Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN PERMAINAN CATUR

Catur merupakan satu permainan yang sangat bagus untuk dipelajari terutama untuk pelajar
sekolah.

Ini kerana permainan catur dapat menyokong pengembangan kemahiran berfikir aras yang
lebih tinggi, seperti daya penyelesaian masalah, membuat keputusan, berfikir kritis,
merancang dan kreatif.

Permainan ini juga boleh membantu meningkatkan kemampuan kognitif secara umum dan
membantu pencapaian di sekolah, terutamanya dalam subjek matematik.

Anda mungkin tertanya-tanya, apakah yang perlu diketahui untuk bermula bermain catur ini.

Sebenarnya, terdapat banyak perkara yang mesti. Ini merangkumi pelbagai kaedah untuk
belajar dan berlatih, hinggalah cara untuk memenangi permainan.

Jadi, hari ini GPSBestari akan berkongsi beberapa tip untuk membolehkan anda menjadi
seorang pemain catur yang baik:

1. Ketahui bagaimana setiap buah catur bergerak


Bagi sesetengah orang, mungkin ini adalah pengetahuan umum namun penting untuk asas
permainan.

Setiap buah catur mempunyai keupayaan yang berbeza dan hanya boleh bergerak mengikut
keupayaan mereka. Mari kita lihat peraturan pergerakan bagi setiap buah catur di bawah:

-Pawn hanya boleh bergerak ke hadapan sahaja, namun ada dua pengecualian untuk peraturan
ini: (1) hanya pada langkah pertama, Pawn dapat menggerakkan dua kotak ke depan; (2)
untuk memakan buah catur lawan, Pawn boleh bergerak untuk menyerang secara menyerong.
-Knight hanya bergerak dalam bentuk L.
-Bishop hanya bergerak secara menyerong, dan boleh bergerak sepanjang petak yang ada.
-Castle boleh bergerak dalam garis lurus sahaja, hadapan, belakang atau ke tepi.
-Queen adalah buah yang paling kuat dan boleh bergerak ke semua arah dan bilangan petak
tidak terbatas.
-King hanya boleh bergerak satu petak sahaja ke semua arah.
2. Nilai buah catur tidak sama
Anda mesti menentukan buah mana yang anda boleh dan tidak boleh dikorbankan.
Contohnya, dalam kebanyakan situasi, anda tidak mahu kehilangan Knight untuk
menyelamatkan Pawn. Anda boleh mengunakan sistem di bawah ikut untuk menentukan
buah mana yang patut dipertahankan.

IKLAN

Queen = 9 points
Castle = 5 points
Bishop = 3 points
Knight = 3 points
Pawn = 1 point

Namun, dalam situasi tertentu bergantung pada strategi anda, mengorbankan buah catur yang
lebih berharga mungkin adalah lebih baik.

3. Gerakan dua petak ketika mula


Seperti disebutkan tadi, Pawn dapat bergerak sehingga dua kotak ke depan pada langkah
pertama dalam permainan. Oleh itu, mulailah dengan menggerakkan Pawn anda (di hadapan
raja atau permaisuri) dua kotak ke depan. Ini membolehkan Bishop dan Queen memasuki
permainan. Oleh kerana para Bishop hanya boleh bergerak secara menyerong, mereka
memerlukan bukaan untuk menyerang medan perang.

4. Pastikan Knight and Bishop berada di hadapan


Knight dan Bishop perlu berada di hadapan Pawn supaya mereka dapat menyerang dan
melindungi buah catur anda, ini sangat penting. Oleh itu, anda perlu menggerakan mereka
terlebih dahulu ketika di awal permainan.

5. Sentiasa mengikut rancangan


Jangan buang masa dengan berusaha membuat terlalu banyak gerakan dengan Pawn anda.
Cuba untuk tidak terlalu menyeramkan Pawn lawan tetapi perlu lebih fokus pada strategi
anda..

6. Guna Castle sebaik mungkin


Pindahkan King ke kawasan selamat dengan menggerakan Castle anda. Lakukan ini pada
awal permainan dan jika lawan anda lupa melakukan perkara ini, anda boleh melancarkan
serangan terhadap King mereka. Pergerakan ini dapat dilakukan dengan menggerakkan King
dua kotak ke arah Castle sementara Castle akan bergerak ke belakang King.

