Anda di halaman 1dari 6

1) Matlamat FPK

  FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


1.0 Pendahuluan
Konsep Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
FPK adalah satu pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita.
FPK ini juga mengagbungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai
satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. FPK ini juga bertujuan untuk mnejlaskan
secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren
pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982).
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi seperti:
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkann kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbngan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.
Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Idea untuk mengubal FPK telah bermula pada tahun 1979 setelah penerbitan Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut
mengandungi isu-isu penting berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala
tuju pendidikan.  Laporan itu juga mengemukakan  betapa pentingnya kita mempunyai suatu
falsafah pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusia seperti petikan berikut :
“Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang sosial ...
kita berhadapan dengan pelbgai unsur dari dalam dan luar ... kebanyakan daripada unsur ini
adalah baik, tetapi ... yang didatangkan dari luar, yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kita
menghadapi satu cabaran lain, iaitu pembangunan kemanusian.”
                                                                                         (Laporan Kabinet, 1979:226)
Rukunegara
Rukunegara merujuk kepada kandungan seperti berikut. Namun kebiasaanya kita hanya
lafaz lima prinsip rukunegara.
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
·         mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyrakatnya;
·         memelihara satu cara hidup demokratik;
·         mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama
·         menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai corak ; dan
·         membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
·         Kepercayaan Kepada Tuhan
·         Kesetian Kepada Raja dan Negara
·         Keluhuran Perlembagaan
·         Kedaulatan Undang-Undang
·         Kesopanan Dan Kesusilaan.
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru disusun dan dijalanakn menerusi strategi serampang dua mata iaitu
mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang
pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Seterusnya menyusun semula
masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-
fungsi ekonomi.
Strategi yang telah disusun dalam ekonomi baru ini adalah seperti meninggikan daya
pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan
luar bandar. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam
pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi. Selain itu, membentuk
sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu dan
Bumiputera supaya dapat membentuk dan memilki 30% ekonomi dalam tahun 1990. Juga
menubuhkan beberapa agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Pembangunan,
Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional dan sebagainya.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan satu dokumen yang mengandungi pernyataan
dasar dan strategi pelaksanaan agar dapat dijadikan garis panduan bagi semua pihak yang
terlibat dalam pendidikan.

2) Peranan guru dan sekolah dalam mencapai hasrat FPG

Kefahaman yang jelas terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Guru merupakan salah satu faktor penting yang dapat memberi dorongan yang berkesan
kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Falsafah Pendidikan guru dianggap
sebagai regu untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepada kepatuhan dan kepercayaan kepada Tuhan.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa guru adalah agen pendidikan yang
berkesan. Oleh itu, para guru perlulah mengukuhkan lagi peranan dan tanggungjawab
mereka dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Islam.
3) Ciri-ciri guru sebagai role model

Dalam merealisasikan falsafah ini, peranan guru Pendidikan Islam dapatlah dibahagikan
kepada kepada lima model (5M) utama iaitu guru sebagai muaddib, murabbi, mursyid,
muallim dan mudarris (Ab Halim Tamuri et al. ,2010).

Guru sebagai muaddib merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah dan
perlaksanaan aktiviti dakwah yang dijalankan untuk mengasuh, mendidik, membentuk,
membimbing, menanam, dan menyuburkan akhlak mulia, disiplin, tingkah laku, sahsiah dan
adab sopan dalam pembinaan dan pembangunan diri para pelajar. Selain itu, konsep guru
sebagai murabbi merujuk kepada peranan guru dalam bilik darjah untuk menjaga,
membesar, mencurah kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan memelihara fitrah
para pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara
beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang
dilalui oleh para pelajar tersebut (Kamarul Jasmi, 2007).

Guru sebagai mursyid merujuk kepada peranan guru iaitu untuk menjaga,
menasihati, mengarah, membimbing dan memberi petunjuk kepada para pelajar ke arah
pembentukan dan pembangunan diri (JERIS) sebagai insan soleh. Manakala, guru muallim
merujuk peranan guru dalam bilik darjah untuk memberitahu, mengajar, menyampaikan
pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada para pelajar sama ada
melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang dirancang. Konsep mudarris
pula merujuk kepada ciri pengajar yang berkesan melibatkan aspek pengajaran dan
pembelajaran bermula daripada persediaan mengajar sehingga kepada proses pengajaran
dan pembelajaran serta penilaian kendiri. Jika guru menguasai kesemua model (5M) ini,
maka pelajar akan mampu menjadikan mereka sebagai ikutan yang terbaik dan berkesan ke
arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Islam. Hal ini jelas kerana guru dalam
Falsafah Pendidikan Islam perlu memenuhi segala tuntutan sebagai role model atau qudwah
hasanah kepada masyarakat, kerana peranan mereka bukan sekadar menyampaikan ilmu,
tetapi guru juga perlu mendidik dan membangunkan diri pelajar.

4) Budaya penyelidikan dalam peningkatan profesion guru

Penyelidikan dalam pendidikan dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan dan


pembangunan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani murid dan pelajar serta membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam dan luar sekolah. Kajian terhadap amalan
pengajaran atau pedagogi yang diamal oleh guru dapat membantu guru menyelesaikan masalah
pendidikan dan mengambil tindakan penambahbaikan dan meningkatkan keberkesanan pengajaran
termasuk dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Oleh sebab itu, guru-guru digalakkan
membuat penyelidikan dalam amalan pengajaran, membuat refleksi dan mengambil tindakan
penambahbaikan dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan guru ialah untuk:

i. Membantu guru dalam menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan


amalan pengajaran dan pembelajaran serta dapat memperkembangkan kemahiran profesional guru
khususnya dalam mengenal pasti kaedah atau teknik pengajaran pembelajaran yang berkesan.

ii. Memberi peluang kepada guru membuat sumbangan penting untuk


mengukuhkan asas pengetahuan profesional di samping membolehkan guru menyelesaikan masalah
professional tanpa merujuk kepada arahan luar.

iii. Mengeluarkan guru daripada kongkongan amalan rutin serta meningkatkan


amalan – amalan profesional khususnya dalam menguji sendiri dan memperkembangkan idea-idea
baru tentang amalan mereka. Dengan itu, guru mempunyai hak milik dalam memperkenalkan
amalan-amalan yang efektif.

iv. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah yang wujud dalam amalan harian
dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru ke arah pembaharuan.

v. Menggalakkan guru menyelidik amalan sendirian, membaiki tindakan dan menilai


hasil atau keberkesanan tindakan tersebut. Melalui cara ini, guru mempunyai kuasa untuk membuat
keputusan dalam bilik darjahnya sendiri.

vi. Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang


amalanamalan profesional mereka. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan diri guru sebagai
kumpulan profesional dan dapat membaiki prestasi dan kepuasan kerja.

vii. Mendorong guru secara individu atau bersama membuat refleksi terhadap amalan
mereka, menganalisis peranan mereka dari segi kekuatan dan kelemahan, mengambil tindakan yang
wajar dan memantau kesannya. Hal ini memberi peluang kepada guru menjadi agen perubahan.

5) Pembinaan kurikulum
6) Jenis-jenis model kurikulum

Anda mungkin juga menyukai