itu datangnya dari kelemahan diri kami sendiri
Saya akhiri majlis dengan lafaz yang mulia wabillahitaufik walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai