Anda di halaman 1dari 7

Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa

pulang Kelabu sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. Kelabu ditemukan


sewaktu anak kucing jantan itu mengekorinya yang sedang menuju ke kereta dan
hendak pulang ke rumah. Dia memungut Kelabu untuk menjadi teman Oren bermain.
( prihatin / belas kasihan)

Pada mulanya dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-duanya. Setelah


dia melihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren dan sering
menarik perhatian, mereka sekeluarga lebih suka akan Kelabu. Oren yang lebih suka
menyendiri dan pendiam semakin tersisih.

Hari terus berlalu. Kelabu terus menjadi perhatiannya kerana pada setiap kali dia
pulang ke rumah, Kelabulah yang selalu menyambutnya sedangkan Oren hanya
mengangkat kepala apabila melihatnya dan melihat tingkah laku Kelabu. (tidak adil)

Sejak kedatangan Kelabu juga, Oren selalu membiarkan Kelabu menjamah makanan
dahulu dan setelah selesai barulah Oren makan sisa-sisa makanan yang ditinggalkan
oleh Kelabu. Dia juga tidak pernah melihat Oren dan Kelabu bermain bersama-sama
apatah lagi bergaduh.

Adakah Oren cemburu akan kehadiran Kelabu di rumah ini? Tetapi tabiat Oren
memang begitu sejak dia menghuni rumah ini. Segala tindakannya agak pasif
berbanding dengan perilaku Kelabu.

(Dipetik daripada cerpen ‘Oren’, Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,


Kementerian Pendidikan Malaysia)
(i) Berikan dua faktor Kelabu lebih disayangi oleh Ayah dan keluarganya berbanding Oren.

[3 markah]

(ii) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu pengajaran
keceluruhan cerpen.

Dua pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah kita hendaklah prihatin kepada haiwan
Contohnya, ayah prihatin memungut kelabu dan membawanya pulang selepas
menjumpainya di tepi jalan. Selain kita perlulah menyayangi haiwan. Contohnya, kami
sekeluarga menyayangi kelabu dan oren.

[3 markah]
(iii) Terdapat banyak binatang yang berkeliaran dan dibiarkan di jalanan tanpa mendapat
KBAT penjagaan yang sepatutnya. (dikemasena mm) (budaks)

Bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut?

Diri……. Masyarakat….

Pihak berkuasa perlulah menangkap haiwan yang berkeliaran agar kawasan perumahan bebas
daripada haiwan ini.

[4 markah
Cikgu Zaleha dikerumuni banyak peminat cilik. Azizah di belakang sekali.
Secara tradisi, murid-murid yang membawa hadiah akan dipersilakan untuk
menghulurkan hadiah masing-masing ke tangan guru mereka di hadapan tapak
perhimpunan. Azizah menahan cungap. Resah menanti giliran menyuakan
hadiah ciptaannya. (baik hati / kasih sayang)

“Cikgu ... ini saja yang mampu saya berikan. Jangan buka sekarang, cikgu.
Buka di rumah.” Azizah merayu kepada Cikgu Zaleha. Jemari nakal
Cikgu Zaleha mencubit bucu kertas surat khabar pembalut hadiah daripada
Azizah. “Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?”

Wajah Cikgu Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung
Azizah lama-lama. Ingin meneka apa-apa yang tersirat di sebalik perkataan
“besar” itu.

“Saya tak mampu, cikgu. Saya belajar buat hadiah ini pun kerana saya tak
(kejujuran) mampu membeli dengan wang, cikgu. Gaji bapa kecil sahaja. Emak
tak ada gaji tetap.” Lurus luahan rasa Azizah. Cikgu Zaleha memaut bahu
kanan Azizah.

“Profesor Azizah, cikgu yakin kamu boleh beri hadiah yang besar maknanya
kerana kamu memang layak, rajin dan kuat berusaha. Hanya orang yang
bersikap seperti Profesor Azizahlah yang akan memberikan kepuasan kepada
cikgu. Tolong, ya?” Dengan bersungguh-sungguh Cikgu Zaleha meletakkan
Borang Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah di tangan kanan Azizah.
Ceraian B khusus untuk Azizah, iaitu menghasilkan dua puluh karya anyaman
dengan menggunakan bahan semula jadi. Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada
Azizah yang diiktiraf sebagai murid yang serba boleh, cuma sifat rendah diri
dalam diri Azizah itu terlalu tebal.

