Anda di halaman 1dari 14

JABATAN PENGAJIAN MALAYSIA

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UPU3412 KESUKARELAWANAN
A221
SENARAI AHLI KUMPULAN

KUMPULAN PENGAJARAN : E
NAMA KETUA KUMPULAN : SOFEA MAISARAH BINTI SHUIB

SENARAI AHLI KUMPULAN

Bil. No. Matrik Nama No. Tel dan Emel Tandatangan


1. D20212098689 Sofea Maisarah Binti Shuib 018-4632337
D20212098689@siswa.upsi.
edu.my
2. D20212098741 Andi Hussaini Bin Mapanyukri 014-3241598
D20212098741@siswa.upsi.
edu.my
3. D20212098695 Nur Azwalyana Emylia Binti Ghani 013-6514166
D20212098695@siswa.upsi.
edu.my
4. D20212098809 Nur Rashidah Binti Shohami 019-5941239
D20212098809@siswa.upsi.
edu.my

5. D20212098714 Adlina Syafwana Binti Sabili 012-8319310


D20212098714@siswa.upsi.
edu.my

6. D20212098685 Wan Muhammad Faiz Bin Wan 018-9604668


D20212098685@siswa.upsi.
Abdul Razak
edu.my

7. D20212098735 Ikram Fahmi Bin Rahmat 013-2281581


D20212098735@siswa.upsi.
edu.my

8. D20212098683 Wasyahul Afrah Binti Wan Abdul 011-28670409


D20212098683@siswa.upsi.
Rashid
edu.my
9. D20212098684 Nur Syafiqah Binti Naim 018-9474780
D20212098684@siswa.upsi.
edu.my
10. D20212098725 Muhammad Farhan Bin Abdul 014-7267906
D20212098725@siswa.upsi.
Rahman
edu.my
11. D202111100568 Mohamad Anas Muslim Bin Aznan 011-29200489
D202111100568@siswa.ups
i.edu.my
12. D20211100567 Muhammad Ramdhan Bin Omar 012-4245317
D20211100567@siswa.upsi.
edu.my
13. D20212098737 Maxwell Kulik Anak Forest 011-31817074
D20212098737@siswa.upsi.
edu.my
14. D20212098807 Muhammad Azizuddin Bin Ab. Aziz 013-6040726
D20212098807@siswa.upsi.
edu.my

15. D20211100576 Muhammad Izzat Azizi Bin Khalid 017-4712956


D20212200576@siswa.upsi.
edu.my
16. SD20212098699 Siti Fatimah Binti Bahrin 011-11451718
D20212098699@siswa.upsi.
edu.my
17. D20212098817 Nur Syamiza Binti Nor Anaz 010-5619275
D20212098817@siswa.upsi.
edu.my
18. D20212098698 Nur Atikah Binti Sharif 017-9405441
D20212098698@siswa.upsi.
edu.my
19. D20212098799 Wan Nor Izyani Binti Wan Jusoh 014-2530752
D20212098799@siswa.upsi.
edu.my
20. D20211099130 Nurul Fathiyah Binti Ghazali 013-2013190
D20211099130@siswa.upsi.
edu.my

21. D20212098705 Intan Nur Insyirah Binti Masaad 014-8988026


D20212098705@siswa.upsi.
edu.my

22. D20212098716 Muhammad Firdaus Bin Norazman 011-27835036


D20212098716@siswa.upsi.
edu.my

2
23. D20212099175 Luvitha A/P Karunakaran 011-26565709

D20212099175@siswa.upsi.

edu.my

24. D20212098796 Fakhrul Fikri Bin Abdul Halim 011-37991923


D20212098796@siswa.upsi.
edu.my
25. D20212098688 Siti Nurfitri Binti Rosmi 013-8192709
D20212098688@siswa.upsi.
edu.my
26. D20212098709 Nurul Syuhadah Binti Rosli 011-10942877
D20212098709@siswa,upsi.
edu.my

A.PENGESAHAN PENGHANTARAN TUGASAN

Nama Ketua Kumpulan dan No. Matrik Tarikh Pembentangan Tarikh Penghantaran Tandatangan
Laporan
SOFEA MAISARAH BINTI SHUIB 3 JANUARI 2023 3 JANUARI 2023
(D20212098689)

3
LAPORAN PROGRAM

HEART IN YOU BY JIWA BELIA

TARIKH :
23 NOVEMBER 2022/ RABU

TEMPAT :
HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA, TANJUNG RAMBUTAN, PERAK

