Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

BATU PAHAT, JOHOR

TAJUK TUGASAN:

Apakah Isu-Isu dan cabaran dalam Sistem Pendidikan di Malaysia masa kini yang boleh
menghalang usaha ke arah mencapai matlamat FPK dan integrasi nasional?

Disediakan oleh: KUMPULAN 6 (PSV2)

Ahmad Huzairie Bin Hasim (PSV2102201PDPP)

Mohamad Huzairi Asraff Bin Afandi (PSV2102203PDPP)

Muhammad Haikal bin Abu Bakar (PSV2102207PDPP)

Nur Ain binti Ahmad Nabil (PSV2102211PDPP)

Nur Arisha Mansor (PSV2102212PDPP)

Nurmala binti Sulaiman (PSV2102214PDPP)


Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu,
Bumiputera, Cina dan India. Komposisi populasi sebegini telah menyumbang
kepada perbezaan dari segi bahasa, seni, kebudayaan, dan kepercayaan dan
agama yang mana merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk
menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebut. Kejadian tragedi 13 May 1969
jelas menunjukkan wujudnya prasangka dan konflik tentang integrasi nasional di
negara kita. Perkara tersebut telah menyedarkan kerajaan tentang kepentingan
untuk mewujudkan integrasi nasional di negara kita.

Guru memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat falsafah


pendidikan dan integrasi nasional dengan memastikan peluang yang sama diberikan
kepada semua pelajar tanpa mengira etnik, jantina, status sosioekonomi, latar
belakang budaya, agama, dan kecerdasan supaya mereka dapat
memperkembangkan potensi mereka secara maksimum dan mencapai
kecemerlangan dalam akademik. Pada masa yang sama, guru-guru perlu adil dan
saksama dalam semua aspek apabila berinteraksi dengan pelajar-pelajar daripada
pelbagai kumpulan etnik.

Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar-


pelajar yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Pelajar perlu
mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang
berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat
ini. Guru-guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi
secara lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa
seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di
peringkat antarabangsa. Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu
menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang pesat berubah.
Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini
membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam
menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, di samping
menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru untuk inovasi. Selain itu,
adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral serta
menyedari kesan negatif penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini.
Selain itu, kemahiran teknologi maklumat guru haruslah sejajar dengan hasrat
kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan agen
perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan
guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan
pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan
teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam
aspek berkaitan teknologi maklumat. Guru mesti bersedia untuk memikul cabaran
ini.

Seterusnya, perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap


sebagai satu alat yang dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan
pembelajaran serta tugas lain. Menurut Chao et al. (2003), seseorang guru yang
kompeten sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas menggunakan
komputer, berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian pangkalan
data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik, grafik, menggunakan
teknologi Internet, laman web serta pengetahuan bagaimana komputer berfungsi.

Rumusannya, tahap kesediaan dan kepekaan pemimpin pendidikan terhadap


perubahan persekitaran dunia yang sentiasa berubah-ubah perlu sentiasa tinggi dan
dinamik dalam menggalas tanggungjawab melaksanakan tugasan seharian. Dugaan
dan cabaran dunia pendidikan datang silih berganti. Oleh itu, guru masa kini
perlukan persediaan jitu yang menjangkaui batas sempadan pendidikan dan
peradaban manusia. Selain itu, guru juga perlu bersikap fleksibiliti terhadap
keperluan semasa dan pada masa akan datang agar selaras dengan tuntutan dunia
semasa. Kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan amat
diperlukan kerana jatuh bangun institusi pendidikan terletak kepada sokongan
persekitarannya. Seterusnya, aspek yang berkaitan dengan pengurusan risiko perlu
diterapkan dengan berkesan agar kesediaan dan tindakan pemimpin di semua
peringkat KPM lebih efektif.
527 Patah perkataan

RUJUKAN:

1. Dr. Syed Ismail Syed Mustapa, dan Ahmad Subki Miskon. (2021). Budaya dan
Pembelajaran.
2. https://malaysiagazette.com/2022/11/14/kepentingan-falsafah-pendidikan-
kebangsaan-mendepani-cabaran-ir-4-0/
3. https://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/viewFile/2087/1247

Anda mungkin juga menyukai