Anda di halaman 1dari 3

Pilar keempat dalam pembelajaran terbalik ialah “professional educator”

iaitu pendidik yang professional. Peranan Pendidik sebagai seorang


Profesional sangat penting dalam pembelajaran terbalik kerana di dalam
kelas pendidik itu ibarat nakhoda kapal yang akan membantu anak
buahnya sampai pada destinasi dengan selamat dan tersusun. Peranan
guru semasa sesi pengajaran flipped learning ini lebih penting daripada
ketika mengajar di kelas biasa. Seseorang guru perlu mengamati setiap
pelajar dan pandai untuk menarik minat dan perhatian murid untuk
belajar. Penerapan konsep Assessment of Learning dan Assessment as
Learning dalam pembelajaran sangat membantu dalam 'Flipped
Learning'. Sebagai contoh ketika di dalam kelas guru perlulah peka
dengan perbezaan pelajar dengan menyediakan pendekatan yang berbeza
dan menarik untuk menarik minat murid terhadap pembelajaran.

Selain itu, guru yang melaksanakan pembelajaran terbalik perlulah


menilai dan mengkaji semula setiap sesi PdPc yang mereka lakukan. Di
samping itu mereka perlulah berkolaborasi atau bertanya pendapat
dengan rakan sekerja atau guru yang lebih senior dan bersedia untuk
menerima teguran dan kritikan terhadap pengajaran yang mereka
lakukan. Maksudnya di sini guru perlu mereflek atau menilai semula
keberkesanan sesi PdPc yang dijalankan samada berjaya atau kurang
mendapat perhatian daripada murid dan seterusnya tidak mencapai
objektif pembelajaran yang dikehendaki.

Di dalam pembelajaran terbalik, guru merupakan seorang pemudah cara


atau fasilitator kepada murid. Murid yang perlu lebih menonjol dalam
setiap sesi PdPc. Namun meskipun begitu, perlu diingat bahwa Guru
tetap menjadi unsur paling penting yang memungkinkan Pembelajaran
Terbalik terjadi. Dalam erti kata lain, semasa pembelajaran terbalik
murid lebih menonjol dan PdPc berpusatkan murid. Tugas guru disini
hanya sebagai pemudah cara andai kata murid perlu bantuan atau
bantuan semasa proses PdPc.
PAGE 2

Dalam Pembelajaran terbalik, seseorang guru perlulah bersedia untuk


memenuhi pilar keempat iaitu pendidik yang professiona iaitu yang
pertama guru perlulah membuat dirinya sentiasa ada untuk semua
murid bagi menarik perhatian individu, kelompok kecil, dan kelas
sewaktu mereka memerlukan bantuan. Seperti yang saya terangkan
sebelum ini, seseorang guru itu berperanan sebagai fasilitator untuk
membantu murid walaupun pemblajaran itu bersifat berpusatkan
murid. Walaupun murid perlu main peranan atau bercakap lebih
banyak, guru perlu ada andai mereka melakukan kesilapan dan
memerlukan pembutulan di samping membantu mereka jika
memerlukan bantuan
selain itu, guru perlu melakukan penilaian formatif sepanjang waktu
kelas melalui pemerhatian dan dengan merekod data untuk dianalisis
pada masa akan datang. Di sini, guru mestilah melakukan penilaian
terhadap kefahaman murid mereka pada pembelajaran yang
dijalankan. pentingnya di sini untuk menilai sejauh mana keberkesanan
kita mengajar bagi mencapai objektif pembelajaran yang dijalankan
Yang ketiga, untuk merealisasikan flipped learning, guru perlulah
berkolaborasi dan berefleksi dengan guru lain dan sedia untuk
menerima kritikan membina. Ini secara tidak langsung akan menambah
motivasi kita untuk memperbaiki diri bagi menyediakan sesi PdPc yang
menarik dan berkesan terhadap murid kita.
PAGE 3

Di sini saya ringkaskan peranan pendidik untuk merealisasikan


pembelajaran terbalik iaitu yang pertama guru sebagai pemudahcara
dalam membantu muridnya. selain itu, mereka hendaklah sentiasa
positif dan bermotivasi untuk meningkatkan prestasi pengajaran di
samping terbuka kepada kritikan untuk penambahbaikan. ini secara
tidak langsung boleh memperbaiki kaedah pengajaran supaya menjadi
lebih baik. dan yang terakhir ialah reflektif terhadap PdPc iaitu sentiasa
bermuhasabah dengan pengajaran yang dijalankan supaya tidak mudah
berpuas hati dengan apa yang dijalankan. ini secara tidak langsung
boleh memperbaiki Teknik pengajaran dari masa ke semasa.

PAGE 4

Banyak kelebihan pembelajaran terbalik dan ia sangat relevan dengan elemen


yang diperlukan di dalam Pembelajaran Abad Ke 21 iaitu (4K1V) yang memerlukan
murid berkolaborasi, berkomunikasi, kreatif dan sebagainya. Antara kelebihannya
ialah murid lebih bersedia. Mereka melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
ilmu sebelum masuk ke kelas. Dengan itu, mudah untuk guru mengolah maklumat
yang murid sedia ada. Selain itu, ia menjimatkan masa. Apabila murid datang
dengan pengetahuan sedia ada, guru hanya perlu menjelaskan, menguraikan atau
menyusun atur aktiviti dalam erti kata lain sebagai pemudahcara. Kelebihan lain
ialah murid boleh meningkatkan kemahiran belajar. Murid membiasakan diri
mencari nota dan memahami secara kendiri. Dengan itu murid akan
mengamalkan tabiat belajar sendiri. Ini secara tidak langsung boleh
memotivasikan murid untuk terus rajin dan bersemangat untuk belajar. Selain itu,
ia juga dapat membina dapatan lebih baik untuk guru. Apabila guru memberikan
latihan sebelum masuk kelas secara digital, guru akan dapat tahap penguasaan
awal murid. Dengan itu, guru dapat menekankan aspek tertentu sahaja dalam
PdPc. Dan yang terakhir ialah ia dapat membina sahsiah murid. Murid tidak perlu
mengharapkan guru sebagai sumber nota. Mereka bertanggungjawab ke atas
pembelajaran sendiri. Akhir kata, Flipped Learning sangat bagus untuk
diaplikasikan dalam pembelajaran moden masa kini. Jadi sebagai guru kita perlu
bijak merancang dan memilih strategi dan kaedah pengajaran dengan baik supaya
pembelajaran itu menjadi lebih berkesan dan bermakna.

Anda mungkin juga menyukai