Anda di halaman 1dari 3

DAKWAH & TARBIAH: TUJUH MARHALAH DAWAH FARDIYAH siri 1

Wednesday, May 20, 2009

TUJUH MARHALAH DAWAH FARDIYAH siri 1


Assalamu'alaikum wbth, Melalui dawah, Rasulullah Sallallahualaihiwasallam telah berjaya mengangkat mertabat manusia menjadi makhluk yang mulia. Dawah telah berjaya menyebarkan kebahagiaan, kedamaian dan ketenteraman yang hakiki. Jejak langkah Rasulullah Sallallahualaihiwasallam telah diikuti oleh para sahabatnya dan diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Walaupun Rasulullah Sallallahualaihiwasallam telah wafat, namun tanggungjawab dawah tidak berhenti. Tanggungjawab dawah adalah tanggungjawab kita yang berterusan. MARHALAH PERTAMA: MENGENALI MADU DAN MEMBINA HUBUNGAN Pada tahap ini kita harus berusaha agar madu merasakan bahawa kita mengambil berat tentang mereka. Bertanya khabar di kala mereka tidak ada. Kita belum lagi berbicara secara langsung tentang dawah, agar hati mereka lebih terbuka dan bersedia untuk menerima apa yang diperkatakan. Pada tahap ini, lagi banyak perhatian yang diberikan kepada madu maka akan lebih banyak penerimaan yang akan diperolehi daripada madu (InsyaAllah). Langkah-langkah kita ialah: 1) Mengadakan hubungan silaturrahim. 2) Bertaaruf dengan madu. 3) Menunjukkan kepadanya bahawa kita kenalnya. 4) Menunjukkan kepadanya bahawa kita mementingkannya. 5) Kita menziarahinya di rumahnya dan selalu membawa hadiah. 6) Memberikan perhatian dan kemesraan kepadanya. 7) Menghormati dan memuliakannya. 8) Dan berbagai usaha perlu dibuat untuk menariknya. MARHALAH KEDUA: MEMBERSIHKAN AQIDAH DAN MEMBANGKITKAN IMAN Pada tahap ini perbicaraan terhadap masalah iman dilakukan secara tidak langsung, secara tabii dan seolah-olah tidak sengaja. Masa-masa tertentu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya seperti ketika melihat seekor burung terbang, melihat serangga dan apa sahaja ciptaan Allah Subhanahuwataala. Di kesempatan ini ajaklah madu untuk berbicara tentang kekuasaan, keindahan dan keagungan ciptaan Allah Subhanahuwataala. Pada tahap ini diutarakan juga bahawa walau bagaimana hebat manusia namun ia tidak mampu menandingi Allah Subhanahuwataala, contohnya saintis yang paling bijak pun tidak mampu untuk menciptakan walau sebiji benih, apatah lagi untuk menumbuhkannya. Mereka mungkin membuat penemuan-penemuan baru tetapi bukan ciptaan baru. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian pada tahap ini ialah: 1) Menjaga segala pembicaraan dengan baik. 2) Berbicara tentang iman secara tidak langsung. 3) Menggunakan segala peluang dan kesempatan untuk dikaitkan dengan betapa Kudrat Kuasa Allah Subhanahuwataala seperti: a) Ketika melihat seekor burung sedang terbang. b) Ketika melihat seekor serangga sedang melintas lalu. c) Ketika melihat pokok kayu atau rumput. d) Ketika melihat bagaimana tumbuh-tumbuhan berbeza pada batang, akar, daun, bunga dan baunya. e) Kemukakan soalan-soalan seperti: Mampukah para saintis dari semua jurusan

http://manhajqurani.blogspot.com/2009/05/tujuh-marhalah-dawah-fardiyah-siri-1.html[6/4/2011 8:49:37 PM]

DAKWAH & TARBIAH: TUJUH MARHALAH DAWAH FARDIYAH siri 1

mencipta sebiji padi?. Kemudian kita jelaskan bahawa rahsia hidup adalah hak Allah Subhanahuwataala. 4) Menjelaskan bahawa mencipta dan menghidupkan Subhanahuwataala semata-mata. Firman-Nya: itu adalah hak Allah

Bermaksud: Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah An-Naml : 88) 5) Memberi misalan-misalan Subhanahuwataala: yang menarik dan menawan hati. Firman Allah

Bermaksud: Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan(mu) selain Allah. Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada di dalam kesesatan yang nyata. (Surah Luqman : 11) 6) Mengadakan perbincangan lanjut dan berulang-ulang mengenai penciptaan Allah Subhanahuwataala. 7) Mengajak dia memikirkan tentang makhluk Allah Subhanahuwataala di mana-mana sahaja . 8) Membawa dia memikirkan bahawa penciptaan Allah Subhanahuwataala bukanlah siasia. 9) Membawa dia mengingati kurniaan Allah Subhanahuwataala untuk orang-orang yang beriman. 10) Membawa dia mengingati akhirat. 11) Mendorong dia berdoa kepada Allah Subhanahuwataala supaya menjauhkan diri daripada neraka (Azab Allah Subhanahuwataala). 12) Kita kenangkan kepadanya kemuliaan yang telah dikurniakan Allah Subhanahuwataala terhadap manusia. Malangnya banyak manusia mensia-siakannya. 13) Manusia banyak melayan tuntutan jasmani. Mereka tidak melayan dan tidak memberi perhatian kepada rohani dan aqidah. 14) Dengan kita membawa dan menyentuh sedikit tentang iman dan aqidah Islam, semoga dia mula sedar dan iman mula bertapak. 15) Di tahap ini, madu dibimbing agar: a) Bertambah kagum dan memuji Allah Subhanahuwataala: Bermaksud: (Iaitu) Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Rab kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami daripada siksa neraka. (3 : 191) b) Bermulalah hatinya itu hidup dengan mengenali Allah Subhanahuwataala. c) Dia bersedia untuk beriman dengan Allah Subhanahuwataala dan hari akhirat. d) Dia mulai ingin memahami tugas, tanggungjawab dan tujuan hidup. e) Dia ingin tahu dengan jelas akan tujuan dia diciptakan (bahawa manusia tidaklah dijadikan dengan sia-sia, bahkan adalah untuk memperhambakan diri kepada Allah Subhanahuwataala). f) Dia inginkan aqidah salimah (aqidah yang sejahtera) dan benar. Kebahagiaan di akhirat bergantung kepada aqidah yang salim. g) Dia rasa hanya dengan bertaubat dan beriman kepada Allah Subhanahuwataala sahaja akan dapat menyelamatkannya.

http://manhajqurani.blogspot.com/2009/05/tujuh-marhalah-dawah-fardiyah-siri-1.html[6/4/2011 8:49:37 PM]

DAKWAH & TARBIAH: TUJUH MARHALAH DAWAH FARDIYAH siri 1

h) Dia mula tertarik dan mudah mengikut ajaran-ajaran Islam dengan penuh iltizam. bersambung... Posted by Bro Abu Salman Said at Wednesday, May 20, 2009 Labels: dakwah fardiah

0 comments:
Post a Comment

http://manhajqurani.blogspot.com/2009/05/tujuh-marhalah-dawah-fardiyah-siri-1.html[6/4/2011 8:49:37 PM]

Anda mungkin juga menyukai