Anda di halaman 1dari 53

PANDUAN STIMULASI

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
UNTUK IBU BAPA

BAHASA DAN KOMUNIKASI


ZAINIAH MOHAMED ISA
IYLIA DAYANA SHAMSUDIN
GRACE ANNAMMAL GNANA PIRAGASAM
JUPPRI BACOTANG
MAZLINA CHE MUSTAFA
SUZANI MOHAMAD SAMURI
Panduan Stimulasi Perkembangan Kanak-kanak untuk Ibu Bapa:
Bahasa dan Komunikasi

Penulis

Zainiah Mohamed Isa


Iylia Dayana Shamsudin
Grace Annammal Ghana Piragasam
Juppri Bacotang
Mazlina Che Mustafa
Suzani Mohamad Samuri

Edisi Pertama

Tahun : 2020
Hak Cipta : Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara( NCDRC)
eISBN : 978-967-0638-96-6

Hak Cipta Terpelihara

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat
juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar, serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada penulis dan penerbit.

Penerbit

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)


Kampus Sultan Azlan Shah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tel : 015-4879 7137/6


E-mel : ncdrc@upsi.edu.my
Laman web : http://ncdrc.upsi.edu.my
Isi Kandungan

Prakata i
Pengenalan 1
Bahasa dan Komunikasi Kanak-
A kanak
3

B Ciri-ciri Perkembangan Bahasa


dan Komunikasi
5

Cara Menggalakkan Kanak-


C kanak Berkomunikasi
8

D Aktiviti Menggalakkan Anak


Berkomunikasi dan Berinteraksi
19

Peranan Ibu Bapa dalam


E Memperkembangkan Bahasa 22
dan Komunikasi
Contoh Interaksi Ibu Bapa
F dengan Kanak-kanak
25
Penutup 48
Prakata

Setinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, buku Panduan
Stimulasi Bahasa dan Komunikasi untuk Ibu Bapa ini berjaya diterbitkan.

Buku ini diusahakan hasil dari tindak balas terhadap kajian Bahasa dan
Komunikasi Kanak-kanak Usia 3-4 tahun, yang menggunakan data terkumpul
National Child Data Center (NCDC) yang berpusat di National Child
Development Research Centre (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim Perak. Ini kerana dapatan kajian menunjukkan pencapaian
bahasa kanak-kanak yang menjadi sampel dalam kajian tersebut agak rendah
dan kemahiran komunikasi kanak-kanak juga agak membimbangkan.

Sebagai mewakili kumpulan penulis buku ini, saya merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada pelajar KEMAS KOHORT 8 2020, Unit NCDC & IT,
NCDRC dan juga pihak NCDRC keseluruhannya di atas kerjasama yang
diberikan dalam menghasilkan buku panduan ini. Buku panduan ini juga
merupakan salah satu hasil penyelidikan bagi geran Projek Kelestarian Pusat
Data Kanak-Kanak Kebangsaan (Kod: 2018-0068-106-04) yang ditaja oleh
Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) melalui Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).

Kanak-kanak adalah aset negara. Justeru itu, adalah diharapkan buku


panduan ini dapat digunakan dan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh ibu bapa
dan penjaga bagi membantu dalam mempertingkatkan kemahiran bahasa dan
komunikasi di kalangan kanak-kanak di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Zainiah Mohamed Isa


Pensyarah Kanan
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Fakulti Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris

[i]
Pengenalan
Dewasa ini dapat kita lihat bilangan
kanak-kanak yang agak ketinggalan
dalam perkembangan bahasa dan
komunikasi semakin bertambah. Ini
dapat dilihat melalui bilangan kanak-
kanak yang kanak pelat walaupun telah
berusia 4 tahun, tidak suka bercakap,
dan kurang perbendaharaan kata
berbanding rakan sebayanya.

Sebenarnya ibu bapa dan penjaga, adalah sumber utama dalam


pembangunan bahasa anak-anak. Kanak-kanak belajar banyak dari
satu sama lain, tetapi orang dewasa adalah penyumbang utama
kepada perkembangan bahasa mereka. Ibu bapa menunjukkan contoh
perbualan, memberitahu perkataan yang tidak diketahuinya serta
menyokong pertuturan kanak-kanak.

Ini kerana semenjak dari awal lagi,


kanak-kanak belajar Bahasa pertuturan
apabila mereka mendengar ahli keluarga
mereka berbual, menyanyi, dan kanak-
kanak ini bertindak balas terhadap bunyi-
bunyi yang terdapat di sekelilingnya.
Kanak-kanak ini akan meniru bunyi
ataupun suara-suara yang terdapat di
sekitarnya.

