Anda di halaman 1dari 2

SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN

PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH NILAM


PERINGKAT NEGERI PERLIS
TAHUN 2022

KATEGORI
1) Bahasa Melayu Sekolah Rendah
2) Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
3) Bahasa Melayu Sekolah Menengah
4) Bahasa Inggeris Sekolah Menengah

SYARAT PENYERTAAN

1. Penyertaan ini dibuka kepada murid-murid Tahun 6 dan pelajar Tingkatan 5


sesi 2022.
2. Setiap sekolah hendaklah menghantar 2 orang calon yang layak mewakili
sekolah mengikut kategori sama ada Kategori Sekolah Rendah atau Kategori
Sekolah Menengah.

Tatacara Penilaian Anugerah NILAM 2022

1. Murid dikehendaki membaca 5 buah buku.


2. Murid perlu mempamerkan 5 buah buku tersebut melalui rakaman video.
Jika buku melalui e-book, murid perlu mencetak kulit buku atau link e-book
buku tersebut.
3. Video hanya berkisarkan 1 buah buku sahaja.
4. Durasi rakaman video adalah 8 hingga 9 minit bagi sekolah menengah
dan 5 hingga 6 minit bagi sekolah rendah. Rakaman video menggunakan
kaedah ‘landscape’.
5. Video tersebut perlulah video mentah dan tidak boleh dipinda sama
sekali. (No editing)
6. Murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah.
7. Cadangan pengisian kandungan video :

7.1 Pengenalan buku (nama buku, pengarang, penerbit, bilangan muka


surat dan lain-lain yang bersesuaian).
7.2 Perihal buku tersebut.
7.3 Promosikan buku tersebut.
7.4 Aplikasi buku tersebut dengan kehidupan dan unsur pengajaran.
7.5 Murid perlu menunjukkan 5 buah buku yang dibaca dan sebuah buku
yang akan dihuraikan.

8. Murid dikehendaki menggunakan bahasa mengikut kategori yang dipilih.


9. Setiap sekolah hanya perlu menghantar satu sekolah sahaja bagi setiap
kategori.
10. Empat peserta terbaik akan mewakili negeri Perlis ke peringkat
kebangsaan bagi kategori kumpulan.
11. Skema pemarkahan adalah seperti berikut:

Skema Permarkahan Individu


a) Isi kandungan dan pengolahan - 20 markah
b) Penggunaan Bahasa - 10 markah
c) Penyampaian/keupayaan berkomunikasi - 15 markah
d) Ketokohan/profil murid - 5 markah
JUMLAH - 50 markah

12. Keputusan penilaian panel hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan


mengenai keputusan tidak akan dilayan.
13. Sekiranya terdapat markah seri antara calon dari kategori yang sama
untuk menentukan kedudukan, maka beberapa faktor lain akan diambil
kira dalam penilaian. Antaranya adalah seperti berikut:
a. Sesi saringan khas; dan
b. Personaliti yang baik, penampilan, kepimpinan, sikap
bekerjasama dan ketepatan waktu sepanjang sesi penilaian.

Anda mungkin juga menyukai