Anda di halaman 1dari 19

SEKOLAH PENDIDIKAN

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SHPP10332
TELEMUNIKASI & RANGKAIAN KOMPUTER

TUGASAN 1
TAJUK :
COMPUTER ASSEMBLY MINI REPORT

NAMA PENSYARAH DR. SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH

NAMA PELAJAR NOMBOR KAD MATRIK

1. SIL SX
2. S SX2
3. S SX21
4. R S
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

A. PENGENALAN 1

B. PERKAKASAN DI DALAM KOMPUTER 2–6

C. CARA MEMBUKA PERKAKASAN KOMPUTER 7–9

D. CARA PEMASANGAN KOMPUTER 10 – 13

E. PENUTUP 14

F. RUJUKAN 15

G. REFLEKSI 16 – 17
A. PENGENALAN

Teknologi berkembang pesat dari tahun semasa ke semasa. Komputer juga


merupakan satu alat komunikasi yang banyak membantu memudahkan pelbagai tugasan
harian. Hampir setiap rumah memiliki komputer ataupun komputer riba (laptop). Walaupun
komputer riba sering menjadi pilihan kerana mudah dibawa ke mana-mana, komputer
desktop juga mempunyai keistimewaan tersendiri yang mana spesifikasi komponennya lebih
baik berbanding komputer riba.

Peranan komputer dalam kehidupan seharian amat penting, terutama kepada


seorang guru mahupun pelajar yang sejak kebelakangan ini lebih terdedah kepada
pembelajaran secara maya akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Dengan
pembelajaran secara maya, murid atau pelajar tidak akan ketinggalan dalam pembelajaran,
malahan menjadi lebih kreatif dalam mencari maklumat. Guru juga dapat mempelbagaikan
kaedah pembelajaran yang mana banyak sumber boleh diperolehi di dalam internet.

Dalam tugasan ini kami menerangkan perkakasan yang terdapat di dalam sesebuah
komputer serta menunjukkan langkah-langkah membuka satu persatu komponen dan
bagaimana memasang kembali perkakasan di dalam komputer.

1
B. PERKAKASAN DI DALAM KOMPUTER

Bil PERKAKASAN FUNGSI

1. CENTRAL PROCESSING UNIT (CPU) ● Berfungsi sebagai otak komputer yang mengawal
keseluruhan sistem komputer.
● Sebagai pusat kawalan pemprosesan data.
● Mempengaruhi kelajuan memproses data.

2. MOTHERBOARD (PAPAN INDUK) ● Fungsi utamanya adalah sebagai penghubung


perangkat keras dengan perangkat keras yang lain.
● Menerima kuasa dari bekalan kuasa komputer dan
membolehkan semua perkakasan untuk
berkomunikasi termasuk CPU.
● Berfungsi menghubungkan beberapa perangkat
keras seperti prosesor, RAM, Hard Disk, Printer,
Power Supply dan lain-lain.
● Boleh dianggap sebagai tulang belakang yang
mengawal semua komponen.

3. RANDOM ACCESS MEMORY ● Fungsinya menyimpan data secara sementara.


(RAM)
● Mengandungi maklumat semasa komputer sedang
dijalankan.
● Maklumat dalam RAM akan hilang apabila
komputer dimatikan.
● Semakin besar RAM yang dimiliki semakin cepat
komputer berfungsi.

2
4. HARD DISK DRIVE (HDD / CAKERA ● Fungsinya untuk menyimpan data secara tetap
KERAS)
seperti gambar, video, data sistem, aplikasi dan OS.
● Bersifat non-volatile memory yang bermaksud data
yang tersimpan tidak akan hilang walaupun
komputer telah dimatikan.

5. CD ROM ● Berfungsi untuk membaca dan menulis data ke


dalam CD.
● Memasang OS, games atau perisian lain.

6. POWER SUPPLY ● Fungsinya sebagai penerima bekalan elektrik


daripada punca bekalan elektrik utama.
● Menukarkan arus eletrik kepada bentuk voltan
untuk mengagihkannya ke soket-soket yang
terdapat pada motherboard.

7. COOLING FAN ● Mengawal kitaran angin pada sistem unit.


● Untuk menyejukkan perkakasan dan komponen
dalam casing.
● Dipasang di bahagian hadapan dan belakang
casing.

