Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK SRI KOTA Kod Sekolah: AEB6055

1. Nama Guru
ROSSAYU BINTI MANSOR
2. Judul 3. Bidang: Motivasi
Menangani Sifat Marah
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri.
Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa
yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan
garang. Ianya digelar raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti
singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga
kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya,
Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah.
Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi
tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang
terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia
tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta
menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji,
mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan
harmonis.
Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran
dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang
disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak
terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya.
Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan,
menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua,
sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.
Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti
beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang
sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri
bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia
bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka orang
yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk
dan bersembahyang sunat.
“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar”. (Al Ankabut : 45)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan
dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah
seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu,
guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan
berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal
akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan
manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping
menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya
dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SEMAT SAZLY BIN ROZALI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai