Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS SWOT

7.1. KEKUATAN
7.1.1 Guru yang bertugas di sekolah ini 100% terdiri dari guru yang terlatih.
7.1.2 Guru di sekolah ini 90% terdiri dari guru yang berpengalaman.
7.1.3 Semua guru di sekolah ini berpotensi untuk cemerlang dalam melaksanakan
kokurikulum berdasarkan kemahiran dan kepakaran mereka secara individu.
7.1.4 Pelajar di sekolah ini merupakan pelajar yang berbakat, berdisiplin, boleh
memberikan komitmen dalam program latihan dan mempunyai motivasi yang tinggi.
7.1.5 Prasarana yang terdapat di sekolah ini amat sesuai untuk menjana kecemerlangan
dalam bidang kokurikulum.
7.1.6 Wujud kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan Ahli Parlimen, Ahli Dewan
Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, Pihak Swasta serta seluruh ahli
masyarakat di Daerah Papar.

7.2. KELEMAHAN
7.2.1 Guru kekurangan kemahiran dan kepakaran bagi menghasilkan pelajar yang lebih
cemerlang dalam bidang kokurikulum di peringkat yang lebih tinggi.
7.2.1 Jurulatih yang mempunyai kemahiran yang tinggi perlu ditambah di samping
menghantar guru yang sedia ada bagi meningkatkan ilmu serta kemahiran
kejurulatihan.
7.2.3 Pelajar tidak dilatih mengikuti program yang lebih tersusun, berterusan dan sistematik
bagi memenuhi perancangan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.
7.2.4 Beberapa kemudahan latihan perlu diselenggara, tempahan peralatan latihan yang
baru serta kemudahan latihan perlu di tambah.

7.3. CABARAN
7.3.1 Keadaan kewangan yang terhad, perbelanjaan perlu berhemat dan kos
peralatan yang sentiasa meningkat.
7.3.2 Kekurangan Jurulatih yang mahir bagi melaksanakan Program Latihan dan
Program Pembangunan.
7.3.3 Beban tugas guru selaku jurulatih, guru mengajar dalam kelas dan urusan keluarga
akan menjadi cabaran besar kejayaan program Pembangunan Kokurikulum di
sekolah.
7.3.4 Pengaruh luar yang kuat mendesak diri pelajar seperti kawan, masyarakat,
Cybercafé, kemiskinan serta kurang atau tiada sokongan ibu bapa untuk
berjaya dalam bidang kokurikulum.
7.3.5 Pelajar yang telah berjaya akan ditawarkan ke Sekolah Sukan atau
Pusat Kecemerlangan Sukan akan menyebabkan kehilangan satu
contoh nyata di depan mata pelajar setiap hari yang boleh
menyuntik semangat dan motivasi pelajar lain untuk berusaha
dengan lebih gigih lagi.

7.4. PELUANG

7.4.1 Terdapat peluang yang cukup luas kepada semua pelajar yang mahu
berjaya dalam mana-mana bidang yang ini mereka ceburi.
7.4.2 Beberapa program akan dilaksanakan seperti Program Mencari
Bakat, Program Pembangunan dan Program Latihan akan diwujudkan
bagi memenuhi keperluan semua pelajar yang berminat dan sanggup
memberikan komitmen mas, tenaga dan fikiran.
7.4.3 Kerjasama Pintar antara pihak sekolah dengan pihak jabatan
kerajaan yang lain, pihak swasta dan ibubapa terbuka luas kepada
semua pelajar yang berminat serta berbakat .
7.4.4 Ruang yang seluas-luasnya dibuka kepada semua pelajar tanpa
mengira warna kulit, aras IQ, agama dan keturunan.

Anda mungkin juga menyukai