Anda di halaman 1dari 1

‫س ِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬

ْ ‫ِب‬
َ‫ص َحابِ ِه أَ ْج َم ِعيْن‬
ْ َ‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوأ‬ َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫ َوال‬ , َ‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر ِّب ا ْل َعالَ ِميْن‬
َّ ‫صالَة َُوال‬
Ya Allah Ya tuhan kami.
Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.
Bukakanlah pintu hati kami dengan kebijaksanaan, ilmu pengetahuan dan hikmah dari-Mu.
Justeru itu, janganlah Engkau membiarkan kami mengendalikan urusan kami bersendirian
tanpa hidayah-Mu. Ya Allah, kami memohon dari sifat ihsan-Mu, agar dikurniakan kepada
kami nikmat kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan. Lindungilah kami dari segala
keburukan, keaiban, kemungkaran dan kemaksiatan.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Permudahkanlah kami dalam melaksanakan majlis ini. Kami memohon keredaan-Mu, agar
segala usaha yang dijalankan ini mendapat keberkatanMu. Sesungguhnya pada hari ini kami
berkumpul kerana-Mu Ya Allah Kami berkumpul untuk menimba ilmu, bertukar pendapat,
menyumbangkan buah fikiran, menghubungkan silaturahim, dan memberi sokongan ke arah
meningkatkan lagi prestasi jabatan kami.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini,
agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan Dan kami pohon perlindungan dengan
Engkau daripada melakukan keburukan. Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu
pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut. Serta muliakanlah kami
dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. Ya Allah, jadikanlah
perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini satu
perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح َس َنة ًَو ِق َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّنار‬
‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬، ‫س َّل َم‬ َ ‫ص َّلى هللاُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬
َ‫العا َل ِم ْين‬
َ

Anda mungkin juga menyukai