Dari sinilah kanak-kanak mula bertutur bahasa pertama mereka dan


kosa kata mereka semakin berkembang apabila mereka membesar.
Sebenarnya bahasa adalah asas bagi kebolehan membaca kerana tanpa
memahami pertuturan adalah sukar untuk kanak-kanak memperolehi
bahasa dan seterusnya untuk menguasai proses pembacaan.

[1]
Bagi memahami bahasa Panduan stimulasi
penulisan kanak-kanak perkembangan ini adalah untuk
memerlukan pengalaman yang kegunaan ibu bapa ataupun penjaga
berkaitan dengan bahasa kanak-kanak yang berminat untuk
pertuturan dan penulisan. Ini menyokong perkembangan bahasa,
boleh diperoleh melalui komunikasi dan juga literasi awal
pengalaman mereka mendengar kanak-kanak. Hasil dari aktiviti
ibu bapa membacakan buku bersama kanak-kanak inilah yang
kepada mereka dan juga apabila akan menentukan kepetahan,
mereka melihat ibu bapa kecerdikan dan kesejahteraan
membaca majalah, surat khabar mereka kini dan juga di masa
dan lain-lain bahan bacaan. hadapan. Kebolehan bahasa yang
Segala pengalaman bahasa baik dapat membantu kanakkanak
pertuturan dan penulisan ini untuk berjaya dalam bidang
akan menjadi asas yang kukuh akademik dan dapat berkomunikasi
kepada literasi. dengan lebih baik dengan orang
lain. Tanpa kemahiran bahasa dan
komunikasi, kanak-kanak akan
berisiko dalam literasi, akademik,
sosial dan emosi. Seterusnya,
apabila mereka menjadi dewasa,
mereka menghadapi risiko
pengangguran dan kesihatan mental
yang kurang baik (Mc Kean et al.,
2015).

Diharapkan dengan sokongan


dan bimbingan ibu bapa, anak-anak
akan menjadi insan yang berjaya
dan juga akan dapat menyemaikan
sikap pembelajaran sepanjang
hayat.

[2]
Bahasa dan Komunikasi
A Kanak-kanak
Definisi:
Bahasa adalah himpunan perkataan yang diketahui
dalam sesuatu bahasa, yang berkembang mengikut
usia. Bahasa digunakan sebagai alat untuk
berkomunikasi dan memperoleh pengetahuan.

Perkembangan bahasa dan


berkomunikasi bermula semenjak awal
kelahiran, dan kemahiran ini diperoleh
melalui proses interaksi sosial dengan
orang-orang di sekitarnya.

Kanak-kanak belajar berkomunikasi


menggunakan Bahasa melalui interaksi
dengan ibu bapa dan orang yang
terdekat.

Kanak-kanak mula berkomunikasi menggunakan gerak


tubuh, bahasa isyarat dan juga tingkah laku seperti
menangis, ketawa,senyum dan lain-lain.

Setelah kanak-kanak mahir bertutur dan


berkomunikasi, mereka menggunakan
kemahiran asas ini untuk mempelajari
kemahiran membaca dan menulis.

[4]
Ciri-ciri Perkembangan Bahasa
B dan Komunikasi
3-4 tahun
Suka menyanyi dan
menggunakan bahasa
berirama serta beraksi.

Boleh membimbing rakan


dalam permainan.
Pertuturan
lebih mudah
difahami
(Tidak pelat).

Telah boleh
menyanyi lagu
yang disukainya
Suka atau sering
mendengar didengarinya.
cerita.

Boleh berbual-
bual dengan
rakan sebaya.

Bertanya pelbagai
soalan.

[6]
Boleh melakonkan
watak dalam
permainan olok-olok Boleh berhubung
dengan orang
dewasa dengan
mudah.

Penggunaan 4
patah perkataan
Memberitahu cerita atau lebih dalam
yang disukai kepada satu ayat.
diri sendiri dan orang
lain.

Dapat mengikut dua


arahan berkembar.
Boleh bercakap
Contoh: “Ambil kasut
mengenai peristiwa.
dan beri pada adik”
Contoh: “Ibu sedang
masak.”

[7]
Cara Menggalakkan Kanak-
C kanak Berkomunikasi
Anggap semua apa yang anak
katakan adalah bermakna. 1

 Kanak-kanak menganggap semua perkara di dalam


kehidupan harian mereka adalah sesuatu yang
bermakna.
 Mereka suka untuk berkongsi tentang perkara tersebut
dengan ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat.
 Ibu bapa patut melayan percakapan kanak-kanak
mengenai perkara yang bermakna kepada kanak-kanak
supaya kemahiran komunikasi dan perbendaharaan
kata mereka akan meningkat.