(Dipetik daripada cerpen ‘Hadiah’,


Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan
1,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
(i) Mengapakah Azizah mengatakan bahawa dia tidak mampu?
[3 markah]

(ii) Jelaskan dua perwatakan Azizah berdasarkan petikan tersebut.

Perwatakan azizah ialah seoarang yang jujur. Contohnya azizah jujur menyatakan
bahawa dia tidak mampu memberi hadiah yang lebih besar. Selain itu, azizah seorang
yang baik hati. Contohnya azizah baik hati dengan memberikan hadiah kepada cikgu
zaleha.

[3 markah]

(iii)Setiap murid perlu bersiap sedia sebelum menyertai sesuatu pertandingan.


KBAT Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan usaha-usaha yang patut dilakukan oleh
seseorang murid sebelum menyertai sesuatu pertandingan.

[4 markah]
Kita Umpama Sehelai Daun

kita umpama sehelai daun


bertunas segar di hujung ranting
lalu melebar dan merimbun
tempat bercanda unggas meriang
di bawah redup bebayang
mentari (tgjwab / terima kasih)

andai kikir jasa dan bakti di


(berjasa) mana lagi tempat
bernaung dari tusukan
bahang memijar unggas
kecil tidak berkudrat

kita umpama sehelai daun


bakal kering sampai waktunya
usahlah angkuh keupayaan
(sombong) diri sehingga lupa
makhluk duafa ingin bernaung
mencari hidup

jadilah sehelai daun hijau


menunas menyegar mata
kering gugur menjadi baja
(keinsafan) (berjasa dan
berbakti)

(Dipetik daripada sajak ‘Kita Umpama Sehelai


Daun’, Antologi Kuingin Berterima Kasih,
Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan rangkap pertama sajak tersebut, apakah perkara yang ingin disampaikan
oleh penyajak?

[3 markah]

(ii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

Pengajaran yang terdapat dalam sajak ini ialah kita hendaklah berbakti kepada orang
lain. Contoh penyajak meminta supaya kita berbakti kepada orang lain. Selain itu, kita
mestilah bersyukur dengan kurnian tuhan. Contohnya penyajak meminta suapay kita
sentiasa beryukur dengan kehidupan di dunia ini.
[3 markah]

(iii) Setiap manusia diseru agar sentiasa melakukan amal kebajikan dalam hidup.
KBAT Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah kesan amalan kebajikan terhadap

seseorang individu dan orang lain?

[4 markah]
Aku

Tidak ada manusia lain


di pantai ini
kecuali diriku.

Kususur pasir panjang


sambil kubayangkan
aku ini Adam.

Hari inilah aku tercipta


dan pertama kali melihat
laut, langit, dan pohon.

Kelmarin aku belum ada


tidak terdengar olehku
bunyi ombak itu.

Tidak terasa olehku


sentuhan angin ini
bertiup di mana-mana.

Bahkan aku tidak tahu


kulit kerang dan ru
pernah wujud di sini.

Tuhan aku percaya Kau


pencipta kerana aku baru
ada.

(Dipetik daripada sajak ‘Aku’, Antologi


Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

(i) Berdasarkan rangkap kedua sajak tersebut, apakah yang dilakukan oleh penyajak?

[3 markah]

(ii) Nyatakan dua ciri yang terdapat dalam sajak tersebut.


[3 markah]

(iii) Sebagai makhluk Tuhan, kita harus bersyukur dengan setiap kurniaan-Nya dan tidak
KBAT bermegah-megah dengan kemewahan yang dikecapi.

Sebagai seorang insan yang kerdil di bumi ini, bagaimanakah anda menunjukkan rasa
syukur kepada Tuhan?

[4 markah]

Nilai = ke….an. (1 perkataan sahaja) ( keperihatinan kepada haiwan)


Pengajaran = kita hendaklah,,,,,. Seterusnya, kita hendaklah….
Latar masyarakat = masyarakat yang……. . c……
Perwatakan = ayah seorang yang prihatin. Contohnya ayah……

Latar tempat Yang terdapat dalam petikan ialah rumah ayah. Contohnya rumah ayah dihuni kami
sekelurga dan kucing perliharaan iaitu oren dan kelabu.

g-83421881@moe-dl.edu.my
019 4476502

Anda mungkin juga menyukai