ANJURAN :
KUMPULAN 2 (KURSUS KESUKARELAWANAN)
KUMPULAN E

4
1.0 PENGENALAN

Heart In You By Jiwa Belia merupakan program kesukarelawanan yang berkonsepkan


kerja kebajikan. Program ini dianjurkan bertujuan untuk menyantuni golongan pesakit mental di
Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan melalui penglibatan secara langsung bersama
pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program kesukarelawanan ini telah dianggotai seramai
26 orang sukarelawan daripada Kumpulan 2 Kursus Kesukarelawanan bekerjasama dengan
beberapa pihak lain seperti Pertubuhan Prihatin OKU, Malaysia, Majlis Perwakilan Pelajar Kolej
Ungku Omar (KUO), dan Rakan Siswa Yadim, UPSI. Selain itu, penerimaan daripada pesakit
dan kakitangan Hospital Bahagia Uku Kinta, Tanjung Malim kepada kami semua adalah sangat
memuaskan. Semua barisan ahli jawatankuasa yang terlibat cakna untuk menyusun dan
merancang aktiviti yang bersesuaian dengan pesakit mental.

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Heart in You by Jiwa Belia ini ditetapkan pada hari Rabu bertarikh 23 November
2022 yang bertempat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan Perak. Peserta yang
hadir menjalani program ini terdiri daripada Kumpulan 2 Kelas Kesukarelawanan E dengan
kerjasama Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar, Rakan Siswa Yadim UPSI dan Sekreteriat
Rakan Muda. Majoriti peserta terdiri daripada Kumpulan 2 Kelas Kesukarelawanan E seramai 26
orang bermatlamat dalam menghadirkan rasa kasih sayang prihatin terhadap pesakit mental.

Seringkali kita mengetahui tentang mereka hanya melalui bacaan secara fizikal mahupun
media sosial. Dengan adanya program ini, para pelajar dapat merasai sendiri pengalaman
menyantuni pesakit mental, menyelami perasaan dan belajar tentang cara menghadapinya.
Penyakit mental bukanlah sesuatu yang tabu dan program ini sedikit sebanyak dapat membuka
mata dan minda cakna pelajar untuk mendekati mereka. Kami diminta untuk menjalankan aktiviti
bersama 25 orang pesakit mental di dewan yang telah disediakan. Bahan-bahan dan peralatan
yang digunakan semasa program disediakan secara seringkas mungkin seperti pen dan kertas
tetapi menghasilkan output yang menarik selepas aktiviti dijalankan. Aktiviti yang dijalankan
melibatkan ucapan wakil UPSI dan Prihatin OKU, sesi ceramah dan penyempurnaan daripada

5
Hospital Bahagia Ulu Kinta serta Respect dan Horrowing Tour iaitu lawatan ke wad pskiatri.
Pesakit mental sepanjang program ini terdiri daripada Slot The Art of Geezy Mind. Aktiviti ini
dijalankan dengan menyediakan kumpulan antara kami sebagai pelajar dan pesakit mental, ia
menggalakkan para pesakit mental mencurahkan kreativiti mereka dengan lukisan. Seterusnya
kami melakukan aktiviti kotak beracun. Pesakit mental mencabut undi soalan dan digunakan
untuk mereka menjawab dengan jawapan yang terbuku di minda dan melakukan perkara yang
diminta. Kesemua aktiviti ini dilakukan dibawah pengawasan dan kerjasama dengan sukarelawan
daripada Pertubuhan Prihatin OKU yang sangat membantu para peserta.

3.0 PENILAIAN PROGRAM

Sepanjang program berlangsung, rata- rata pesakit mental telah menunjukkan maklum
balas serta respons yang sangat positif kepada kami. Mereka sememangnya menunggu kehadiran
orang luar untuk hadir dan menyatuni diri mereka tatkala mereka merasakan bahawa diri mereka
hanya bersendirian. Program ini juga adalah bertujuan untuk mengkongsikan program pemulihan
pesakit yang mempunyai penyakit mental supaya mereka dapat berperanan dalam masyarakat
sama ada dengan cara berkerja mahupun berinteraksi dengan masyarakat luar terutama dalam
kalangan keluarga, rakan-rakan dan komuniti kejiranan. Kami juga dapat melihat riak wajah
mereka yang senyum dan kelihatan gembira semasa aktiviti- aktiviti dijalankan terutamanya
semasa melakukan kerja secara berpasukan.

