Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang diraikan Pn Arbayah binti Jafri

Yang dihormati Pn Wan Normawati binti Abdul Malik, Guru Besar SK Taman Universiti 3.

Yang berusaha :

Encik Jensani bin Ilias, Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Ezihan bin Zainal, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik M. Ravichantaran A/L Mathavan Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 3 yang disayangi serta sahabat-sahabat


sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
berkumpul bersama-sama dalam Majlis Perpisahan Cikgu Arbayah pada hari yang penuh
bermakna hari ini.

Saya Muhammad Aiman Naimullah bin Hamid selaku wakil murid Sekolah Kebangsaan
Taman Universiti 3 ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada insan
yang diraikan Cikgu Arbayah atas ilmu yang telah diberikan selama ini. Sesungguhnya segala
ilmu yang dicurahkan amat bermakna buat kami. Hanya doa mampu kami titipkan kepadamu
cikgu sebagai ganti atas segala pengorbanan dan curahan ilmu yang pernah diberikan. Semoga
Allah merahmati setiap apa yang dilakukan oleh Cikgu Arbayah selepas ini dan sentiasa
diberikan kesihatan tubuh badan yang baik untuk meneruskan khidmat di tempat baharu.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benarlah kata pepatah yang patah kan
tumbuh yang hilang akan berganti namun yang hilang tidak akan sama, walabagaimanapun akan
tetap kekal abadi. Begitulah juga dengan berpindahnya Cikgu Arbayah selepas ini, maka tiada
lagi bayangan Cikgu Arbayah selepas ini tetapi memori kita bersama tetap utuh di ingatan kami
semua murid.
Sebelum mengakhir ucapan, izinkan saya berpantun buat insan yang diraikan.

Buah pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan,

Walau jauh beribu batu,

Hilang di mata di hati jangan.

Salam kemaafan kami hulurkan,

Semoga kemesraan terus berpanjangan,

Ilmu diberi harap halalkan,

Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian sahaja ucapan saya selaku wakil murid. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Cikgu
Arbayah dan Selamat Berpindah saya ucapkan. Sekian terima kasih.

TEKS UCAPAN WAKIL MURID


MAJLIS PERPISAHAN CIKGU
ARBAYAH BINTI JAFRI

Anda mungkin juga menyukai