Anda di halaman 1dari 4

Fenomena Sosial November 2022

Sejarah dan Demokrasi: Had Umur Mengundi

B.N. Lee

Fakulti Psikologi dan Pendidikan


Universiti Malaysia Sabah

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan pembelajaran Sejarah dan demokrasi di Malaysia.


Malaysia mencatat sejarah apabila Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang
Perlembagaan (Pindaan) 2019 untuk menurunkan had umur mengundi, pendaftaran
pengundi automatik dan menurunkan had umur calon bertanding pilihan raya
kepada 18 tahun. Perbuatan ini tercetus hasil kajian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
yang mendapati ramai golongan ini tidak mendaftar sebagai pemilih apabila
mencapai umur 21 tahun. Susulan Pindaan Perlembagaan, Pilihan Raya Umum Ke-15
(PRU-15) akan datang. dijangka menyaksikan peningkatan 50 peratus daripada 14.9
juta pengundi pada PRU-14. Jumlah pengundi pada PRU-15 diunjurkan mencecah
22.5 juta, selepas mengambil kira pertambahan pengundi berusia 18 tahun dan
pendaftaran automatik.

Kata kunci : Pembelajaran Sejarah, Pembelajaran demokrasi, Had umur mengundi

Pengenalan
Kajian pada 2020 menunjukkan bahawa 64.5 peratus golongan muda kurang
berminat dalam politik. Mereka berpendapat politik lebih dikaitkan dengan sesuatu
yang negatif dan salah laku. Isu anak muda tidak berminat dengan politik juga
merupakan fenomena universal, bukan sahaja di Malaysia, malah di negara maju.
Kebetulan ketika kajian dijalankan, kemelut politik tanah air penuh dengan ‘drama’
dan adegan lompat parti menyebabkan golongan muda merasakan politik penuh
dengan ketidakjujuran dan mengutamakan kuasa (Ismail, 2021).

Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang


mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan bagi menyediakan
modul pendidikan pengundi kepada pelajar sekolah bagi memberi kefahaman
tentang demokrasi dan pilihan raya sejak kecil. Mengulas lanjut, Maszlee berkata
pihaknya akan bekerjasama dengan SPR untuk menganjurkan siri jelajah ke sekolah-
sekolah di seluruh negara bagi memberi penerangan dan pemahaman berhubung
proses demokrasi dan pilihan raya. Kami juga akan bekerjasama dengan badan
bukan kerajaan (NGO) untuk tujuan ini. Untuk aktiviti kokurikulum di sekolah, kami
akan mendedahkan pelajar kepada pelbagai perkara praktikal berkaitan amalan
demokrasi dan pilihan raya.

Sementara itu, sembilan Politeknik Malaysia menerima akreditasi Emas daripada


APACC sekali gus membuktikan institusi pengajian tinggi itu mampu bersaing di
peringkat antarabangsa. Politeknik tersebut ialah Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik
Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Kota Bharu,
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Politeknik Sultan Azlan Shah,
Politeknik Port Dickson, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan Politeknik Seberang
Perai ( Mohd Iskandar , 2019).
Fenomena Sosial November 2022

Skop Politik Belia


Segelintir pelajar/anak muda menganggap babak lompat parti sebagai dinamik politik
yang mula diterima masyarakat walaupun penuh dengan perdebatan. Sebenarnya
ramai yang beranggapan anak muda berusia 18 tahun belum cukup matang untuk
menceburi bidang politik apatah lagi diangkat sebagai pemimpin atau mampu
bersaing dalam pilihan raya. Timbul persoalan, sejauh manakah mereka yang
berumur 18 tahun boleh membuat pilihan sendiri pada pilihan raya akan datang?
Namun, jika diteliti secara empirikal, golongan muda sebenarnya 'dijinakkan' dengan
politik negara. Namun, berikutan wujudnya larangan sebelum ini untuk mereka
berpolitik menyebabkan penglibatan mereka agak terhad. Mereka mengikuti
perkembangan dan imej politik melalui media sosial. Mereka tidak turun padang atau
duduk dalam ceramah politik, tetapi pengikut tegar di alam maya di Facebook,
Instagram, YouTube dan media sosial lain, yang diakui sarat dengan kempen parti
politik.