Selain itu, kakitangan Hospital Bahagia Ulu Kinta juga sentiasa menyokong penuh
penganjuran program seumpama ini dan turut menitikberatkan kesihatan mental dalam kalangan
pelajar dan katanya program sebegini merupakan satu usaha murni yang telah dirancang oleh
pelajar dalam memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat umum khususnya kepada
golongan pesakit mental supaya mereka celik minda bahawa masih ada komuniti di luar sana
yang mengambil berat tentang perihal mereka walaupun berbeza agama, bangsa, warna kulit,
bahasa, budaya dan sebagainya. Segala maklum balas positif ini telah menaikkan semangat kami
untuk terus berbakti kepada mereka yang memerlukan pada masa akan datang selain
mengharapkan bahawa akan ada sinar kehidupan buat diri mereka. Pendedahan serta pemahaman
tentang ilmu berkaitan kesihatan mental daripada pegawai perubatan di Hospital Bahagia Ulu

6
Kinta sedikit sebanyak telah membimbing kami sebagai pelajar untuk menitikberatkan soal
kesihatan mental sebagai satu keutamaan bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI PROGRAM

Hasil yang dicapai melalui pelaksanaan aktiviti adalah memuaskan. Peranan para peserta
yang sentiasa mencuba melibatkan para pesakit mental untuk mengikuti keseluruhan aktiviti perlu
dibanggakan. Melalui aktiviti ceramah daripada doktor di Hospital Bahagia Ulu Kinta, para
peserta dapat mengetahui tentang tahap penyakit dan pesakit mental. Para peserta juga diajar
tentang cara mengurus stress dan mendapatkan bantuan untuk diagnosis penyakit mental.
Terdapat juga sesi bertukar soalan dan pendapat sepanjang ceramah ini. Seterusnya, Slot The Art
of Geezy Mind yang menuangkan kreativiti dalam mencipta dan melukis manusia dan anggota
badan mengikut kreativiti masing-masing. Para pesakit mental dapat melukis mengikut kreativiti
mereka dan menerangkan sebab-sebabnya. Berdasarkan aktiviti ini juga peserta dapat melihat
bakat terpendam mereka dan cara mereka meluahkan emosi secara bukan lisan. Aktiviti terakhir
yang melibatkan kotak beracun dimainkan secara begitu gembira dan mendapat sorakan. Soalan-
soalan yang ditujukan menjadi peluang untuk pesakit mental bercerita tentang kisah hidup,
harapan mahupun cita-cita mereka sendiri. Para peserta dapat mendalami perasaan pesakit mental
secara lebih lagi dan mengetahui bahawa penyakit mental bukanlah sesuatu yang menghalang
untuk mereka hidup seperti manusia biasa.

Justeru itu, tidak terlalu banyak perbandingan antara hasil pelaksanaan aktiviti dan
matlamat yang ditetapkan. Hasil yang telah didapati sesuai dengan matlamat untuk memahami
penderitaan emosi melalui setiap aktiviti sosial yang dinyatakan. Aktiviti yang dilaksanakan
seperti ceramah juga membuka mata membentuk individu yang lebih positif dalam menilai orang
lain sesuai dengan tujuan yang dinyatakan. Matlamat untuk menyantuni pesakit mental dengan
penuh kasih sayang dan membuang stigma terhadap mereka berjaya diterapkan.

7
5.0 LAPORAN KEWANGAN

PENDAPATAN (A)
BIL. PERKARA JUMLAH

1. Peruntukan daripada Kolej Ungku Omar RM 1550.00

2. Kutipan daripada ahli kumpulan 2 Kesukarelawanan E RM 650

JUMLAH KESELURUHAN PENDAPATAN (A) RM 2150.00

ANGGARAN PERBELANJAAN (B)

BIL. PERKARA HARGA SEUNIT JUMLAH (RM)

1. Makanan
Makan Pagi RM 3.50 x 40 RM 140
Makan Tengahari RM 280
RM 7.00 x 40
JUMLAH MAKANAN RM 420

2. Cenderahati
Plak RM 100
RM 50 x 2 unit
Goodies
RM 25 x 20 pesakit RM 500
JUMLAH CENDERAHATI RM 600

3. Percetakan dan Publisiti


Banner
RM 100 x 1 unit
Banting RM100
RM 50 x 2 unit RM100
Tagging
RM 1 x 40 unit RM40
JUMLAH PERCETAKAN RM240

4. Peralatan
Air mineral
RM 15 x 2 unit RM30
Aktiviti
RM 50.00 RM50
JUMLAH PERALATAN RM 80

6. Pakaian
RM 25 x 26 unit RM650
Baju AJK

8
JUMLAH PAKAIAN RM650

7. Kontigensi RM500

JUMLAH PERBELANJAAN RM 2,200

PENDAPATAN PROGRAM (A) – PERBELANJAAN PROGRAM (B)


= RM2,200.00 – RM2,200.00 = RM00.00

9
6.0 KEMAJUAN/ MASALAH PROGRAM

Dalam merencanakan sesuatu penganjuran program, pihak penganjur harus


menitikberatkan beberapa aspek seperti pengurusan, pelaksanaan, pengendalian program dan
termasuk juga sambutan. Hal ini untuk memastikan bahawa program ini mendapat sambutan atau
penerimaan awal daripada sasaran supaya dapat membantu dan menjayakan lagi proses
perlaksanaan sesuatu program. Kemajuan atau kejayaan menerusi program Heart In You By Jiwa
Belia dapat dinilai setelah matlamat atau objektif yang ditetapkan dalam perlaksanaan program
telah tercapai. Hal ini kerana program yang dijalankan itu akan berpaksikan kepada matlamat
program itu diadakan. Sekiranya matlamat yang digariskan dalam program itu jelas dan tepat,
maka sudah tentu nanti hasilnya akan baik dan memuaskan daripada sasaran program tersebut.

