Anda di halaman 1dari 22

TEORI-TEORI PEMIKIRAN:

Kecerdasan Emosi – Emotional Intelligence KULIAH 3


(Goleman)
Kecerdasan Kejayaan – Successful Intelligence
(Sternberg)
KECERDASAN EMOSI (EMOTIONAL Daniel Goleman (1995)
INTELLIGENCE)
KONSEP KECERDASAN EMOSI
Konsep merujuk kepada kebolehan memantau
emosi diri dan orang lain, peka kepada emosi
diri dan orang lain, dan mengguna maklumat ini
untuk membimbing pemikiran dan tindakan diri.
Kemahiran ‘soft skill’ yang mengguna kemahiran
sosial untuk meningkatkan kejayaan
Kecerdasan ini berkaitan dengan aktiviti
pemikiran HOKA seperti imaginasi, perasaan,
emosi dan kreativiti

3
KONSEP KECERDASAN EMOSI

Membolehkan orang bekerja dalam pasukan dan


mengongsi usaha, pengalaman dan pengetahuan
mereka bagi menghasilkan inovasi
Terdapat hubungan kuat antara pekerja yang
berkecerdasan emosi tinggi dengan pencapaian
organisasi
Memimpin pasukan inovatif memerlukan
kemahiran kepimpinan dan kecerdasan emosi
yang menjanakan kepercayaan dan
penghargaan idea ahli dalam pasukan
4
LIMA DIMENSI KECERDASAN EMOSI

Kesedaran emosi sendiri (Self-awareness)


Pengurusan emosi diri (Self-management)
Motivasi kendiri (Motivation)
Pengenalpastian emosi orang lain (Empathy)
Pengurusan hubungan manusia (Social skills)

5
KESEDARAN EMOSI SENDIRI

Ia juga merupakan kesedaran diri dan


mengenal pasti emosi diri dalam pelbagai
situasi
Asas kepada keyakinan diri dan
berfikiran positif
Tahu dan sedar kekuatan dan kelemahan
diri, faham perasaan sendiri seperti
kebimbangan, ketakutan, kesedihan
6
PENGURUSAN EMOSI DIRI
Berkaitan dengan bagaimana seseorang mengurus emosi diri
dengan cara yang sesuai dalam pelbagai situasi
Ini termasuk kawalan emosi contoh ke atas keinginan yang
hendak dipuaskan segera
Mereka boleh memberi fokus kepada prioriti dan boleh
mencari cara-cara mengatasi masalah.
Orang yang mempunyai kemahiran ini tidak cepat putus asa
atau kecewa atau marah dalam keadaan tertekan. Mereka
boleh bangkit semula dengan segera daripada kesusahan
hidup

7
MOTIVASI KENDIRI
Orang yang mempunyai motivasi kendiri mempunyai
matlamat jelas, cita-cita, akan melakukan sesuatu
aktiviti dengan penuh semangat, minat, bertenaga dan
penglibatan intensif.
Mempunyai tumpuan atau fokus kepada aktiviti
sehingga selesai.
Produktif, mempunyai pencapaian tinggi dan berkesan
dalam sebarang tugasan
Boleh ‘think out of the box’ dan bersifat inovatif

8
PENGENALPASTIAN EMOSI ORANG LAIN
Sensitif kepada emosi orang lain dan peka kepada
mesej tacit (tersirat) yang disampaikan oleh orang lain
Dapat berempati dengan orang lain yang dalam
keadaan susah
Boleh lihat dari perspektif dan menghargai perasaan
orang lain
Minda terbuka dan boleh menerima pendapat atau
perbezaan orang lain
Berkebolehan membaca atau memahami perasaan
orang lain melalui bahasa bukan lisan mereka seperti
nada suara dan mimik muka
Ini adalah ‘kemahiran orang’ paling penting
Amat penting terutamanya dalam pekerjaan
penjualan, pengurusan, perguruan dan kebajikan. 9
PENGURUSAN HUBUNGAN MANUSIA (SOCIAL SKILLS)

Mempunyai kemahiran sosial atau seni menjalinkan serta


mengekalkan hubungan manusia
Kemahiran ini merupakan satu aset kepada kerja dalam pasukan.
Pasukan berkesan berasaskan hubungan interpersonal yang baik.
Boleh hidup secara harmoni dan berasa selesa dengan orang lain.
Juga merangkumi kebolehan memimpin, berinteraksi dengan
orang lain dengan tenang dalam sebarang keadaan krisis,
bertekanan tinggi sama ada di rumah atau tempat kerja

10
APLIKASI DALAM P&P

Boleh diajar kepada semua peringkat


umur dari kecil hingga dewasa.
Melalui aktiviti-aktiviti seperti
bercerita, pengkisahan dan
kesusasteraan, pantomin atau drama
dan kurikulum sains kendiri (self science
curriculum)
11
KURIKULUM SAINS KENDIRI
Bertujuan:
untuk menurunkan kemahiran-kemahiran kognitif dan
afektif kepada pelajar
Meluaskan pemahaman dan cara mereka berfungsi
dalam pelbagai situasi pembelajaran dan sosial yang
dihadapi mereka
Pelajar diajar untuk menggunakan kaedah inkuiri
saintifik dalam mempelajari tentang diri sendiri
dan kumpulan.
Boleh diajar merentas bidang-bidang kurikulum
seperti bahasa, kesihatan, moral dsb.
12
KECERDASAN KEJAYAAN Robert J. Sternberg

