Anda di halaman 1dari 2

KHAIRULAMRI BIN ABDUL RASHID

Setiausaha Pejabat (N29)


Institut Penilaian Negara (INSPEN)
Persiaran INSPEN
43000 Kajang, Selangor

Kepada:

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta


Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
Aras 9, Perbendaharaan 2,
No 7, Persiaran Perdana,
Presint 2, 62592 Putrajaya Malaysia

Melalui:

Pengarah
Institut Penilaian Negara (INSPEN)
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta,
Kementerian Kewangan Malaysia
Persiaran INSPEN,
43000 Kajang, Selangor Tarikh: Jun 2022

YBhg. Tuan,

MEMOHON PENGECUALIAN UNTUK TIDAK MENGHADIRI KURSUS SETIAUSAHA HEBAT


PADA 24 – 26 JUN 2022 DI ROYALE CHULAN, CHERATING, PAHANG

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, saya telah ditawarkan Kursus Setiausaha Hebat yang
berlangsung pada 24 Jun hingga 26 Jun 2022 (Jumaat hingga Ahad) melalui surat tawaran
terus. Walau bagaimanapun, saya ingin memohon jasa baik tuan untuk memberi pengecualian
kepada saya untuk tidak hadir ke kursus tersebut kerana saya perlu pulang ke kampung di Kota
Tinggi, Johor atas urusan keluarga. Bersama-sama surat ini disertakan surat sokongan
mengenai perkara yang tersebut.
3. Untuk makluman pihak tuan, sasaran kehadiran kursus bagi tahun 2022 yang telah
dihadiri oleh saya adalah seperti berikut:-

i. Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 pada 18 - 20 Mei 2022 (3 Hari)


ii. Kursus Ketenangan Minda pada 7 - 9 Jun 2022 (3 Hari)

4. Saya dengan rendah hati memohon jasa baik pihak tuan, untuk memberi pertimbangan
permohonan saya tersebut. Segala pertimbangan dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

(KHAIRULAMRI BIN ABDUL RASHID)


Setiausaha Pejabat
Pejabat Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakaran
Institut Penilaian Negara (INSPEN)

s.k.: Puan Noor Liza Binti Mohd Noor

Anda mungkin juga menyukai