Anda di halaman 1dari 8

BAGAIMANA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAPAT MEMBANTU DALAM

PEMBENTUKAN MODAL INSAN YANG MAMPU MEMBERI SUMBANGAN KEPADA NEGARA.  

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan panduan yang membantu negara kita menentukan
Matlamat Pendidikan Negara. FPK memainkan peranan yang penting dalam menjadi bimbingan untuk
para pendidik memahami sistem pendidikan negara untuk membentuk modal insan yang dapat
memberi sumbangan kepada negara.

Apakah yang dimaksudkan dengan modal insan? Modal insan merupakan salah satu aset penting
sesebuah negara. Modal insan merupakan sumber intelek yang terdapat dalam diri setiap orang
manusia. Modal insan merupakan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan
mampu menyumbang kebaikan kepada masyarakat, negara dan dunia hari ini. Modal insan
merupakan sumber yang paling penting dalam membangunkan sesebuah negara dan merupakan
elemen paling kritikal dalam mencapai misi nasional. Modal insan  mempunyai ciri-ciri seperti :

Untuk membangunkan modal insan, ilmu pengetahuan yang secukupnya perlu disampaikan kepada
para pelajar. Guru-guru haruslah mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, mempunyai
hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan mereka mempunyai kekuatan jasmani dan
kekuatan rohani.

Mungkin terlintas di fikiran anda, mengapakah pembentukan modal insan begitu dititikberatkan dan
diberi perhatian serta dianggap penting dalam proses pembangunan negara?
Pembentukan modal insan adalah penting kerana boleh melahirkan rakyat negara yang berakhlak
mulia, berbudi bahasa, mengamalkan nilai-nilai murni, patriotik, dan bersikap progresif.

Tidak dapat kita nafikan bahawa modal insan merupakan satu-satunya jawapan untuk mengisi
kelompongan-kelompongan nilai murni di kalangan rakyat Malaysia tatkala ini. Kejadian rasuah, pecah
amanah, gangguan seksual dan jenayah lain terjadi kerana kekurangan modal insan di kalangan
masyarakat. Persoalannya, bagaimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat membantu dalam
pembentukan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial?

Kita semua mesti menyedari bahawa satu-satunya cara untuk membentuk modal insan, adalah
dengan melalui proses pendidikan. Melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat
pendidikan negara :-

Unsur pertama  yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks
pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum  adalah didasari oleh falsafah dan
matlamat pendidikan negara serta FPK yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi
kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
Kurikulum ataupun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan
sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan
suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta
selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 ). Perkembangan
kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar
dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan
seimbang.
Oleh itu, Pada tahun 1983, Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan,
diikuti dengan Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
Pembentukan dan pelaksanaan KBSR adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dan berasaskan penetapan matlamat dan objektif pada tahap persekolahan tersebut. Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, KBSR
ditukarkan kepada nama yang baru iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Nama sahaja yang
berubah tetapi kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. KBSR merupakan matlamat
dan objektif yang disasarkan kepada murid pendidikan rendah dan dibentuk berdasarkan FPK seperti
mana yang dihuraikan dalam matlamat pendidikan sekolah rendah iaitu :
            “…matlamat pendidikan rendah adalah untuk memastikan perkembangan murid secara
menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak,
nilai-nilai estetika sosial. ”
            (Kurikulum Baru Sekolah Rendah, 1991:5)
Selain itu, KBSR juga berfokuskan kepada proses perlaksanaan yang merangkumi aspek-aspek
seperti prinsip, struktur, bidang pelajaran, penekanan,strategi pengajaran dan pembelajaran serta
penilaian. Rancangan KBSR ini bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang boleh menguasai
kemahiran-kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.

Untuk melahirkan modal insan, adalah penting untuk memastikan murid-murid berkembang secara
menyeluruh dari peringkat sekolah rendah lagi yang meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani,
emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetik dan sosial. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. . Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-
kanak.
Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada rasional pembentukan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR). Faktor yang pertama ialah Dasar Pendidikan Negara yang berasaskan Laporan
Razak dan Laporan Rahman Talib. kepada pendidikan dalam bidang 3M.  Faktor yang kedua ialah
cita dan ideologi negara, manakala faktor yang ketiga ialah Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah.