(SUCCESSFUL INTELLIGENCE) (1996)


TEORI KECERDASAN KEJAYAAN

Kecerdasan kejayaan merangkumi


kebolehan memotivasikan diri, menterjemah
pemikiran kepada tindakan sesuai,
berorientasikan produk, menyempurnakan
tugasan dan mempunyai tindakan susulan
dan tidak takut mengambil risiko atau
menghadapi kegagalan.

14
ASPEK-ASPEK TEORI KECERDASAN KEJAYAAN
Untuk mencapai kejayaan seseorang perlu
mekanisma mental yang berhubung kait iaitu:
Analitikal,
Kreatif, dan
Praktikal.
Juga dikenali sebagai proses mental atau
pemikiran tahap tinggi (higher order thinking
processes)
Proses mental boleh membantu individu
menyelesaikan masalahnya secara berkesan.
15
ASPEK-ASPEK TEORI KECERDASAN
KEJAYAAN…
Aspek analitikal - diperlu untuk menyelesaikan
masalah dan mempertimbangkan kualiti idea-
idea.
Aspek kreatif - untuk membentuk idea-idea
dan penyelesaian masalah yang baik.
Aspek praktikal - untuk mengguna idea-idea,
memilih penyelesaian dan menjayakan
penyelesaian yang dipilih.

16
KEBOLEHAN ANALITIKAL
Dikatakan universal kerana potensi mekanisma
mental ini kelihatan merentas semua individu,
kelas sosial dan kumpulan budaya.
Merupakan kemahiran asas bagi seseorang
untuk menyelesaikan sesuatu masalah iaitu
membolehkan otak:
Mendefinisikan atau mengenalpasti masalah
Merancang proses atau tindakan
Memperolehi dan memilih maklumat baru

17
KEBOLEHAN ANALITIKAL …
Cara kita mendefinisikan sesuatu masalah secara mental
mempengaruhi cara kita menyelesaikannya.
Orang yang mempunyai kecerdasan tinggi mengguna
lebih banyak masa untuk memikirkan strategi dan
membuat perancangan global dan masa depan sebelum
pelaksanaannya.
Secara relatif, dia akan mengurangkan masa
perancangan apabila sesuatu penyelesaian sedang
dilaksanakan.
Sebaliknya, orang yang mempunyai kecerdasan lebih
rendah akan menjunam terus ke dalam sesuatu masalah
tanpa memikirkan strategi yang kreatif terlebih dahulu.

18
KEBOLEHAN KREATIF (MENJANA IDEA)
Berfokus kepada pengalaman seseorang
bergabung dengan insight dan kreativiti yang
mempengaruhi cara seseorang berfikir.
Dapat menyelesaikan masalah (baru) dengan
cara baru (novel) iaitu dapat melihat sesuatu
masalah dalam cara baru atau dari sudut
baru.
Ini termasuk kepantasan dan terbukaan
memproses maklumat dan menerima idea
baru.
19
KEBOLEHAN PRAKTIKAL
Menekankan aktiviti mental yang terlibat untuk
menyesuaikan kelakuan dengan suatu situasi (termasuk
orang lain).
Beroperasi dalam konteks dunia sebenar adalah amat
berguna
Seseorang yang pintar dapat membezakan bila dan
bagaimana menyesuaikan diri (adaptation) kepada
situasi/persekitaran tertentu.
Sekiranya penyesuaian tidak boleh dilakukan, mereka
tahu bila dan bagaimana untuk merubah/membentuk
(shaping) persekitaran untuk bersesuaian dengan
keperluan & kebolehan diri.
20
KEBOLEHAN PRAKTIKAL…
Sekiranya perubahan tidak boleh dilakukan, mereka tahu
bila dan bagaimana memilih (selection) satu situasi/
persekitaran yang lebih sesuai sebagai alternatif.
Aspek praktikal ini membolehkan seseorang memperolehi
pengetahuan tasit (tacit knowledge) tentang persekitaran
yang mana strategi kejayaaan seseorang lazimnya tidak
diajar di sekolah.
Pengetahuan tasit diperolehi melalui pengalaman dan
perkongsian ilmu

21
RUMUSAN
Goleman berpendapat bahawa EQ merupakan
kecerdasan penting berkaitan dengan soft skills dan
social skills.
Menurut Sternberg, ketiga-tiga kecerdasan analitikal,
kreatif dan praktikal ini paling berkesan sekiranya
digunakan secara simbang.
Adalah penting bagi pelajar untuk mengetahui bila dan
bagaimana mengguna aspek-aspek tersebut daripada
hanya setakat memiliki ciri-ciri kecerdasan yang
berkaitan.

22

Anda mungkin juga menyukai