Persoalannya, jika kita menganggap umur 18 tahun sebagai tidak cukup matang,
kenapa di Malaysia umur itu melayakkan seseorang membayar cukai, memohon
lesen perniagaan, memohon pinjaman kewangan atau menyertai pasukan polis dan
tentera. Pada usia ini, mereka sudah layak untuk berkahwin dan mempunyai
keluarga sendiri serta menandatangani sebarang kontrak. Berdasarkan fakta ini,
boleh dikatakan umur 18 tahun sudah boleh diberi tanggungjawab yang serius
mengikut perundangan negara. Ini membuktikan mereka layak menjadi pengundi,
apatah lagi pemimpin. Sebenarnya, umur 18 tahun sudah matang dan kita sendiri
yang mematangkan mereka. Cuma, peningkatan golongan muda sebagai pengundi
perlu bergerak seiring dengan pendidikan politik yang meningkatkan kesedaran
mereka tentang kepentingan sistem politik negara bagi menjamin kelangsungan
pemerintahan dan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Sains politik dan demokrasi serta kepentingan politik kepada negara ini perlu menjadi
tunjang utama pendidikan politik. Golongan muda perlu didedahkan dan diberi
pendidikan khas tentang kepentingan mengundi dan hak mereka sebagai rakyat
untuk menentukan masa depan negara. Kursus, kuliah atau modul pendidikan sains
politik ini perlu bebas daripada unsur-unsur politik kepartian, kempen atau
penyebaran sentimen kebencian demi meraih keuntungan politik daripada mana-
mana pihak. Apa yang perlu ditekankan kepada golongan muda ialah tentang
kepentingan politik dan pengundian dalam pilihan raya. Mereka perlu memahami
sejarah penubuhan negara dan bagaimana kuasa politik yang stabil dapat membantu
membangunkan ekonomi negara. Asas pembentukan negara seperti yang termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan menjadi fokus utama agar semangat patriotisme
dan perasaan cinta akan negara timbul dalam minda mereka. Usaha ini perlu
disegerakan memandangkan pilihanraya umum semakin hampir. Semua pihak perlu
menggembleng tenaga bagi memastikan golongan muda memahami dan menghayati
kepentingan ilmu politik, demokrasi dan hak mengundi dalam pilihan raya.

Tanggungjawab ini bukan sahaja dipikul oleh SPR, malah semua pihak terutama
yang berhubung terus dengan golongan muda ini seperti parti politik, badan bukan
kerajaan (NGO) dan pihak berkuasa. Peranan sekolah dan institusi pengajian tinggi
(IPT) juga dilihat lebih relevan dan sesuai untuk melaksanakan program kesedaran
'celik demokrasi'. Ini termasuklah melalui penganjuran dialog, wacana atau
penambahbaikan kepada sukatan pelajaran yang sedia ada. Sehubungan itu, syarat
utamanya ialah semua pihak perlu berlapang dada dan tidak mengambil kesempatan
untuk mempengaruhi golongan muda untuk mengundi parti politik tertentu. Untuk
Fenomena Sosial November 2022

mematangkan mereka, biarkan mereka menggunakan kematangan, kebebasan dan


hak demokrasi mereka sendiri untuk menentukan calon yang akan mereka undi.

Malah, penglibatan dalam politik tidak seharusnya disempitkan kepada soal kepartian
semata-mata, tetapi ia adalah tanggungjawab seorang rakyat untuk kelangsungan
pemerintahan dan pentadbiran negaranya. Golongan muda perlu diberitahu dan
diajar bahawa unsur kestabilan politik amat penting untuk menjamin perpaduan
kaum, kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara. Hanya dengan kestabilan
politik, mereka dapat menikmati pembelajaran yang sistematik, baik dan selesa.
Keharmonian dan perpaduan kaum adalah kunci kepada kemajuan dan
pembangunan negara. Golongan muda perlu diberi ruang dan peluang dalam politik
dan ia bermula dengan memastikan mereka mengundi pada pilihan raya akan
datang (Ismail, 2021).