Gagasan ke-3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 –
menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :
  Pembangunan modal insan
  Penghasilan pelajar celik minda
  Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
  Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.
 Oleh itu, KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Pada tahun 2011, Kurikululum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Mulai 2011, Kurikulum Sekolah Rendah akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa,
kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, tiga elemen nilai tambah
telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan
yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi erta
berkeperibadian mulia. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini adalah langkah
pertama FPK membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara
seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan modal insan yang seimbang,
berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan.  KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi
(MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan
UNESCO, iaitu
• belajar untuk mengetahui (learning to know),
• belajar untuk bertindak (learning to do),
• belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan
• belajar untuk membentuk peribadi (learning to be)

Walaupun terdapat banyak perubahan atau transformasi telah dilakukan, kurikulum KSSR masih
mengekalkan beberapa prinsip KBSR dengan mempunyai beberapa penambahbaikan. Salah satu
persamaan di antara kurikulum KBSR dan KSSR ialahprinsip kurikulum yang sama iaitu
menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama
rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup (Long Life Learning).Hal ini ialah untuk
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani untuk membangunkan negara Malaysia.

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam KSSR merupakan elemen yang penting dalam mendukung
hasrat FPK untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik.  Prinsip-prinsip tersebut adalah
seperti berikut:

Merujuk kepada prinsip pendekatan bersepadu, KSSR boleh melahirkan murid-murid yang
mempunyai pengabungan pengetahuan, kemahiran dan nilai supaya wujud kesepaduan dari segi
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Ini selaras dengan FPK yang menyatakan “ ...
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu... “.Terdapat empat konsep
pendekatan bersepadu iaitu penggabungjalinan, penyerapan, kesepaduan dua unsur,dan unsur
merentasi kurikulum. Terdapat dua cara penggabung jalinan kemahiran iaitu dalam satu mata
pelajaran dan mata pelajaran yang lain. Contoh penggabung jalinan kemahiran ialah di dalam
matapelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris ialah kemahiran mendengar digabung denga
nkemahiran bertutur. Manakala contoh penggabung jalinan mata pelajaran ialah aktiviti
menyanyi(muzik) digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Konsep
Penyerapan ialah melalui pelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentasi mata pelajaran.
Misalnya, unsur Matematik diserapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni. Nilai-nilai turut
diterapkan dalam P&P seperti bekerjasama dan tolong-menolong. Seterusnya ialah konsep
kesepaduan di antara dua unsur iaitu Kurikulum dan Kokurikulum, pengetahuan dan amalan serta
pengalaman sedia ada dan pengalaman baru. Konsep pendekatan bersepadu yang terakhir ialah
unsur merentasi kurikulum. Kurikulum KSSR terdapat elemen EMK (Elemen Merentas Kurikulum).
EMK menerapkan 3 elemen baru untuk disepadukan dalam mata pelajaran dan topik yang
bersesuaian. 3 elemen tersebut ialah elemen Kreativiti dan Inovatif, Keusahawanan dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK). Contohnya, di dalam mata pelajaran Matematik, murid melakukan
aktiviti main peranan sebagai penjual dan pembeli di kantin dengan melibatkan aktiviti tambah dan
tolak menggunakan wang. Ini secara tidak langsung telahmenerapkan nilai keusahawanan dalam
aktiviti P&P.
Prinsip pendidikan yang saksama untuk semua murid menekankan kepentingan keadilan sejagat
dalam bidang pendidikan yang mana membolehkan semua pelajar mendapat faedah dan juga
kemudahan yang sama rata untuk belajar di mana-mana sekolah dan institusi pendidikan. Selain itu,
sebagai sebuah Negara demokrasi berteraskan keadilan, semua warganegara berhak mendapat taraf
pendidikan yang baik tanpa mengira aras, agama, jantina, kekayaan dan lain-lain.