[9]
‘Follow the child’s lead’ atau ikut
serta perbualan yang dimulakan 2
oleh kanak-kanak.

 Kanak-kanak suka meneroka persekitaran mereka


kerana dengan cara ini mereka mempelajari sesuatu
yang baharu.
 Ibu bapa boleh berbual dengan anak tentang apa yang
kanak-kanak buat atau suka tetapi biarkan kanak-kanak
mengetuai atau memanipulasi perbualan tersebut.
 Ini boleh meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk
terus berinteraksi dan memberi peluang ibu bapa
mengenali dan memahami minat mereka.

[10]
Usah bosan dengan pengulangan
oleh kanak-kanak. 3

 Kanak-kanak akan sentiasa mengulang atau bercakap


tentang perkara yang sama apabila mereka mula
mempelajari sesuatu yang baharu.
 Sebenarnya, ini adalah cara yang mereka gunakan
untuk menguasai sesuatu perkara.
 Ibu bapa perlu terus bercakap dengan anak serta boleh
memperkenalkan sesuatu yang baru berkaitan dengan
topik yang menjadi minat kanak-kanak (contoh: bentuk
belon, warna belon, sifat belon boleh terbang, boleh
meletup).

[11]
Berkomunikasi dengan anak
pada bila-bila masa, di mana jua,
4
dalam apa jua situasi dan dalam
pelbagai emosi.

 Kanak-kanak akan sentiasa mahu berinteraksi dengan


orang lain bagi berkongsi pendapat dan perasaan
mereka.
 Ibu bapa harus boleh berinteraksi dengan kanak-kanak
pada setiap masa.
 Kanak-kanak juga akan mempelajari tentang perkara
baharu dan perbendaharaan kata akan bertambah
apabila mereka berinteraksi di pelbagai tempat, situasi,
dan keadaan emosi yang berbeza.
 Ibu bapa juga digalakkan untuk berinteraksi dengan
anak menggunakan dwibahasa untuk menggalakkan
perkembangan bahasa kedua kanak-kanak.

[12]
Selalu bermain dengan anak.
5

 Semasa anak bermain, berinteraksilah dengan mereka.


 Ambil peluang ini untuk memperkenalkan perkataan
baharu kerana kanak-kanak akan lebih mudah
mempelajari sesuatu dalam keadaan emosi berasa
gembira.

[13]
Gunakan objek yang berada di
sekeliling anak untuk tujuan 6
berinteraksi dan berkomunikasi
dengan kanak-kanak.

 Perkenalkan nama objek yang ada di sekeliling anak


dan ajar anak mengeja nama objek tersebut,
perkenalkan sifat objek tersebut (bentuk, saiz, warna).
 Tunjukkan benda sekeliling anda yang ada tanda
tulisan, seperti bahan makanan yang anda beli atau
sebagainya.
 Tunjukkan tulisan pada papan tanda, bangunan, label
makanan, buku dan lain-lain.
 Kenalkan perkataan pada papan tanda seperti
„berhenti‟ dan „awas‟, tulisan pada bangunan.

[14]
Banyak bertanya semasa
berinteraksi dengan anak. 7

 Kanak-kanak selalu memulakan interaksi dengan ibu


bapa.
 Ibu bapa harus ikut serta dengan interaksi tersebut dan
cuba memanjangkan perbualan dan banyak bertanya
kepada anak.
 Tanya kepada kanak-kanak apa yang mereka ingin
lakukan, dan juga soalan mengapa dan bagaimana.

[15]
Libatkan anak dalam aktiviti
penjagaan diri harian mereka. 8

 Kanak-kanak akan berasa lebih berkeyakinan dan


merasakan pendapat mereka penting dalam aktiviti
harian mereka. Ibu bapa boleh meminta kanak-kanak
memilih baju mereka sendiri, mengambil lauk sendiri,
melakukan sebahagian aktiviti mandi dengan sendiri.
 Ibu bapa boleh bertanyakan tentang pilihan yang
dibuat, apa yang dilakukan dan mengapa.
 Boleh selitkan ejaan perkataan yang digunakan kanak-
kanak. Ini boleh meningkatkan perbendaharaan kata
dan akan membantu anak untuk belajar membaca dan
menulis.

[16]
Libatkan anak dalam aktiviti
harian lain. 9

 Semasa proses menyenaraikan barangan untuk dibeli,


kanak-kanak boleh mencadangkan barangan yang
ingin dibeli.
 Biarkan dia melihat anda membaca dan menulis dalam
kegiatan seharian seperti melihat resepi dan iklan, atau
ketika menulis senarai barangan untuk dibeli dan
sebagainya.
 Galakkan kanak-kanak memegang senarai barangan
tersebut semasa membeli belah.

