Anda di halaman 1dari 2

4 Keperluan Asas Tanaman

air, cahaya, nutrien, dan udara.

1) Pastikan tanaman anda mendapat air yang mencukupi dengan menyiram

sekurang-kurangnya pada setiap pagi dan petang. Jangan kurang, jangan lebih.

2) Kebanyakan tanaman memerlukan cahaya yang cerah, sekurang-kurangya 4 jam

cahaya matahari terus (direct sunlight) setiap hari bagi mendapatkan

pertumbuhan yang baik. Cahaya yang tidak mencukupi boleh menyebabkan

daun menjadi kurang hijau dan tanaman tumbuh kurus dan panjang. 

3)  Karbon dioksida diperlukan untuk menghasilkan makanan, dan oksigen pula

diperlukan oleh tanaman sewaktu proses respirasi iaitu proses menukar makanan

kepada tenaga. Akar juga memerlukan pengudaraan yang baik

4) Terdapat sekurang-kurangnya 13 jenis nutrien yang diperlukan oleh tanaman,

Yang utamanya adalah Nitrogen, P/fosforus, dan Kalium.


‘N’ tinggi untuk menggalakkan pertumbuhan,

‘P’ tinggi untuk pertumbuhan akar,

‘K’ tinggi untuk pengeluaran bunga dan buah.

Bagi memudahkan pembajaan, gunakan baja yang mempunyai nilai NPK

yang sama rata seperti 8-8-8 atau 16-16-16 bagi memastikan tanaman

mendapat nutrien utama dengan mencukupi.

Pembajaan kebiasaannya dibuat setiap 2 minggu dan kadar pembajaan

adalah bergantung kepada jenis dan saiz tanaman.

Anda mungkin juga menyukai