Prinsip pendidikan seumur hidup yang terkandung dalam KSSR pula boleh melahirkan murid-murid
yang berilmu pengetahuan , berupaya berfikir dengan kreatif dan kritis. Prinsip ini memberi peluang
yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang menyeluruh dan seimbang. Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu,
kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan
bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Prinsip yang terdapat dalam KSSR ini akan membantu
melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan tinggi dan terserlah dari segi intelek. Selain itu,
modal insan yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi juga akan dibentuk sepanjang tempoh
persekolahan dan terus berkembang sehingga akhir hayat.
Prinsip perkembangan individu secara menyeluruh dalam KSSR digubal untuk memastikan semua
mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu. Prinsip ini menepati FPK yang menyatakan
“ ...melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani..
Berdasarkan kepada FPK, KSSR berhasrat mengembangkan modal insan yang seimbang yang
merangkumi enam tunjang seperti berikut:-

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang
ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.
Kesemua tunjang ini merupakan unsur-unsur yang digubal berdasarkan FPK untuk menghasilkan
modal insan.
Tunjang Komunikasi
Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa
dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus kepada
kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah
menaakul. Menaakul bermaksud berupaya berfikiran secara logik. Murid-murid yang menguasai
kemahiran ini boleh memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang
lain. Murid-murid yang dapat berkomunikasi dengan baik boleh dikatakan mempunyai kemahiran
interaksi sosial. 
Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina,Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah
Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika


Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan
kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi.
Murid-murid dapat berkembang dengan cekap dan sihat melalui disiplin ilmu yang membangunkan
aspek fizikal, iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Contohnya, murid-murid mengikuti
kelas Pendidikan Jasmani yang mengehendaki murid-murid bersenam supaya mempunyai tubuh
badan yang sihat dan cergas. Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik mula menanam kreativiti,
apresiasi dan bakat. Melalui tunjang ini, modal insan yang berupaya memberi tumpuan kepada daya
berfikir secara kritis dan kreatif boleh dilahirkan. Murid-murid diterapkan dengan nilai-nilai kreativiti
yang mana melalui pendedahan dengan kemahiran kreativiti dan inovasi, murid dapat
mengembangkan potensi diri untuk mencuba malah membuat sesuatu yang baharu.
Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan  amalan tentang
kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah
yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan. Melalui tunjang ini, murid-murid yang mempunyai
semangat patriotisme dan perpaduan, nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan juga
disemai di hati dan jiwa mereka.. Modal insan yang berakhlak mulia boleh menjamin kesejahteraan
hidup dan selanjutnya mewujudkan negara yang aman dan damai.

Tunjang Keterampilan Diri


Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri
melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Hal ini menjamin pembentukan modal insan yang seimbang
dari aspek jasmani kerana penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dapat membentuk insan yang
bertanggungjawab. Seseorang individu itu akan terlatih untuk bertanggungjawab ke atas tanggungan
atau tugasan yang diberikan kepadanya. Begitu juga dengan aspek pembentukan insan seimbang
yang selaras dengan matlamat FPK.

Tunjang Sains dan Teknologi


Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:
•    pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
•    pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
•    pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Tunjang KSSR ini mampu melahirkan murid-murid yang mampu untuk mengikuti perubahan arus
teknologi dunia yang kian berkembang dengan pesatnya. Hal ini selaras dengan matlamat FPK yang
mana ingin melahirkan modal insan yang berilmu dan mampu memberi sumbangan kepada keluarga,
masyarakat dan negara suatu masa nanti. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik turut
ditekankan selaras dengan matlamat FPK yang mengembangkan potensi diri individu dalam pelbagai
bidang mengikut kecerdasan pelbagai yang mereka miliki. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang
Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai


Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus
kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Melalui tunjang ini, modal insan
yang menyeluruh serta cinta dan patuh akan Tuhan akan dilahirkan. Tunjang ini menepati FPK yang
ingin membentuk modal insan yang yakin wujudnya Pencipta yang mencipta alam dan manusia. Insan
yang patuh kepada agamanya merupakan insan yang sempurna dari segi rohaninya. Segala maksiat
dan perbuatan hina akan dihindari; perbuatan yang baik dan nilai-nilai murni mengikut ajaran agama
akan diamalkan. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi  Pendidikan Islam bagi murid Islam dan
Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.

3.0 SEJAUHMANAKAH GURU MAMPU MEREALISASIKAN ELEMEN-ELEMEN FALSAFAH


PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH?