Mendidik anak muda supaya celik dalam demokrasi


Kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Ketua
Menteri, Tan Sri Abang Johari Openg pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 jelas
membuktikan kemenangan rakyat negeri itu. Pada masa sama, keputusan itu juga
memberi isyarat bahawa kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)
bukanlah mudah. Suasana pilihan raya kali ini dianggap menarik kerana diadakan
dalam keadaan negara dilanda pandemik. Masyarakat di negeri ini jelas mengambil
iktibar daripada PRN Sabah dan Melaka. Pengamalan prosedur operasi standard
(SOP) pengundian dan keseluruhan proses pilihan raya berjalan lancar, manakala
peratusan keluar mengundi juga memuaskan. Dalam konteks generasi muda, kita
dapat melihat dengan jelas pendaftaran calon Bebas mewakili generasi tersebut
menarik perhatian penyelidik. Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong misalnya,
pertandingan lapan penjuru itu turut menampilkan Fadhil Mohamad Isa yang lebih
dikenali sebagai 'Influencer' YouTube Cardock.

Anak muda bukan sahaja mahukan wakil 'bermuka baru', malah pemimpin
mendengar dan memahami aspirasi mereka. Pindaan Perlembagaan Persekutuan
Perkara 119 merujuk kepada peraturan pilihan raya pendaftaran pemilih
membenarkan usul berkaitan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran
pemilih secara automatik dilaksanakan membuktikan generasi juga berpengaruh dan
boleh dikatakan sebagai raja. Perkara ini menarik untuk dibincangkan jika dilihat dari
segi kematangan pengundi. Dalam tinjauan pendapat mengenai istilah politik kepada
beberapa pelajar di sebuah universiti swasta di negeri ini, pelbagai reaksi menarik
dikongsikan. Anak muda di negeri ini jelas mempunyai celik politik yang memuaskan
dan berwawasan terhadap isu-isu semasa. Reaksi bercampur-campur, tetapi menarik
dikongsi. Ketika ditanya mengenai #Undi18, mereka turut melahirkan pelbagai
jangkaan dan kebimbangan mengenai agenda dan dasar parti politik itu tidak
sepadan dengan inspirasi mereka.

Ada juga yang beranggapan anak muda sendiri bimbang dan ragu-ragu dengan
kesanggupan mengundi dan takut tersalah pilih. Tidak dinafikan, pelbagai faktor
seperti kurang pendedahan dan kekeliruan tentang isu politik turut dikongsi.
Kecanggihan ahli politik dan budaya politik itu sendiri memberi gambaran yang
mengelirukan. Dari sudut positif, ada juga yang berpendapat bahawa belajar Sejarah
di sekolah dan mata pelajaran umum di universiti membantu pelajar berfikir dan
membuat keputusan yang bijak. Usia muda bukan bermakna kurang matang dan
kuasa rakyat tidak boleh mengira usia. Ada yang meluahkan rasa teruja apabila
mengundi dan menjadikan hari mengundi sebagai peristiwa bersejarah seperti yang
Fenomena Sosial November 2022

dapat dilihat menerusi posting di media sosial yang penuh dengan papan tanda
#SarawakMemilih. Secara umumnya, semangat menyertai politik dan pendidikan
demokrasi perlu diterapkan dalam kehidupan seharian bermula seawal pendidikan.
Masa depan demokrasi bergantung kepada potensi anak muda dalam menyuarakan
pandangan secara sopan dan bijak di khalayak ramai, mahupun di media massa
(Aini, 2022).

Kesimpulan
Generasi muda sedar dan faham akan tanggungjawab negara. Kepercayaan kepada
parti politik jelas tertera di kertas undi. Justeru, harapan pengundi adalah tinggi
terhadap agenda pembangunan negara yang inklusif dan berterusan serta dinikmati
oleh semua peringkat umur, kaum dan demografi rakyat. Jaga Malaysia baik-baik
supaya kekal relevan.

Rujukan

Aini Hanifa Suaidi . (2022). Didik Anak Muda Mengenal Demokrasi, Bijak Mengundi .
Kuching: Pusat Asasi dan Pengajian Am (CFGS) Kolej Universiti i-CATS.

Ismail Sualman . (2021). Skop politik anak muda bukan hanya soal parti . Kuala
Lumpur: Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Mohd Iskandar Ibrahim . (2019, 25 Julai). Kementerian Pendidikan Akan


Mempertingkatkan Mata Pelajaran Sejarah . Kuala Lumpur: Berita Harian.

Anda mungkin juga menyukai