3
8. HEATSINK & FAN ● Untuk menyerap dan bersurai kepanasan dari
objek suhu tinggi seperti pemproses komputer.
● CPU heatsink dilengkapi dengan kipas terbina di
dalam untuk membantu menjaga kedua-dua CPU
dan heatsink haba pada suhu yang sesuai.

9. KAD NETWORK ● Dikenali sebagai LAN atau kad internet.


● Berfungsi sebagai penghubung dari komputer ke
jaringan komputer setempat ataupun internet

10. KABEL SATA ● Menggunakan kabel SATA lebih baik dari kabel
ATA.
● Mempunyai 15 pin dan lebih kecil berbanding kabel
ATA.
● Digunakan secara meluas pada komputer yang
mempunyai pada komputer yang mempunyai
spesifikasi yang memerlukan kelajuan pemindahan
dan akses data yang tinggi.

11. PENUTUP (CASING) ● Semua perkakasan akan diletakkan di dalam casing


ini.
● Casing berperanan memastikan semua komponen
beroperasi dengan baik.
● Terdapat pelbagai jenis casing dengan fungsi
tambahan.

4
12. PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD) ● Berfungsi untuk menginput teks, aksara dan lain-
lain ke dalam komputer.
● Papan kekunci berwayar disambungkan ke
motherboard menggunakan kabel USB.

13. TETIKUS (MOUSE) ● Peranti yang digunakan untuk memanipulasi objek


pada layar komputer.
● Terdapat jenis yang berwayar dan tanpa wayar.

5
RINGKASAN PERKAKASAN DI DALAM KOMPUTER

power supply
CPU

CD ROM

motherboad hard disk drive


(HDD)

cooling fan

Kabel SATA

heatsink

RAM

Bahagian hadapan Bahagian belakang


komputer komputer

6
C. CARA MEMBUKA PERKAKASAN KOMPUTER

Bil Perkara Gambar

1 Mencabut plug

Perkara pertama yang dilakukan ialah dengan


mencabut setiap kabel yang dipasangkan pada
komputer termasuk kabel seperti Power, USB,
Firewire,Mouse, Keyboard, Internet, Ethernet,
Modem, AM/FM Antenna dan kabel TV

2 Membuka Casing

Setelah semua plug dicabut alihkan komputer ke


ruang yang sesuai dan membuka kedua-dua
panel

3 Kipas sistem

Mula mengeluarkan komponen di dalamnya


dengan mencabut plug kipas dari papan induk
dan mencari plug dengan mengikut wayar dari
kipas

7
5 Bekalan kuasa (Power Supply)

mencabut setiap wayar yang datang daripada


bekalan kuasa. Perkara seperti Motherboard
(very large connector/plug), CD/DVD drive[s]
power, Internal hard drive power, Portable hard
drive slot power yang perlu diputuskan
sambungan

CD/DVD Drive[s]
6
Mula membuka dan mengeluarkan komponen

7 Card Reader

Membuka dan mengeluarkan card reader

8 Hard Drive & Amp; Portable Hard Drive Slot

Membuka dan mengeluarkan Hard Drive &


Amp; Portable Hard Drive Slot

9 Expansion Cards
Komputer yang berbeza mempunyai stok
dengan kad yang berbeza. Sekiranya
mempunyai lebih kad perlu keluarkan kedua-
duanya

10 Connectivity Center Cables


Pusat ketersambungan ialah kawasan di
hadapan komputer yang terdapat banyak
bahagian input, seperti usb, wayar api,
mikrofon, fon kepala, video dan sebagainya dan
akan mencabut plug semua kabel yang datang
daripadanya.

8
11 RAM (Random Access Memory)

Untuk mengalih keluar RAM, tolak ke bawah


pada kedua-dua tab yang menahan RAM pada
tempatnya

12 Power Button & AMP; Power LED + HDD LED

Untuk mengeluarkan casing, tekan masuk pada


tab yang terletak di sebelah casing

13 Connectivity Center

Tidak semua komputer mempunyai pusat


sambungan, tetapi kebanyakan komputer
baharu mempunyai pusat sambungan. Akan
tetapi mengeluarkan keseluruhan komponen,
bukan hanya mencabut kabel/wayar sahaja.

