Anda di halaman 1dari 3

Thursday, July 15, 2010

Membuahkan Pokok Anggur - Teknik pemangkasan pucuk

Di negara iklim sederhana, anggur mula mengeluarkan


berbuah apabila tiba musim bunga. Di negara tropika,
didapati anggur boleh berbuah sepanjang tahun, cuma
ianya perlu diransang melalui pemangkasan. Antara
teknik perangsangan pembuahan yang telah saya cuba
ialah teknik pemangkasan pucuk anggur. Teknik ini
sesuai bagi pemilik pokok anggur yang tidak gemar untuk
memotong pokok anggurnya hingga botak ataupun kalau
mahukan pokok anggur berbuah tanpa henti
Untuk melakukan teknik ini, mula
sekali pilihlah dahan anggur muda
yang subur seperti dalam gambar
di sebelah
Kemudian kerat kira-kira dua kaki
dari hujung pucuk seperti dalam
gambar sebelah.

Cuba perhatikan pada hujung


ranting anggur yang telah dipotong
dan anda akan nampak ada dua
mata tunas dipangkal daunnya.
Satu tunas yang biasanya tumbuh
bersama daun dan tunas ini saya panggil tunas air dan satu
lagi mata tunas terletak betul-betul dipangkal daun dan
tunas ini hanya akan tumbuh bila diransang dan biasanya
kalau mata tunas ini tumbuh ianya akan tumbuh dengan
lebih subur dan boleh mengeluarkan buah. Bagi teknik
pemangkasan pucuk, apa yang kita mahukan adalah mata
tunas yang terpendam ini untuk tumbuh dan
mengeluarkan buah. Untuk itu, tunas-tunas air pada
ranting yang tinggal perlu dibuang. Jika tidak dibuang,
tunas air ini akan membesar dan mata tunas terpendam
tersebut tidak akan keluar.

Gambar sebelah ni adalah


gambaran selepas tunas air
dibuang. Untuk teknik ini, daun
anggur tidak perlu dibotakkan.
Kalau dibotakkan, ranting anggur yang muda tu akan layu
dan teknik ini tak akan berjaya. Dalam masa dua minggu
hingga sebulan anda boleh nampak samada tunas baru
anggur yang keluar tu akan berhasil atau tidak..
Peratusan kejayaan teknik ini adalah dalam 50% tertakluk
kepada kesuburan pokok anggur anda. Jadi kalau nak buat
teknikni, berilah pokok anggur anda baja secukupnya,
sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pemangkasan
dibuat. Selamat mencuba…

Baja yang saya gunakan sekarang adalah baja tahi arnab


sahaja sebab kat rumah ada arnab dan sekali sekala saya
tambah dengan baja tahi ayam proses (8:8:8). Kalau pokok
dah besar tak perlu banyak baja. Ada pokok yang saya tak
baja langsung pun masih mengeluarkan buah selepas dibuat
prunning.

Anda mungkin juga menyukai