Anda di halaman 1dari 4

NORTH BORNEO UNIVERSITY COLLEGE

ASSESSMENT COVER SHEET

ARIANNA BINTI SAMAI 2020.5.EC02.0010


Student Name Student ID.
PERANAN ORANG DEWASA DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Assessment Title
DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION
Program
ADULTH CHILD RELATIONS ( KAC330 )
Course (Code)
MADAM AISYAH
Lecturer / Tutor

Date Submitted
OFFICE USE ONLY

Date Received

KEEP A COPY
Please be sure to make a copy of your work. If you have submitted assessment work electronically make sure you have a backup
copy.

PLAGIARISM AND COLLUSION


Plagiarism: using another person’s ideas, designs, words or works without appropriate acknowledgement.
Collusion: another person assisting in the production of an assessment submission without the expressed requirement, or consent
or knowledge of the assessor.

CONSEQUENCES OF PLAGIARISM AND COLLUSION


The penalties associated with plagiarism and collusion are designed to impose sanctions on offenders that reflect the seriousness
of the University’s commitment to academic integrity. Penalties may include: the requirement to revise and resubmit assessment
work, receiving a result of zero for the assessment work, failing the course, expulsion and/or receiving a financial penalty.

I declare that all material in this assessment is my own work except where there is clear acknowledgement and
reference to the work of others. I have read the university’s statement on cheating and plagiarism, as described
in the Student Handbook.

I give permission for my assessment work to be reproduced and submitted to other academic staff for the
purposes of assessment and to be copied, submitted to and retained by the Institution's plagiarism detection
software provider for the purposes of electronic checking of plagiarism.

Student’s signature: ……………………………………… Date: ………………………………………

Note: An examiner or lecturer / tutor has the right to not mark this assignment if the above declaration has not
been signed.
PENGENALAN

Perkembangan ialah satu proses yang berlaku secara berterusan dari peringkat lahir hinggalah
peringkat kematangan. Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara
‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait
antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan itu, iaitu berbentuk
struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi
dan sifat-sifat yang sejagat.

Secara ringkasnya, perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling
berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu. D.S.
Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam
warisan hayat dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta
berhubung dengan pertambahan umur. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan
kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku
kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan
sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma.
Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat yang lebih
matang, tetapi perkembangan terus berlaku walaupun pada peringkat kematangan yang
maksimum.

Proses pembelajaran membolehkan seseorang itu mengembangkan potensi sedia ada di dalam
dirinya. Sebagai contoh otot dan saraf anggota badan yang sempurna membolehkan seseorang itu
berenang namum dia hanya boleh berenang sekiranya berlatih atau meniru beserta dengan usaha

PERANAN ORANG DEWASA

Ibu bapa dan keluarga merupakan ‘guru’ pertama dalam kehidupan seorang anak. Walaupun
peranan ibu bapa dipenuhi dengan pelbagai cabaran, anda boleh menghasilkan keseimbangan
dalam kehidupan anak anda dengan cara mewujudkan rutin. Contoh rutin termasuklah makan
bersama-sama dan memberi urutan kepada bayi sebelum tidur. Hubungan dengan anak anda akan
mewujudkan ikatan yang berkekalan. Hal ini penting kerana ia memberi anak anda pengalaman
pertama hubungan intim antara ibu dan anak, dan membina keyakinan diri yang positif.

Hubungan awal ini akan memberi kesan terhadap perkembangan sosial dan kognitifnya pada
masa akan datang. Sebagai ibu bapa, anda perlu memberi komitmen untuk meluangkan masa dan
tenaga anda bersamanya. Selagi ibu bapa boleh membina ikatan dengan anak, dia akan merasa
rapat dan mendapat sokongan untuk membesar dengan sihat. Buat hubungan mata dan ekspresi
muka seperti senyum dan angguk. Beri respon kepada bayi anda dengan membalas secara pendek
seperti “Kamu bercakap!” dan menyanyi untuk menggalakkan komunikasi. Kasih sayang fizikal
seperti membelai, menyentuh dengan lembut dan memegang membuatkan bayi anda rasa
disayangi dan selamat.