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dulunya disebut sebagai Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan
dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Justeru
setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar
setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada di landasan
yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan modal insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS.
Petikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi seperti berikut :
            “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara”

FPK ini ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideologi kebangsaan yang
menerapkan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

            Manakala, Falsafah Pendidikan Guru pula berbunyi seperti berikut:


            “ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
            Tujuan utama pembentukan FPG itu adalah untuk menjadi panduan bagi individu dan pihak
yang terlibat dengan dunia pendidikan untuk merealisasikan FPK. FPG ini menyenaraikan ciri-ciri guru
yang diperlukan bagi memenuhi aspirasi negara untuk melahirkan modal-modal insan negara.
Peranan guru begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru
merupakan insan di mana murid-murid menjadikan “role model” dalam menimba ilmu. Untuk
merealisasikan hasrat FPK dalam pembentukan modal insan, peranan guru amatlah penting. Oleh itu,
guru haruslah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur
dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajaran untuk memastikan segala berjalan dengan jayanya.
Guru-guru memainkan peranan untuk mendedahkan ilmu ICT serta meningkatkan kemahiran
penggunaan teknologi murid-murid. Masyarakat Malaysia hari ini merupakan masyarakat yang hidup
dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi.

 Masyarakat sangat bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek
kehidupan, dan pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam amalan
hidup seharian. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyesuaikan diri dengan perubahan ini
dengan memperluaskan penggunaan ICT di sekolah rendah, sekolah menengah dan di institusi
pendidikan tinggi. Oleh itu, guru-guru  perlulah membekalkan diri dengan ilmu pengetahuan ICT agar
boleh mengapalikasikan pengetahuan yang dapat dalam bilik darjah. Contohnya, guru-guru haruslah
menguasai kemahiran menggunakan persembahan multimedia (Powerpoint), komputer, overhead
projector transperansi, slaid, projektor dan kemudahan peralatan muiltimedia lain. Pembelajaran
daripada buku teks semata-mata adalah kurang menarik. Dengan adanya persembahan Powerpoint
melalui projektor dalam kelas, murid-murid akan lebih memberi tumpuan dalam kelas kerana tertarik
dengan grafik-grafik dan video yang ditayangkan. Guru-guru boleh mencari video atau filem pendek
yang berkaitan dengan topik pengajaran kelas tersebut.  Selain itu, guru juga boleh mengamanahkan
beberapa tugasan yang mengehendaki murid-murid menggunakan bahan-bahan ICT. Contohnya,
tugasan yang meminta murid-murid Tahun 3 mencari maklumat tentang “ Sistem Solar “ dalam bentuk
powerpoint. Ini boleh membantu meningkatkan kemahiran murid-murid menggunakan komputer,
melayari internet dan membuat powerpoint. Melalui kemahiran penggunaan ICT, murid-murid dapat
memperkayakan ilmu dan meningkatkan intelek. Ini boleh melahirkan modal insan yang celik ICT dan
boleh menghadapi dunia berteknologi tinggi pada zaman moden ini.

Untuk memastikan objektif-objektif FPK dan KSSR tercapai, guru juga boleh mengamalkan strategi
pembelajaran dan pengajaran (P&P) dengan cara berpusatkan murid-murid. Strategi ini memberi
tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (murid-murid sebagai individu), memberi pilihan
kepada murid-murid (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari), mewujudkan kolaborasi
(membina pengetahuan dan persekitaran positif), terlibat dalam penilaian berterusan; sikap guru yang
mendengar pandangan murid-murid dan melibatkan murid-murid untuk merancang.  Guru-guru
perlulah memberikan peluang kepada murid-murid untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
Ada sesetengah murid-murid yang hanya boleh belajar dan memberi tumpuan ketika belajar secara
individu, manakala ada murid yang lebih suka belajar secara berkumpulan. Guru juga boleh
melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan
dan kelemahan pelajar.Guru juga boleh memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan
sumber dan aktiviti pembelajaran. Contohnya, sebelum kelas yang seterusnya, guru boleh
mendapatkan  pendapat daripada murid-murid sama ada ingin melibatkan persembahan powerpoint
ataupun menggunakan carta grafik untuk aktiviti pembelajaran yang akan datang. Dengan
menggunakan strategi ini, murid-murid akan  lebih proaktif, lebih memberi tumpuan dan lebih fokus
pada pelajaran di bilik darjah. Guru-guru pun lebih mudah menguruskan murid-murid dan seterusnya
menyampaikan pengajaran dengan berkesan.
      
