Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH RENDAH ISLAM PINTAR BESTARI

NO. 4 LOT 71489 , JALAN BUKIT BERAPIT


06010 CHANGLUN Email : biss.kedah@gmail.com
KEDAH DARUL AMAN No Tel : 011-73103951

Ruj Kami : BISS.100.9/6/1/002


Puan Mursyidah Binti Mustafa Ruj Tuan :
Tarikh : 25 Jun 2022
26 Zulkaedah 1443H
‫السالم عليكم‬

Y.Bhg Puan ,

MEMOHON BANTUAN SUMBANGAN WAKAF TUNAI UNTUK DANA PERMULAAN


PENUBUHAN SEKOLAH RENDAH ISLAM PINTAR BESTARI

Puji dan syukur hanya milik Allah S.W.T, selawat serta salam ke atas junjungan Besar Nabi
Muhammad S.A.W. serta sekelian sahabat baginda. Terlebih dahulu didoakan
kesejahteraan puan sekeluarga semoga sentiasa mendapat naungan rahmat Allah S.W.T
dan MEMPEROLEHI HAJI MABRUR

2. Saya di sini ingin memaklumkan bahawa Jawatankuasa Penubuhan Sek Ren Islam
Pintar Bestari ( Bestari Islamic Smart School ) yang di Pengerusikan oleh saya , ingin
memohon sumbangan dalam bentuk WAKAF TUNAI untuk mengerakkan penubuhan
sebuah Sekolah Rendah Islam di Kawasan Changlun. Kos permulaan yang diperlukan
ialah RM40,000

3. Walaupun kita berada dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada hari ini ,
tetapi saya yakin dengan niat keikhlasan untuk membantu bagi merealisasikan penubuhan
sekolah ini akan menambahkan rezeki tuan/puan. Selain itu tuan/puan juga secara tidak
langsung dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak bangsa
yang masih menggangur di luar sana.

4. Kami rasa betapa kelemahan dan kemampuan kami yang amat terhad. Kepada
Allah kami mengadu betapa rindunya hati kami untuk melihat sekolah ini dapat beroperasi
pada tahun 2023. Justeru itu, saya dengan rendah diri ingin memohon sumbangan wakaf
tunai dari tuan/puan seikhlas yang mungkin. Mudah-mudahan wakaf ini akan berkekalan
pahalanya sehingga akhirat. Amin.

5. Mudah-mudahan usaha kecil kita semua ini , akan diberikan ganjaran yang besar di
sisi Allah SWT. Amin.

Sekian, wassalam.

Yang menjalankan amanah,

……………………………………………
SHAMSUL KAMAL BIN ABU BAKAR
Guru Besar / Pengerusi

Anda mungkin juga menyukai