[17]
Simpan bahan-bahan membaca
dan menulis seperti buku, 10
majalah, pensel dan kertas di
tempat yang mudah diambil.

 Biarkan anak mempunyai kebebasan untuk


mengunakan bahan membaca dan menulis pada bila-
bila masa.
 Ibu bapa digalakkan untuk membaca buku dengan
anak dan tunjukkan pelbagai emosi atau nada suara
semasa membaca untuk menarik minat kanak-kanak.
 Aktiviti ini boleh memberi pendedahan kepada kanak-
kanak berkaitan cetakan, bentuk-bentuk huruf dan
nombor.

[18]
Aktiviti Menggalakkan Anak
D Berkomunikasi dan
Berinteraksi
Aktiviti di Rumah

Menonton TV Bermain Membaca buku


bersama anak Peranan bersama anak
Berbual semasa Berlakon menjadi Baca buku
menonton rancangan superhero kegemaran menggunakan intonasi
kegemaran anak. Boleh kanak-kanak, lakon suara berbeza, lakonkan
juga menyanyi lagu semula babak dari apa yang dibaca.
bersama anak. rancangan kegemaran
kanak-kanak.

Membantu di rumah Bercerita


Galakkan anak memasak bersama ibu. Ibu bapa boleh bercerita tentang hal
Beri tugasan mudah kepada kanak- harian mereka atau hal di zaman kanak-
kanak sambil berbual tentang apa yang kanak.
akan dimasak, nama bahan yang
digunakan dan juga cara memasak Ibu bapa juga boleh mereka-reka cerita
makanan. dan bercerita dengan kanak-kanak
menggunakan apa yang ada di sekeliling
Aktiviti lain yang boleh dilakukan mereka (contoh: binatang atau
bersama seperti melipat pakaian dan kenderaan) bagi mengembangkan
berkebun. Gunakan peluang ini untuk imaginasi dan komunikasi kanak-kanak.
berbual dengan anak-anak.

[20]
Aktiviti di
Luar Rumah
Tunjuk dan namakan papan tanda jalan, papan tanda pada bangunan
sepanjang perjalanan ke destinasi.

Tunjukkan serangga atau haiwan atau cuaca disekeliling kita kepada


anak dan bercakaplah mengenai perkara tersebut.

Selalu memperkenalkan kepada kanak-kanak dengan objek yang baru


yang mereka temui.

Perkenalkan lampu isyarat, namakan warna dan fungsi setiap warna


lampu isyarat.

Menyanyi lagu berkaitan dengan objek sekeliling


(contoh: pelangi, haiwan, kedai, sekolah dan lain-lain.

Bawa ke tempat seperti perpustakaan dan zoo.


Bercakap dengan perlahan tentang tempat yang ditunjukkan.

Berbual tentang destinasi yang ingin dituju, aktiviti yang ingin atau
telah dilakukan, dan objek sekeliling (banyaknya pokok, pokok warna
hijau, pokok tinggi atau rendah).

Bercerita tentang apa yang berlaku semasa keluar bersiar-siar,


membeli-belah semasa dalam perjalanan pulang atau di rumah.
Peranan Ibu Bapa dalam
E Memperkembangkan
Bahasa dan Komunikasi
Ibu bapa harus melapangkan masa untuk membantu kanak-kanak
dalam pertuturan dengan berbual-bual dengan mereka.

Antara perkara yang boleh ibu bapa lakukan ialah:

Selalulah berbual
dengan anak-anak
anda tidak kira di mana
anda berada.
1
Layanlah percakapan anak
anda tidak kira apa sahaja
perkara
disampaikan.
yang ingin 2
Biasakan bercakap dengan
menggunakan ayat yang betul dan
standard supaya kanak-kanak
mencontohi bahasa yang baik.
3
Elakkan daripada mengajuk cakap pelat anak-
anak anda. Jika perkataan yang disebutnya tidak
betul, ulangi sahajalah perkataan tersebut
dengan menyebutnya dengan betul.
4
Galakkan anak-anak anda menggunakan bahasa yang
bersopan santun. Tegur mereka jika mereka
menggunakan kata-kata yang kasar secara lemah
lembut.
5
[23]
Sentiasa memantau perkembangan Bahasa anak
anda. Jika ada kerisauan tentang perkembangan
bahasa mereka, berjumpalah dengan pakar. 6
Sentiasa menggunakan intonasi suara yang rendah,
(tidak menjerit-jerit) semasa berinteraksi dengan
kanak-kanak. Perlakuan ibu bapa sentiasa menjadi
ikutan kanak-kanak.
7
Anda boleh juga menetapkan waktu untuk berinteraksi
dan mendengar antara satu sama lain. Waktu makan
bersama keluarga boleh dijadikan sebagai masa yang
terbaik untuk berinteraksi.
8
Berbual memerlukan pendengar dan penutur. Jika orang
lain sedang bercakap, kanak-kanak perlu menunggu
giliran mereka untuk bercakap. Jika kanak-kanak sedang
bercakap, ibu bapa perlu menjadi pendengar pula.
9
Ibu bapa perlu berfikiran terbuka untuk bercakap
mengenai perasaan. Kanak-kanak bukan hanya boleh
bercakap mengenai keseronokan, tetapi juga boleh
menyuarakan tentang ketakutan, kebimbangan dan
kekecewaan.
10
Yakinlah dengan anak anda.Ibu bapa perlu yakin dengan
kebolehan anak mereka dan berfikiran positif dalam
menangani kerenah dan juga percakapan anak-anak mereka.
Ini akan dapat membantu perkembangan emosi anak serta
bahasa dan komunikasi mereka.
11
Contoh Interaksi
F Ibu Bapa dengan Kanak-
kanak
Pulang dari Sekolah
Situasi:
1
Anak pulang dari sekolah dan ibu berbual
tentang apa yang berlaku di sekolah

Oh.. Anak ibu dah balik. Macam mana di sekolah hari


ini? (Soalan Penerangan)

Tak seronok langsung!

Ye? Mengapa? Ada gaduh dengan kawan ke?


(Soalan Penerangan)

Ya.. Saya bergaduh dengan Zira.

Mengapa bergaduh dengan Zira, Ana?


(Soalan Penerangan)

Zira lah... Dia cakap, saya tak boleh bercakap dengan


Nita. Nita tu kawan baik dia. Dia sahaja yang boleh
bercakap dengan Nita?

[26]
Ana rasa boleh tak macam tu?
(Soalan Jangkaan)

Mana boleh... kan semua dalam kelas tu adalah


kawan saya. Jadi saya bolehlah bercakap dengan
semua orang.

Betul lah tu. Tapi, Zira pun sekelas kamu, kan?


Boleh ke kamu bergaduh dengan dia?
(Soalan Jangkaan)

Tapi dia yang tak bagi Nita cakap dengan saya.

Ye, memang yang dia buat itu tidak betul.Tapi dia


masih kawan sekelas kamu? Apa yang patut kamu
buat? (Soalan Penyelesaian Masalah)

Yelah. Saya akan memohon maaf kepadanya esok.

Bagi tahu dia .. semua dalam kelas adalah kawan.


Semua orang boleh bercakap dengan sesiapa sahaja
sebab semuanya kawan.

Baiklah ibu.

[27]
Bermain Masak-masak
2
Situasi:
Ibu berbual dengan anaknya semasa main
Masak-masak bermain masak-masak.

Wah..banyaknya mainan. Mira buat apa ni?


(Soalan Penerangan)

Mira masaklah ibu.

Mira nak masak apa untuk ibu?


Mira masakkan ibu nasi goreng…boleh?

Boleh ibu, kejap tau.


(Mira mula buat nasi goreng - main masak-masak)

[28]
Mira letak apa dalam nasi goreng?
(Soalan Penerangan)

Ada sayur, telur, ….

Cili tak letak ke Mira?


(Soalan Jangkaan)

Tak nak… nanti pedas…

Hmmm…kalau ibu nak ayam boleh ke?


(Soalan Jangkaan)

Boleh. Cikgu cakap kena makan ayam baru cepat


besar.

Oh..ye ke? Ok mira. Ibu nak ayam lah. Letak banyak-


banyak ye untuk ibu

[29]
Aktiviti Bercerita

Situasi:
3
Ummi membawa sebuah buku cerita
tentang seekor kucing yang bertajuk “Si
Comel” untuk dibacakan kepada Siti
sebelum tidur.

Malam ni Siti nak ummi bacakan buku apa untuk Siti?


(Soalan Pemilihan)

Buku Si Comel?

Haaa…Buku tu lagi? Kenapa Siti suka baca buku tu ye


(Soalan Penerangan)

Siti suka gambar kucing dalam ni Ummi, comel-


comel…

Kucing ni warna apa?

Putih, Ummi.

[30]
Sama tak dengan kucing Awin?
(Soalan Perbandingan)
(Awin merupakan anak jiran sebelah rumah Siti)

Tak sama Ummi.