  .Pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid juga amat penting untuk melahirkan
modal insan yang cinta akan negara dan sentiasa bersedia untuk memberi sumbangan untuk
masyarakat dan negara seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam hal
ini, guru-guru memainkan peranan yang perdana dalam pemupukan semangat patriotisme dalam
murid-murid. Yang paling asas ialah, guru-guru boleh mengalakkan murid-murid menyanyikan lagu-
lagu yang patriotik seperti KeranaMu Malaysia, Satu Malaysia, dan Malaysia Berjaya sebelum kelas
bermula. Dengan ini, secara tidak langsung semangat patriotisme dapat disemai dalam jiwa kanak-
kanak sejak kecil lagi.
 Guru-guru juga boleh mengalakkan murid-murid mengibarkan bendera Jalur Gemilang di dalam
kelas, terutamanya pada bulan kemerdekaan. Suasana yang penuh dengan rasa patriotisme ini akan
membentuk modal insan yang sanggup berkorban dan menyumbang bakti kepada negara.

      Organisasi sumber pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting untuk aktiviti pembelajaran
di dalam bilik dajah. Sekiranya sumber pengajaran  dan pembelajaran di dalam bilik darjah
diorganisasikan dengan baik, teratur dan sistematik, keberkesanan interaksi murid dengan bahan
serta aktiviti pembelajaran akan dapat dipertingkatkan. Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, seorang guru harus memainkan peranan sebagai pengurus. Tugas guru
sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas
mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan mengelap tingkap, mengurus
murid-murid supaya mematuhi peraturan-peraturan di dalam bilik darjah, mengurus keadaan fizikal
bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan
menguruskan bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan berkesan. Guru-guru
haruslah mengetahui dan memahami elemen-elemen pengurusan bilik darjah serta berusaha untuk
menguasai kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah.

Peranan guru yang seterusnya dalam merealisasikan FPK ialah sebagai kaunselor murid. Peranan
guru tidak hanya semata-mata mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan yang terhad pada
sukatan pembelajaran sahaja. Tetapi guru juga perlu mengambil berat tentang murid-muridnya
supaya mereka boleh membesar dalam keadaan dan persekitaran yang sihat. Kaunselor berperanan
dalam membantu dan memberi nasihat kepada murid sekiranya mereka menghadapi masalah. Selain
daripada ibu bapa, guru merupakan insan terbaik dalam membantu murid menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh mereka. Hal ini kerana sesetengah murid gagal berkomunikasi dengan ibu bapa
apabila mereka menghadapi masalah. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting
dalam menenangkan fikiran dan emosi mereka supaya mereka tidak melakukan perkara-perkara yang
negatif. Guru juga harus meluangkan masa yang lebih dan memberi perhatian tambahan kepada
murid-murid yang menghadapi masalah. Khususnya, mereka yang menghadapi masalah keluarga,
kewangan, disiplin dan masalah kesihatan. Hal ini supaya murid-murid berasa selesa dan tidak
menghadapi masalah untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan mendapat
pencapaian yang terbaik. Guru, dalam usaha merealisasikan matlamat FPK dalam membentuk modal
insan yang berilmu pengetahuan dan berintelek, juga berperanan melahirkan modal insan yang
memiliki fikiran dan sikap yang waras, jiwa yang tenang serta tubuh badan yang sihat. Melalui ini ,
elemen FPK yang menyatakan rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri boleh
dilahirkan.
Berikutnya, bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan sebagai jurulatih
yang mencungkil bakat dan potensi murid. Setiap murid di sekolah dilahirkan dengan bakat atau
kebolehannya yang tersendiri dan istimewa. Guru merupakan insan yang terbaik dalam mengenal
pasti dan mengembangkan bakat dan potensi murid-muridnya. Hal ini kerana, guru merupakan insan
yang paling banyak meluangkan masa bersama murid-murid di sekolah. Sekiranya guru di sekolah
peka terhadap bakat dan potensi yang ada di kalangan murid, bakat mereka boleh diketengahkan dan
dilatih ke tahap yang terbaik supaya dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan ke
peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang murid itu mempunyai potensi dalam
bidang sukan, guru boleh melatih, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada beliau supaya bakat
murid-murid dapat diasah dan menjadi atlet yang terbaik. Secara tidak langsung, faktor jasmani murid
tersebut dapat diperkembangkan dan mencapai objektif “ Satu Murid Satu Sukan ”  dan  salah satu
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

