Anda di halaman 1dari 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Jalan Bukit Kecil, val seo sooo3004 2oed4 Kuslaylererngoam, Faks. (Fax) : 09622 7207108-623 6415 ‘Terengganu Darul Iman. Laman Web ; jpnterengganu.moe.gov my Rujukan Kami : JPNT.SIP.300-1/4/1 (FF) Tarikh : (% Disember 2022 Semua Pegawai Pendidikan Daerah Semua Pengetua dan Guru Besar Negeri Terengganu Tuan/Puan, PENYEDIAAN LAPORAN TAHUNAN PENGURUSAN ASET ALIH, ASET HIDUP, ASET TAK KETARA DAN STOR KERAJAAN BAGI TAHUN 2022 OLEH SEMUA AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas. Surat daripada Bahagian Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPA, KPM) ruj. KPM.300-1/4/1 Jld.8 (41) bertarikh 7 Disember 2022 adalah berkaitan. 2. Sepertimana * tuan/puan sedia maklum, Perenggan 4, _Pekeliling Perbendaharaan AM 1.1 — Pengurusan Aset Kerajaan menyatakan bahawa salah satu tugas dan tanggungjawab Ketua Jabatan adalah menyedia dan mengemukakan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara dan Stor Kerajaan kepada Unit Pengurusan Aset peringkat Kementerian sebelum 15 Februari tahun berikutnya. 3. Selaras dengan ketetapan berikut, tuan/puan dikehendaki menyediakan satu (1) Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara dan Stor Kerajaan Tahun 2022 peringkat daerah dan sekolah masing-masing mengikut format yang telah ditetapkan seperti di Lampiran |. Bagi memudahkan penyelarasan laporan, templat laporan akan disediakan oleh Unit Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur, Sektor Infrastruktur dan Perolehan melalui google sheet dan edaran akan dibuat kepada semua sekolah melalui PPD masing-masing. Sehubungan itu, semua Pegawai Aset PPD adalah bertanggungjawab memantau laporan sekolah di bawah seliaan bagi memastikan semua laporan adalah lengkap, tepat dan mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. 4. Justeru, kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk melaksanakan tindakan-tindakan berikut: (i) | Melengkapkan semua laporan di Lampiran | dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan masing-masing (untuk simpanan Unit Pengurusan Aset PPD dan sekolah bagi tujuan rujukan pada masa akan datang); 2) (Gila catatkan rujukan Jabatan ini apabila berhubung) JPNT.SIP.300-1/4/1 (# ) 5. (i) ii) (iv) Melengkapkan semua laporan dalam google sheet yang akan diedarkan (bagi tujuan penyediaan Laporan Tahunan Aset yang akan dikemukakan oleh JPNT kepada BPA, KPM); Mengemukakan Sijil Tahunan Pemeriksaan Aset Alih (KEW.PA-13), Sijil Pemeriksaan Aset Hidup Ikan (KEW.AI-13), Sijil Pemeriksaan Aset Hidup Haiwan (KEW.AH-13), Sijil Pemeriksaan Aset Hidup Tumbuhan (KEW.AT-13) dan Sijil Tahunan Pemeriksaan Harta Intelek (KEW.ATK- 11) yang lengkap ditandatangani oleh Ketua Jabatan kepada JPNT (melalui PPD masing-masing); dan Bagi sekolah bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ), Ringkasan Laporan Peruntukan (Lampiran B2) yang lengkap ditandatangani oleh Ketua Jabatan perlu dikemukakan kepada JPNT (melalui PPD masing-masing). Kerjasama tuan/puan untuk melaksanakan perkara-perkara di atas sebelum atau pada 20 Januari 2023 (Selasa) adalah amat dihargai, Sekian, terima kasih. “ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD” “ EF HIDMAT UNTUK NEGARA” Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu ‘Asma'/AsetAih/20220 aporanTabunan

Anda mungkin juga menyukai