Iye? Warna apa kucing Awin tu?

Ada warna hitam, oren, merah…besar Ummi.

Kenapa agaknya kucing Awin tu besar-besar


badannya.
(Soalan jangkaan)

Kucing tu makan banyak…


Awin cakap, kucing dia makan ikan, nasi, Friskies.

Siti rasa kalau Awin tak bagi kucing tu makan apa kan
terjadi?
(Soalan jangkaan)

Aaah…kesianlah kucing tu Ummi.. nanti dia sakit..


kurus nanti. Tak comel lagi…

Senyum.. ye kita kena bagi kucing tu makan. Kalau


tak, berdosa tau.. sebab tak jaga kucing tu elok-elok.
Di Taman Permainan

Situasi:
4
Ibu membawa anak pergi ke taman
permainan.

Adik jom kita pergi taman permainan.

Nak....nak. yey… seronoknya..!

Adik nak main yang mana?


(Soalan Pemilihan)

Adik suka main papan gelongsor.

Kenapa adik suka main gelongsor?


(Soalan Penerangan)

(Biar kanak-kanak jawab dengan pendapatnya sendiri)


Adik suka sebab boleh turun laju ….

[32]
Kalau main gelongsor kena naik dari mana?
(Soalan Penerangan)

Naik dari tangga ibu...

Betul tu. Kenapa kita tak boleh naik dari depan?


(Soalan Jangkaan)

Mana boleh. Bahaya. Nanti takut bertembung dengan


dengan kawan. Kena tunggu giliran kawan turun dulu.

Ya. Pandai anak ibu. Tu kawan adik dah ada tu.


Pergilah bermain bersama kawan.

[33]
Ke Pasar Bersama Ibu
5
Situasi:
Seorang ibu membawa anaknya pergi pasar
untuk membeli sayur- sayuran dan ikan
untuk makan tengahari.

Wah banyaknya ikan Imran.


Imran nak makan ikan apa?
(Soalan Pemilihan)

Imran nak ikan itu boleh?

Boleh… itu ikan bawal.


Ikan bawal sedap masak kari.
Imran suka kari ikan kan!.
Mari kita tengok sayur pula.
Imran nak makan sayur apa?
(Soalan Pemilihan)

Imran tak nak makan sayur ibu… sayur tak sedap..

[34]
Di sekolah bukankah Imran dah belajar tentang
makanan berkhasiat?
Cuba bagi tahu ibu, apa jadi kalau kita tak makan
sayur?
(Soalan Penerangan)

Cikgu kata kita kena makan sayur baru badan kita


boleh jadi sihat dan Imran boleh cepat besar.
Tapi… sayur tak sedap dan pahit ibu..

Imran kat pasar ni ada macam-macam jenis sayur


yang sedap dan tak pahit, tengok tu ada lobak merah,
ada bayam, ada kangkung yang tak pahit pun.
Imran boleh cuba makan.

Ok ibu… Imran akan cuba makan sayur…

[35]
Membersihkan Halaman
6
Situasi:
Suasana membersihkan halaman rumah

Tengok ni Adam.
Banyaknya daun gugur di depan rumah ni.

Iya la ibu.

Apa jadi kalau kita tak sapu daun-daun ni ye Adam?


(Soalan Membuat Jangkaan)

Ha ha ha .. Nanti kita tak boleh masuk rumah sebab


daun ni penuh sampai atas.

Kita nak guna apa ye untuk bersihkan daun ni?


(Soalan Penyelesaian Masalah)

Adam selalu tengok ibu guna penyapu.

[36]
Haa betul Adam.
Boleh Adam ambilkan penyapu tu?

Boleh ibu. Nanti Adam ambil penyapu ye ibu.

Mari kita sapu. Wah dah banyak daun yang kita


kumpul. Macam mana nak buang ke tong sampah ni?
(Soalan Penyelesaian Masalah.)

Kita angkatlah ibu.


(Adam angkat pakai tangan, Banyak daun yang jatuh
ke tanah)

Susah ke senang jika kita angkat pakai tangan?


(Soalan Jangkaan)
Kan susah tu. Apa cara lain ye Adam supaya kita
dapat bawa daun ni ke tempat sampah dengan cepat
dan tak jatuh jatuh? (Soalan Jangkaan)

(Dengar penyelesaian masalah yang dikemukakan


oleh anak.)
Kita boleh guna guni/kereta tolak/baldi, ibu.

Pandai Adam, nanti daun ni Adam masukkan ke dalam


tong sampah ya.