* pergerakan ini adalah satu-satunya pergerakan yang melibatkan dua catur boleh bergerak
dalam satu-satu masa.

IKLAN

7. Kekalkan dominasi di bahagian tengah


Kawasan terbaik untuk mendapatkan kawalan awal adalah empat petak di tengah. Kerana
kawasa ini merupakan ‘pintu gerbang’ ke seluruh papan permainan dan membolehkan anda
memindahkan buah anda ke mana sahaja yang anda mahukan.

8. Pelan Serangan ‘Middlegame’.


Setelah Pawn, Knight, Bishop dan Castle anda dimainkan, anda telah memasuki fasa yang
dikenali sebagai ‘middlegame’. Pada ketika ini, anda seharusnya sudah memikirkan strategi
untuk mematikan buah lawan anda, tanpa menjejaskan posisi permainan anda.

9. Gerakan Pawn ke hadapan untuk dinaikan pangkat


Anda dan lawan hanya tinggal beberapa kepingan catur sahaja, ini bermaksud ‘permainan
akhir’ sudah semakin hampir. Setiap Pawn sangat penting pada masa itu. Sekiranya anda
berjaya memajukan Pawn ke petak yang paling jauh dari anda, Pawn tersebut boleh dinaikan
menjadi Queen, yang akan memberikan anda kelebihan yang besar!

10. Gunakan King untuk menyerang fasa akhir permainan


Dalam fasa akhir permainan, gunakan raja anda untuk menyerang sebaik mungkin, selagi
King itu masih jauh daripada jangkauan lawan anda, terutama sekali Queen.

11. Bersikap Strategik!


Sebelum menggunakan buah catur anda, perhatikan pergerakan akhir lawan dan cari sebab
kenapa dia melakukan pergerakan tersebut. Adakah pergerakan itu sebuah perangkap? Apa
yang dia rancangkan? Apakah pergerakan tersebut mampu mempengaruhi keputusan
perlawanan ini? Setelah menjawab soalan-soalan ini, barulah anda boleh fikirkan pergerakan
anda, fikir dengan mendalam setiap strategi sebelum anda bergerak dan cuba dapatkan
kemungkinan yang timbul hasil daripada pergerakan tersebut.

12. Tenang
Berfikir dengan tenang adalah kunci utama untuk memenangi permainan Catur. Sekiranya
anda terfikir tentang satu langkah yang baik, jangan terus bertindak! Tunggu dan fikirkan lagi
apakah langkah yang lebih baik. Ambil sebanyak masa anda perlukan dan tetap fokus.

IKLAN

13. Cari corak permainan anda


Anda mungkin merasakan strategi A berbanding strategi B. Sebagai contoh,anda merasa
paling selesa apabila bermain secara bertahan. Atau, mungkin anda mempunyai naluri yang
sangaat baik ketika menyerang, bermainlah dengan kekuatan dan berusaha memperbaiki
kelemahan anda.

14. Kaji taktikal permainan


Kombinasi taktikal dalam permainan catur yang mengikuti corak permainan terkenal sering
disebut sebagai ‘tema’ atau motif ‘. Kaji corak ini untuk memahami dengan lebih baik
bagaimana tema motif ini berfungsi dalam situasi yang berbeza.
15. Jangan menyerah
Semasa belajar permainan catur, jangan biarkan kesilapan membuat anda mahu berhenti.
Teruskan bermain, dan tetap positif. Kesilapan ketika bermain tidak seharusnya membuat
anda ingin menyerah tetapi sepatutnya menjadi pembakar sehingga mendapat kemenangan.

16. Berlatih, berlatih … dan terus berlatih


Catur adalah permainan kebolehan, kemahiran, dan juga strategi. Maknanya, ia memerlukan
kerja keras yang tinggi dan latihan yang banyak untuk berjaya! Sekiranya anda benar-benar
ingin menjadi seorang pemain yang hebat, anda perlu meluangkan masa untuk belajar,
berlatih, dan juga bermain.

17. Sentiasa berseronok!


Catur adalah satu permainan yang sangat mencabar. Jadi anda mungkin terlupa untuk
berseronok ketika bermain! Perlawanan yang baik adalah perlawanan yang membolehkan
anda tersenyum, ketawa, dan menikmati keseronokan permainan yang kompetitif!

Anda mungkin juga menyukai