14 Motherboard

Papan induk memautkan setiap komponen


dalam komputer bersama-sama. Papan induk
mempunyai tujuh skru yang menahannya pada
bingkai,Keluarkan dan kemudian angkat papan
induk keluar dari bingkai.

15 Selesai membuka komponen dalam komputer

9
D. CARA PEMASANGAN KOMPUTER

1) Pasang prosesor ke soket motherboard terlebih dahulu. Kemudian beri thermal


paste sebelum memasang kipas.

2) Pasang kipas di atas prosesor. Pasang dengan berhati-hati. Pastikan dipasang dengan
betul supaya tidak bergoyang.

10
3) Pasang motherboard pada casing.

4) Pasang kabel front pan

11
5) Pasang RAM (Random Acess Memory) dengan cara menekan di bahagian RAM
hingga terkunci.

6) Pasang Power supply. Kemudian pasang pula wayar di tempat yang sepatutnya

12
7) Pasang Hard Disk dengan skru yang sesuai supaya tidak bergoyang.

8) Langkah terakhir ialah rapikan kesemua kabel dan pastikan dipasang dengan betul.
Terutamanya kabel untuk cooler fan. Kemudian tutup casing CPU. Dan selesai.

13
PENUTUP
Walaupun komputer merupakan satu alat yang sangat penting, masih ramai yang
hanya tahu menggunakannya tanpa mengetahui perkakasan yang terdapat di dalam
sesebuah komputer.

Oleh itu, amat penting juga seseorang itu mempunyai kemahiran dan mengetahui
ilmu-ilmu asas dalam mengendalikan sesebuah komputer. Jika terjadi sesuatu masalah
tentang komponen dalam komputer tersebut, boleh mengenal pasti punca kerosakan dan
menggantikan bahagian tertentu sahaja. Tidak bermaksud jika komputer itu tidak dapat
dihidupkan bermaksud komputer itu sudah rosak. Jadi dengan mengetahui ilmu dalam
pemasangan dan membuka komputer dapat menjimatkan wang dengan menggantikan
bahagian yang rosak berbanding membeli sebuah komputer yang baru.

14
RUJUKAN

https://blog.tyfontech.com/komponen-komponen-yang-terdapat-dalam-komputer/

https://www.hsc-global.my/perkakasan-utama-komputer/

http://computersystemandnetworking.blogspot.com/2014/03/fasa-1-langkah-langkah-semasa-
membuka.html

https://blog.tyfontech.com/cara-memasang-komputer-yang-betul/

https://blog.tyfontech.com/pengertian-hard-disk-fungsinya/

https://dianisa.com/pengertian-hard-disk-drive/

http://khairulizhar.blogspot.com/2018/11/1_88.html

https://vidabytes.com/ms/funcion-de-la-tarjeta-de-video/#Funcion_de_la_tarjeta_de_video

https://www.macnotestudio.com/2018/02/kabel-sata-dan-kabel-ide.html

https://jaringankomputer-pc.blogspot.com/2015/08/pengertian-dan-fungsi-cd-dvd-rom.html
https://www.instructables.com/Disassemble-a-Computer/
https://www.crucial.com/articles/pc-builders/disassemble-and-rebuild-a-desktop-computer
http://computersystemandnetworking.blogspot.com/2014/03/fasa-1-langkah-langkah-
semasa-membuka.html
https://id.wikihow.com/Membuka-Komputer
https://www.youtube.com/watch?v=WqxQcePWAak
https://www.youtube.com/watch?v=PXaLc9AYIcg
https://turbofuture.com/computers/Dissassembling-and-Assembling-the-computer-system

15
REFLEKSI

1. SITI HANISAH BINTI ISMAIL Bersyukur kerana berpeluang untuk mempelajari


perkakasan di dalam sesebuah komputer dengan lebih
dekat dan cara-cara membuka dan memasang kembali
komputer. Sesuatu ilmu yang baru kepada saya.
Terima kasih juga kepada Dr. Shah atas tunjuk ajar
dalam menyiapkan tugasan ini. Sekarang saya lebih
memahami bagaimana untuk mengendalikan
sesebuah komputer dengan lebih baik.

