Anda di halaman 1dari 4

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN E-TEMUDUGA

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2021/2022


FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan perlaksanaan e-temuduga kepada


calon pelajar baharu untuk sesi akademik 2021/2022 berikutan pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP/PKPD) di seluruh negara bagi mengekang penularan
pendemik wabak COVID-19.

2.0 PANDUAN PERLAKSANAAN E-TEMUDUGA MENGGUNAKAN APLIKASI ZOOM

2.1 Panduan Calon

2.1.1 Calon akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan slot temuduga


berdasarkan pengkhususan pada hari dan masa yang telah ditetapkan.
2.1.2 Komunikasi dengan calon akan dilaksanakan melalui aplikasi Telegram
bagi menyampaikan informasi terkini, keperluan e-temuduga dan
sebagainya.
2.1.3 Calon perlu melengkapkan soal selidik Kesejahteraan Minda Guru di
pautan https://bit.ly/3waiHUU pada 8 - 11 Julai 2021

2.1.4 Calon perlu menyediakan video resume dan dihantar pada 8 - 11 Julai
2021 melalui google form pada seperti berikut:
 Program Khas : https://bit.ly/videoresumePKhas20212022
 Program Sukan : https://bit.ly/videoresumeSUKRES20212022
 Program TESL : https://bit.ly/videoresumeTESL20212022

2.1.4 Calon perlu melengkapkan ujian warna dipautan


https://bit.ly/ujianrabunwarna pada 8 - 11 Julai 2021.

2.1.5 Calon perlu melengkapkan borang perakuan seperti Lampiran A dan


emelkan sebelum atau pada 11 Julai 2021 di emel program berikut ;

 Program Khas : prasispkhasukm@gmail.com


 Progam Sukan : prasissukresukm@gmail.com
 Program TESL : prasisteslukm@gmail.com
2.2 Tatacara SEBELUM e-temuduga

2.2.1 Proses temuduga akan dilakukan dalam talian dengan menggunakan


aplikasi Zoom.
2.2.2 Calon perlu muat turun aplikasi Zoom dalam telefon pintar/komputer riba
dan lain-lain di https://support.zoom.us/hc/en-us/articles/201362233-
Where-Do-I-Download-The-Latest-Version.
2.2.3 Calon perlu menggunakan nama sebenar berserta No Bilik Temuduga
dalam profile Zoom untuk tujuan pengesahan.
2.2.4 ID e-temuduga akan diberikan oleh Urusetia melalui Telegram sehari
sebelum slot temuduga pada hari dan masa yang telah ditetapkan.
2.2.5 Calon DILARANG berkongsi link, ID e-temuduga kepada umum atau
kepada orang yang tidak berkaitan.

2.3 Tatacara SEMASA e-temuduga


2.3.1 Calon perlu memastikan akses dan capaian internet yang baik semasa
proses e-temuduga dijalankan.
2.3.2 Calon perlu memastikan kesediaan fizikal dari segi peralatan dan
persekitaran yang sesuai bagi mengelakkan sebarang gangguan.
2.3.3 Calon perlu memastikan tiada anggota keluarga yang lain berada
berhampiran semasa sesi temuduga berlangsung bagi mengelakkan
sebarang gangguan.
2.3.4 Calon perlu pastikan mikrofon, kamera, audio dan internet berfungsi
dengan baik.
2.3.5 Calon perlu memastikan mikrofon berada dalam keadaan
senyap (mute) semasa tidak bercakap.
2.3.6 Calon digalakkan menggunakan headphone atau earphone dengan
mikrofon semasa sesi temuduga.
2.3.7 Calon perlu berpakaian sesuai, sopan, kemas dan professional
sepenuhnya.
2.3.8 Duduk dalam posisi yang sesuai dan mengadap komputer serta sentiasa
memastikan kedudukan badan di atas kerusi dengan betul.
2.3.9 Aturkan ruang supaya calon menghadap cahaya/tingkap dan pastikan
latar belakang sesuai.
2.3.10 Tidak makan atau minum semasa temuduga.
2.3.11 Tekan butang raise hand jika ingin menyatakan pendapat agar panel
temuduga boleh memberikan laluan.
2.3.12 Calon tidak dibenarkan merakam dalam bentuk video atau audio
sepanjang sesi e-temuduga dijalankan.
2.3.13 Pautan e-temuduga akan dibuka 30 minit sebelum e-temuduga bermula
dan calon perlu masuk ke dalam pautan e-temuduga selewat-lewatnya
15 minit sebelum slot e-temuduga yang telah ditetapkan.
2.3.14 Setiap calon akan menunggu dalam ruang menunggu dalam aplikasi
zoom (waiting room) sebelum menunggu giliran dipanggil masuk.
2.3.15 Calon akan dipanggil masuk ke ruang temuduga pada masa yang
ditetapkan, kegagalan berbuat demikian akan direkodkan sebagai tidak
hadir sesi e-temuduga.
2.3.16 Urusetia boleh menamatkan sesi atau mengeluarkan calon sekiranya
terdapat sebarang penyalahgunaan oleh calon pada sesi e-temuduga.
2.3.17 Urusetia akan merakam sesi temubual setiap sesi bagi tujuan
penyelarasan dan pemilihan akhir calon.
2.3.18 Keputusan Panel Penilai dalam pemilihan calon untuk masuk ke program
pengajian di Fakulti Pendidikan adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan
perlu dibuat melalui sistem UPU.

3 PENUTUP

3.1 Garis Panduan perlu ikuti oleh calon pelajar baharu agar perlaksanaan e-
temuduga dapat dilaksanakan dengan cekap, lancar dan berkesan.
TERHAD LAMPIRAN A

PERAKUAN CALON e-TEMUDUGA


KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH
SARJANAMUDA PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Adalah saya dengan ini bersetuju:

1. mematuhi akta, peraturan, terma dan garis panduan yang telah di tetapkan oleh Fakulti
Pendidikan berkaitan proses e-temuduga;

2. tidak akan menyampai, mengguna atau menyimpan dengan salah, sesuatu maklumat
rahsia berkaitan maklumat diri, keluarga dan/atau maklumat lain demi kepentingan
peribadi dan/atau kepentingan lain;

3. mengguna dan/atau mendedahkan maklumat sulit atau sebarang maklumat lain


berkaitan e-temuduga;

4. membuat salinan dan/atau merakam dalam apa juga bentuk samada video atau audio
sepanjang sesi e-temuduga dijalankan;

5. menjaga sahsiah, tutur kata dan tingkahlaku semasa e-temuduga;

6. berpakaian sopan, kemas dan profesional sepenuhnya;

7. kegagalan mendapat akses dan capaian internet yang baik adalah di bawah
tanggungjawab saya dan urusetia Fakulti Pendidikan berhak menamatkan sesi e-
temuduga akibat masalah ini;

8. Pihak UKM dan Fakulti Pendidikan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa
kerugian dan/atau kebocoran maklumat akibat dari penggunaan Aplikasi Zoom.

Sekiranya saya gagal mematuhi mana-mana akta, peraturan, terma dan garis panduan yang
telah di tetapkan, Fakulti Pendidikan boleh mengeluarkan nama saya sebagai calon pelajar
kemasukan ke Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan. Fakulti Pendidikan juga boleh
mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat sebarang penyalahgunaan
maklumat/data sebelum, semasa dan/atau selepas proses e-temuduga.
Saya, ___________________________________ mengaku bahawa perakuan ini dibuat
atas kesedaran dan kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan mana-mana pihak.

Tandatangan : ____________________________
Nama : ____________________________
No IC : ____________________________

Anda mungkin juga menyukai