[37]
Berkebun
7
Situasi:
Ibu dan anak pergi ke kebun kecil di luar
rumah

Nak ikut ibu tak pergi ke kebun?

Nak ikut.

Adik nak buat apa di kebun nanti?


(Soalan Pemilihan )

Boleh adik siram pokok tak?

Boleh...kenapa kita kena siram pokok ni, adik?


(Soalan Penerangan)
(Tunggu jawapan kanak-kanak. Apa pun jawapan
cuba terima dahulu sebelum ibu bapa menerangkan
jawapan dalam bentuk ayat yang mudah.)

Sebab pokok nak air. Dia nak minum.

[38]
Ye.. pokok macam kita juga, perlu minum. Kalau tidak
kita jatuh sakit.
Pokok kalau kita tak siram sakit tak dia?

Ye sakit... nanti daun dia jatuh..

Kalau kita tak nak dia sakit, kita nak buat apa?
(Soalan Jangkaan)

Kita kena siram dia hari-harilah.


Baru dia dapat minum hari-hari. Barulah dia sihat.

Ye.. sihat macam adik kan. Adik kan suka minum air.
Dah siap pun kita siram pokok kita.
Esok kita datang lagi nak tak.

Nak... Nak..

Hmm.. esok apa yang adik nak cuba buat lagi?


(Soalan Pemilihan)

[39]
Semasa Dalam Kereta
8
Situasi:
Ayah menghantar anak ke TASKA

Abang, sebelum kereta bergerak apa yang perlu kita


buat? (Soalan Peneguhan)

Pakai tali pinggang keledar.

Kenapa kita perlu pakai tali pinggang kereta?


(Soalan Jangkaan)

Supaya kita selamat.


Kalau tak pakai, nanti polis tangkap.

Hi hi hi, Kelakarlah abang ni. Sebelum kita gerak, kita


nak buat apa? (Soalan Penerangan)

Baca doa naik kenderaan.

Abang, tengok tu, ada lampu isyarat. Warna apa yang


ada di lampu isyarat? (Soalan Penerangan)

Ada warna merah, oren (kuning), hijau.

[40]
Tahu tak apa maksud warna lampu isyarat tu?
(Soalan Penerangan)

Warna merah berhenti,


warna oren (kuning) kereta perlahan,
warna hijau kereta jalan.

Kalau kita tak ikut lampu isyarat, apa akan jadi?


(Soalan Jangkaan)

Nanti kereta berlanggar, kemalangan, bahaya ayah.

Pandainya anak ayah. Siapa bagi abang pandai?


(Soalan peneguhan)

Allah, semua Allah yang buat.

Abang, kita dah sampai.


Kalau dah sampai nak ucap apa?
(Soalan Peneguhan)

Alhamdulillah.

[41]
Bermain Lego

Situasi:
9
Ayah dan anak bermain lego di ruang tamu

Abang, nak main apa hari ni?


(Soalan Penerangan)

Nak main lego.

Sebelum main, ada syaratnya.


Abang ingat tak? (Soalan peneguhan)

Tahu, lepas main perlu kemas semula.

Ya, betul... Abang nak buat apa dengan lego ni?

Abang nak buat kapal terbang.

Kenapa abang nak buat kapal terbang?


(Soalan Penerangan)

Sebab, abang suka naik kapal terbang.

Masa bila abang naik kapal terbang?


(Soalan Penerangan)

[42]
Masa balik kampung, jumpa nenek.
Ayah, macam mana nak buat kapal terbang?
(Soalan Penerangan).

Senang je, cuba tengok gambar kapal terbang ni.


Abang buat macam gambar kapal terbang ni.

Ayah, dah siap

Ye ke dah siap? Cuba tengok betul-betul. Macam ada


kurang je dengan kapal terbang abang tu.

Ye lah, kapal terbang abang belum ada sayap.

Kalau tak ada sayap, apa akan jadi?


(Soalan Jangkaan)

Kapal tak boleh terbang ayah.

Oh ye, kapal terbang ada berapa sayap?


(Soalan Penerangan)

Ada dua.

Betul tu abang, cuba baiki lagi kapal terbang abang tu


sampai siap. Ok, masa dah habis, kapal terbang
abang pun dah siap. Lepas main perlu buat apa?
(Soalan peeguhan)

Kemas semula lego, letak dalam kotak.


Menonton Televisyen
Situasi: 10
Anak menonton televisyen di rumah

Ayah, nak tengok TV, boleh?

Boleh, tapi ada syaratnya. Ingat tak?


(Soalan Peneguhan)

Syaratnya, tak boleh tengok TV lama sangat.

Ya, betul. Kenapa tak boleh tengok TV lama?


(Soalan Jangkaan)

Nanti, mata sakit.

Hi hi hi..pandai, abang nak tengok cerita apa?


(Soalan Pemilihan)

Abang nak tengok cerita kartun, ada tak ayah?

Sekejap ayah tengok channel?

Channel tu apa ayah? (Soalan Penerangan)

Channel tu rancangan TV, kita perlu pilih rancangan


TV yang ada kartun.

[44]
Ayah nak tengok ni, cerita Ultraman.

Cerita ni tak sesuai untuk abang.

Kenapa pula ayah? (Soalan Penerangan)

Cerita ni banyak bergaduh, bertumbuk, nanti abang


tiru pula. Cerita kartun apa lagi yang abang suka?
(Soalan Penerangan)

Abang suka Upin Ipin, Boboiboy, Omar Hana, Ejen Ali,


Roborcarpoli, Super Wing, Thomas...

Banyaknya abang suka. Tapi abang kena pilih satu


sahaja..

Ayah, nak yang ni. Abang suka cerita Upin dan Ipin.

Ok, ini boleh. Cerita ni sesuai untuk abang, kenapa?


(Soalan Jangkaan)

Sebab Upin Ipin tak bergaduh, tak bertumbuk. Upin


Ipin ramai kawan macam abang. Ayah, Upin Ipin dah
habis, nak tengok kartun lagi, boleh?

Aik, abang dah lupa ke syarat bila tengok TV?


(Soalan Peneguhan)

Tahu, tak boleh tengok TV lama


Membaca Buku

Situasi:
11
Ibu membaca buku bersama anak

Ibu, tolong bacakan cerita ini pada adik.

Pandai Adik pilih buku cerita. Cuba Adik tengok


gambar muka depan ini? Apa yang Adik nampak?
(Soalan jangkaan)

Adik nampak arnab dan kura-kura

Ya, tajuk buku ini, Arnab dan Kura-Kura. Dengar ya


sayang. Pada suatu hari, arnab keluar bersiar-siar.
Arnab ternampak kura-kura. Kura-kura sedang
merangkak perlahan-lahan. "Ha! Ha! Ha!" arnab
ketawa. "Kura-kura berjalan sangat perlahan," kata
arnab dalam hatinya.

Tak baik kan Ibu, kita ketawakan kawan kita.

Ya, sayang, pandai anak Ibu. Setiap makhluk Allah


diciptakan dengan ada kelebihan dan kekurangan
masing-masing.

Kemudian, apa yang berlaku, Ibu?

Arnab segera pergi berjumpa kura-kura.


"Wahai kura-kura, mahukah engkau berlumba lari
denganku?" arnab bertanya. "Satu, dua, tiga!" arnab
membilang. Perlumbaan pun bermula. Arnab berlari
kencang. Kura-kura merangkak perlahan.
Ala…nanti kura-kura kalah ya Ibu?

Adik rasa kura-kura kalah? Kenapa?


(Soalan jangkaan)

Sebab dia perlahan sangat.

Betul ke? Baik, mari Ibu bacakan lagi.


Di pertengahan jalan, arnab berehat di bawah
sepohon pokok. Kemudian, arnab tertidur. Kura-kura
terus merangkak. Kenapa arnab tertidur ya Adik?
(Soalan Jangkaan)

Mungkin disebabkan terlalu laju, arnab rasa penat.

Mungkin juga kan. Arnab terjaga daripada tidurnya.


Arnab terus berlari kencang. Tetapi kura-kura sudah
berada di garisan penamat. Arnab kalah dalam
perlumbaan itu. Arnab berasa malu.

Horey, kura-kura menang!

Betul, kan Adik. Adik suka ya kura-kura menang? Kita


tidak boleh memandang rendah terhadap orang
yang lemah atau miskin. Setiap orang mempunyai
keistimewaan dan kelebihan masing- masing.

Terima kasih Ibu, nanti Ibu bacakan lagi ya.

InsyaAllah nanti kita bacakan buku lain pula ya.

[47]
Penutup

Kesimpulannya, ibu bapa patut memberikan peluang untuk


kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi secara semula
jadi di rumah. Ini kerana kemahiran bahasa dan komunikasi
adalah asas kepada kejayaan akademik dan kanak-kanak di
masa akan datang. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan
penting bagi memastikan kemahiran bahasa dan komunikasi
kanak-kanak berkembang dengan baik sebelum melangkah
ke alam persekolahan.

[48]
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Kompleks NCDRC , Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Proton City, 35900 Tanjung Malim, Perak

http://ncdrc.upsi.edu.my

Anda mungkin juga menyukai