Sebagai ibu bapa, waktu bermain merupakan peluang terbaik untuk anda terlibat dengan hidup
anak anda dan merupakan salah satu cara untuk mengukuhkan ikatan antara ibu bapa dan anak.
Lihat anak anda bermain, atau bermain bersama-samanya! Melihat dunia menerusi kaca matanya
membolehkan anda berkomunikasi dengannya secara lebih baik. Beri perhatian kepada anak anda
kerana ia lebih mudah bagi mereka untuk mengekspresikan emosi mereka dengan bermain.
Dengan menyelami dunia anak anda, mereka akan berasa disayangi dan merasakan bahawa
mereka mendapat kesemua perhatian anda.”
Meluangkan masa dengan anak anda merupakan aspek penting yang membantu menghasilkan
ikatan emosi yang kukuh antara anda dan anak anda. Kualiti dan kuantiti masa adalah merupakan
dua elemen yang sama penting. Berikut adalah beberapa tip mudah bagi ibu bapa yang sibuk
bekerja. Pilih satu hari dalam seminggu untuk meluangkan waktu bersama keluarga. Ketepikan
kerja anda untuk sementara waktu dan kumpulkan semua ahli keluarga untuk melakukan aktiviti
yang menarik seperti permainan papan, menonton wayang, bersiar-siar ke taman atau melakukan
sesuatu yang digemari oleh anak-anak anda.

CONTOH AKTIVITI YANG SESUAI DENGAN KANAK-KANAK

1.Aktiviti Padankan Bayang-Bayang.

Pelbagai tema atau buku padankan bayang-bayang boleh digunakan untuk aktiviti nini bagi
anak-anak berumur 4 - 6tahun. Latihan seperti ini menerapkan latihan mengecam sesuatu benda
melalui simbol-simbol persamaan yang terdapat pada sesuatu gambar. Pelbagaikan aktiviti ini
dengan suaikan, padankan, menggunting atau menampal. Latihan sebegini perlu untuk kanak-
kanak bagi memastikan psikomotor halus mereka terus meningkat dan sentiasa ada kemajuan
bagi menguatkan kemahiran menulis.

2. Mendengar bunyi atau muzik.


Dengarkan pelbagai jenis muzik dalam pelbagai bahasa. Aktiviti ini mampu membantu deria
pendengaran anak-anak supaya lebih peka terhadap bunyi. Aktiviti seperti ini mampu membantu
kepekaan deria pendengaran anakl-anak.

3. Bercerita.
Ibu bapa luangkan masa untuk bercerita apa sahaja cerita tidak kira cerita lucu, teladan, cerita
haiwan mengikut kegemaran anak-anak. Atau boleh menggunakan buku yang mempunyai
gambar sahaja. Ceritakan berdasarkan gambar dan buat bunyi-bunyi yang ada supaya cerita lebih
menarik. Ini mampu meningkatkan daya kreativiti anak-anak.

4. Membina Lego atau blok


Blok dan lego merupakan antara permainan yang sangat signifikan terutamanya pada zaman
kanak-kanak. Mereka akan leka berimaginasi membina apa jua yang kami bayangkan – sama ada
kereta, istana, rumah atau apa saja. Sebenarnya dengan bermain lego atau blok, ia dapat
membentuk koordinasi mata dan tangan serta skil motor dan spacial anak-anak selain dari
mempupuk kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah.
RUMUSAN

Realiti kehidupan sebagai ibu bapa adalah anda perlu berdepan dengan keadaan di mana anak
anda perlu berdikari sendiri. Oleh itu, sebagai ibu bapa, anda hendaklah membesarkan anak yang
berdikari dan bertanggungjawab, yang mampu membuat keputusan yang matang dan rasional.
Menyayangi anak anda bererti mengetahui bila untuk melepaskan mereka pergi, jadi tumpukan
kepada usaha untuk memperkasakan mereka bagi menghadapi alam dewasa.

SUMBER RUJUKAN

- https://www.sistemguruonline.my/2014/11/perkembangan-kanak-kanak.html

-http://www.myhealth.gov.my/permainan-mengikut-tahap-perkembangan-kanak-kanak/

-https://mypositiveparenting.org/ms/2018/01/21/optimumkan-perkembangan-anak-anda-
peranan-ibu-bapa/

-https://www.hmetro.com.my/WM/2021/03/680402/4-aspek-perkembangan-kanak-kanak

-https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/09/863692/peranan-ibu-bapa-bantu-
mantapkan-pembelajaran-anak

Anda mungkin juga menyukai