Anda di halaman 1dari 1

SKOMK HOLDING SDN. BHD.

(455211-X)
Kompleks SKOMK, Jalan Mahkamah, 36000 Teluk Intan, Perak
Tel : 05 6221 568 / 6222 095 Fax : 05 6228 972
____________________________________________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SKOMK.500-9/SH030-23(2)


Tarikh : 16 Februari 2023

Nik Izzuan Bin Mohd Arifin


No. 3A,
Parit 5 Timur,
45300 Sungai Besar,
Selangor.

Tuan,

SURAT TUNJUK SEBAB

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak Pengarah SKOMK Holding Sdn. Bhd. ingin memohon surat tunjuk
sebab bertulis daripada tuan berhubung perkara di bawah :
a. Tidak merekodkan kehadiran pada tarikh 15 Februari 2023.
b. Lewat hadir bertugas pada tarikh 15 Februari 2023.

3. Pihak tuan diberi peluang untuk membuat surat tunjuk sebab bertulis tentang
kenapa berlakunya perkara di atas dan mengapa tindakan tatatertib tidak boleh
dikenakan ke atas tuan sebelum atau pada 22 Februari 2023 jam 5.30 petang.

4. Sekiranya tuan gagal memberikan sebab-sebab yang munasabah atau tidak


memberikan apa-apa jawapan dalam tempoh yang ditetapkan, pihak SKOMK
Holding Sdn. Bhd. akan menganggap tuan tidak mempunyai sebab yang
munasabah dan tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas tuan.

Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

“DIPERSADA KEUNGGULAN, ANGGOTA SEJAHTERA”

Yang menjalankan tugas,

JAMALUDDIN BIN MUSTAFA


Ahli Lembaga Pengarah
SKOMK Holdings Sdn. Bhd.
s.k : Pengerusi
s.k : Koperasi Orang Melayu Kerajaan (SKOMK) Perak Berhad

Anda mungkin juga menyukai