        Salah satu elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Elemen ini penting kerana boleh melahirkan murid-murid dan modal insan yang
berpegangan teguh kepada agamanya dan sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang berakhlak
baik. Agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia. Tanpa pegangan agama,
maka akan goyahlah kehidupan manusia. Peranan agama yang paling dominant adalah ia dapat
menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan. Pegangan agama juga dapat menjadi asas
kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya masyarakat. Untuk merealisasikan FPK, guru
turut memainkan peranan yang penting dalam aspek ini. Di sekolah, guru yang beragama Islam boleh
mengajar murid-murid yang beragama Islam tentang hukum-hukum agama Islam, mengkaji al-Quran
dan sebagainya; guru yang beragama Kristian pula boleh mengadakan kelas belajar Kitab Suci dan
mengalakkan murid-murid Kristian menyertai Persatuan Kristian; guru yang beragama Hindu boleh
membawa murid-murid mengadakan lawatan ke Kuil-kuil Hindu atau menyertai perarakan Hari
Thaipusam; manakala guru yang beragama Buddha boleh mengajar pertapaan kepada murid-murid
yang beragama Buddha.
 
Kesedaran dan pengetahuan agama yang tinggi akan mengelakkan murid-murid daripada
terpengaruh dengan budaya luar yang bertentangan dengan tuntutan agama. Murid-murid yang
percaya dan patuh kepada Tuhan merupakan modal insan yang akan bertanggungjawab terhadap
segala perbuatannya, akan mengikut dan mengamalkan ajaran agama, serta melakukan kebaikan
dan menghindari kejahatan. Guru-guru mestilah menerapkan nilai-nilai keagamaan dalam proses
pengajaran dan pembelajarannya di dalam bilik darjah kerana adalah penting untuk melatih murid-
murid dari kecil tentang didikan agama yang kuat serta pembangunan insaniah dalam diri mereka.
Didikan agama harus dari kecil bak pepeatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Contohnya,
apabila guru membincangkan isu pembuangan bayi di sekolah, guru boleh menerangkan betapa
pentingnya agama bagi seseorang individu kerana kerohanian mereka kukuh dan tidak mudah
terpengaruh dengan sebarang aktiviti negatif.

         Guru juga memainkan peranan dalam merealisasikan FPK yang bermatlamat untuk
menghasilkan rakyat Malaysia yang berilmu. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal
persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan pelbagai perancangan
baru bertujuan membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua
perancangan ini dapat direalisasikan. Lebih 500,000 pelajar baru akan memasuki tahun satu dengan
kurikulum baru iaitu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menggantikan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) yang telah lama diperkenalkan. Antara mata pelajaran baru diperkenalkan
iaitu Pendidikan Seni dan Visual selain Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab yang akan
diperkenalkan pada tahap satu. Seramai 126,171 guru sekolah rendah berperanan dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P) bagi melaksanakan KSSR. Tanggungjawab ini sangat penting khususnya
kepada guru-guru yang seharusnya memahami aspirasi dan tujuan pelaksanaan serta matlamat
KSSR. Pembangunan insan mestilah bermula di peringkat kanak-kanak supaya mereka dapat
dipupuk dengan nilai-nilai murni dan nilai moral yang baik serta disemai dengan ilmu pengetahuan
dan kemahiran di peringkat sekolah. Untuk melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan tinggi
dan menjadi murid-murid minda kelas pertama, guru perlulah sentiasa mengalakkan murid-murid
supaya banyak membaca kerana melalui pembacaan, banyak ilmu pengetahuan dan informasi
tentang isu-isu semasa boleh didapati.

Anda mungkin juga menyukai