Anda di halaman 1dari 1

Jual pokok strawberi dari rumah

Zulkifli menunjukkan pokok strawberi jenis rainbow treasure yang baru dibeli baru-baru ini.

A
A
PENDANG - Sifatnya yang sukakan cabaran selain gemar mencipta kelainan dalam bidang
tanaman menyebabkan seorang peniaga, Zulkifli Zakaria,54, mula menyemai minat menanam
strawberi di rumahnya di Kampung Paya Kelubi di sini.

Bermula dengan empat pokok yang dibeli daripada seorang kenalannya di Alor Setar setahun
lalu, Zulkifli kini memiliki 600 pokok strawberi hasil pembiakan menggunakan teknik sulur anak.

Menurutnya, setakat ini terdapat tiga jenis strawberi iaitu Shogun, Camarosa dan Rainbow
Treasure yang ditanam di dalam pasu di halaman rumahnya.

"Tetapi yang paling banyak adalah Shogun iaitu baka dari Jepun yang bersifat tahan panas dan
sesuai ditanam di kawasan tanah rendah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/56023/EDISI/Utara/Jual-pokok-
strawberi-dari-rumah

Anda mungkin juga menyukai