Selain dari itu, kerjasama daripada setiap ahli kumpulan berada pada tahap yang optimum.
Kesemua ahli kumpulan telah berjaya memainkan peranan dan tanggungjawab mereka sehabis
baik bermula dari sebelum, semasa dan selepas program. Setiap ahli dari kumpulan merujuk
kepada sebuah bentuk pasukan di mana sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan
individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan,
kepakaran, kemahiran dan pengetahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap
prestasi kumpulan serta bersedia melaksanakan program secara bersama. Program Heart In You
By Jiwa Belia telah mencapai kemajuan dan objektifnya apabila semua individu melibatkan diri
dan memberi sumbangan secara harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

Di samping itu, kami juga perlu cakna dengan sebarang kemungkinanan permasalahan
yang bakal timbul menerusi program yang kami anjurkan ini iaitu masalah dari segi bajet untuk
cenderamata. Ini berlaku kerana kami menghadapai kesukaran dalam menentukan jumlah
cenderamata yang diperlukan kerana ketidakpastian kehadiran sasaran yang akan mengikuti
program tersebut. Namun begitu, kami semua telah cakna akan hal tersebut dan mengambil
pengajaran daripada apa yang berlaku dan akan memastikan jumlah sasaran yang akan terlibat
sepanjang program ini dapat dikesan atau dimaklumkan dengan lebih awal lagi bagi memudahkan
urusan pembelian cenderamata bagi program yang berikutnya. Kami juga akan lebih berhati-hati
dan mengakui atas kesilapan yang timbul dari pihak kami.

10
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan Program yang dilaksanakan

Pihak penganjur perlu menitikberatkan semua aspek seperti pengurusan yang melibatkan
tarikh yang dicadangkan, penglibatan peserta dan bajet. Program yang dilaksanakan akan
mendapat sambutan dan kefahaman jika setiap peserta yang terlibat dapat mengenali sesama
sendiri terlebih dahulu dan mengetahui kekuatan serta kelemahan masing-masing untuk saling
melengkapi. Bajet yang disediakan perlulah selari dengan matlamat dan penggunaan pada hari
kejadian. Kerjasama daripada setiap peserta adalah amat dihargai dan sedikit sebanyak membantu
menjayakan program ini. Seterusnya, pemilihan tarikh yang bertepatan dengan ketidakupayaan
pensyarah kursus untuk menghadiri program ini akan diperbaiki pada masa akan datang.

Penambahbaikan Pelaksanaan Program

Kerjasama yang optimum antara setiap peserta diperlukan untuk menjayakan setiap
aktiviti yang dilaksanakan. Program ini tidak akan berjalan dengan cemerlang jika terdapat
individu yang tidak memberi kerjasama dan membuat permasalahan sepanjang perancangan
sebelum dan pelaksanaan sewaktu program. Kekangan masa yang terlibat ketika menjalankan
aktiviti boleh dipertimbangkan dengan melakukan setiap aktiviti menggunakan masa yang lebih
singkat. Ini menggalakkan untuk para pesakit sentiasa fokus kepada setiap pelaksanaan dan tidak
berasa bosan atau terpinggir.

Penambahbaikan Kursus

Pengenalan kursus kesukarelawanan kepada pelajar universiti adalah langkah yang baik untuk
menggalakkan keluar daripada kepompong sendiri dan mendalami realiti dan dunia di luar.
Penyampaian teori dan pengalaman orang lain dapat membuka minda dan menarik minat pelajar
untuk mencuba aktiviti sukarelawan ini. Tetapi penguasaan yang ketat dan penguasaan ilmu yang
cukup perlu diterapkan sebelum memberi izin untuk mereka melaksanaan sesuatu sendiri dan
perkara tersebut yang telah kami dapati dalam kursus kesukarelawanan ini. Semoga para pelajar

11
dapat selalu melaksanakan aktiviti kesukarelawananan dengan baik dan akan menganjurkan
program yang lebih besar dan memberi manfaat kepada pelbagai pihak pada masa akan datang.

8.0 GAMBAR AKTIVITI (LAMPIRAN)

12
13
RAJAH 1.0 GAMBAR-GAMBAR SEMASA PROGRAM BERLANGSUNG

14

Anda mungkin juga menyukai