2. SITI AMANI BINTI ABDUL Secara keseluruhannya, saya dapat mengenal setiap
RAHMAN komponen serta fungsinya yang terdapat dalam CPU
sebuah komputer seperti motherboard, RAM, Power
Supply, Processor dan sebagainya. Selain daripada itu,
saya juga dapat mempelajari bagaimana membuka
sebuah CPU tersebut dapat dibukakan serta
bagaimana sebuah CPU itu dipasangkan semula dan
memastikan CPU tersebut dapat berfungsi dengan
baik. Ini dapat memberikan suatu pengalaman serta
ilmu bagaimana CPU tersebut dapat fungsi serta dapat
memberikan manfaat yang cukup besar kepada kita
semua.

3. SURAYA BINTI ZAINAL ABIDIN Alhamdulillah,saya bersyukur kerana di beri peluang


mempelajari ilmu yang baru iaitu setiap komponen
didalam CPU komputer serta fungsi setiap komponen
tersebut.Saya juga dapat mempelajari cara-cara
membuka dan memasang komponen didalam CPU
komputer dengan baik.Terima kasih diucapkan pada
Dr.Shah atas tunjuk ajar yang diberikan kepada saya.

4. RAMLAH BINTI HUSIN Bermula minggu pertama, sesi pembelajaran


dimulakan dengan memperkenalkan diri pensyarah
dan pelajar. Kemudian, Dr Shaharuddin telah
mengemukakan pembelajaran secara online dan
menerangkan serba serbi secara ringkas apa yang akan
dipelajari sepanjang pengajian didalam satu semester
ini. Setelah selesai pembahagian kumpulan dan
diberikan tugasan berdasarkan jumlah pelajar yang
berada didalam kumpulan section 2, untuk

16
mendengar dan memahami penerangan yang
disampaikan itu.
Komunikasi adalah suatu cara masyarakat sejagat
berhubung antara satu sama lain. Dunia hari ini
kebanyakkan mereka telah memperkenalkan
penggunaan internet telah menjadi sebahagian
daripada kehidupan masyarakat untuk berkomunikasi,
bersosialisasi serta mendapat maklumat secara global.
Malah, lebih ramai pengguna teknologi menjadikan
proses dalam talian sebagai penyambung kepada
hubungan secara maya. Teknologi rangkaian
komputer bukan hanya menghubungkan komputer,
tetapi juga penggunanya. Malah, teknologi ini sentiasa
berkembang dari masa ke masa dan melibatkan
komunikasi merentas masa dan ruang dengan
keupayaan yang membolehkan sesiapa sahaja
berinteraksi dengan Individu lain atau kumpulan diluar
persekitaran fizikal bagi membentuk, mengekal dan
memperkukuh hubungan sosial.
diguna pakai dalam nota yang disediakan.
Hasilnya,saya dapat membaca keseluruhan teks nota
dan praktikum yang dilaksanakan dalam minggu ke-2
namun tidak memahami sepenuhnya apa yang
disampaikan. Terdapat juga percanggahan maklumat
mengenai refleksi yang diusulkan pensyarah.
Antara kebaikannya saya dapat mempelajari terma-
terma yang lain dan maklumat yang banyak. Tetapi
maklumat itu perlu dibaca berulang kali
memandangkan bahasa yang digunakan adalah
bahasa inggeris.
Program ini sedikit sebanyak membantu saya dan
rakan mengenai cara komunikasi dan mengajar cara
untuk mengendalikan segala persiapan dikemas kini
dan disusun atur sebaiknya untuk mengelakkan
masalah berlaku. Namun demikian, bahan yang
diperolehi adalah dari bahasa Inggeris. Terdapat
sedikit kekangan dalam pentafsiran bahasa sumber
kepada bahasa Melayu. Faktor keberhasilan
komunikasi dilihat dari sudut, pendengar akan mudah
menerima dan mencerna maklumat yang diberikan.
Maklumat komunikasi interpersonal perlu
dirancangkan dan disampaikan sehingga menarik
perhatian pendengar. Mesej-mesej tersebut
disampaikan secara jelas dan sesuai dengan keadaan
dan situasi setempat.

Rujukan mana?
17

Anda mungkin juga menyukai