Anda di halaman 1dari 2

Ibu Pejabat Parti

Dihantar melalui Email Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)


A-1-09, Merchant Square
RUJUKAN KAMI: SUA2023/KONGRESKHAS/001 No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
RUJUKAN ANDA:

TARIKH: 23 Februari 2023 TELEFON: +603 7885 0530


FAKS: +603 7885 0531
E-MEL: ibupejabat@keadilanrakyat.org
WEB: www.keadilanrakyat.org
SAUDARA-SAUDARI
PERWAKILAN KONGRES NASIONAL TAHUNAN 2022

Saudara/Saudari,

NOTIS PERWAKILAN KONGRES NASIONAL KHAS PARTI KEADILAN RAKYAT


BAGI TAHUN 2023

Didahului doa semoga saudara/i seisi keluarga beroleh kesejahteraan dan berada dalam semangat
juang yang tinggi.

2. Dalam melaksanakan peruntukan Fasal 19 Perlembagaan Parti, Kongres Nasional Khas Parti
Keadilan Rakyat bagi tahun 2023 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 18hb Mac 2023 (Sabtu)


Masa : 8:00 pagi hingga 6:00 petang
Tempat : Stadium Malawati Shah Alam, Selangor

3. Agenda Mesyuarat
i. Ucapan Aluan Setiausaha Agung
ii. Ucapan Dasar Presiden dan Majlis Perasmian
iii. Perbahasan Ucapan Dasar
iv. Ucapan Penggulungan

4. Saudara/i yang menjadi perwakilan pada Kongres Nasional Tahunan pada tahun 2022 yang
berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, layak untuk hadir ke Kongres Nasional
Khas sebagai perwakilan. Perwakilan Cabang yang terdiri daripada Ketua Cabang, Timbalan Ketua
Cabang, tiga (3) orang Naib Ketua Cabang, Ketua Angkatan Muda Cabang, Ketua Wanita Cabang,
dan lima (5) orang perwakilan yang dipilih dalam MATC 2022 layak hadir dan tidak boleh diubah atau
diwakilkan kepada mana-mana anggota lain.

5. Saudara/i boleh menyemak nama perwakilan Kongres Nasional Khas melalui Setiausaha
Kerja Negeri masing-masing untuk kepastian dan membuat persiapan awal untuk menghadiri Kongres
Nasional Khas.

halaman 1 dari 2
6. Pendaftaran awal perwakilan dan pemerhati akan bermula 1 Mac 2023 sehingga
13 Mac 2023 menerusi sistem E-ticket yang akan dimaklumkan menerusi pekeliling yang akan
dikeluarkan kemudian. Semua perwakilan yang layak dikehendaki mendaftar dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan. Kaunter pendaftaran perwakilan dan pemerhati tidak akan dibuka pada
hari Kongres, semua perwakilan dan permerhati yang telah membuat pendaftaran awal melalui E-
ticket sahaja yang akan dibenarkan masuk menerusi sistem imbasan code QR bagi pengesahan
kehadiran.

7. Kehadiran saudara/i amatlah dialu-alukan bagi melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita
dalam menyempurnakan tuntutan Perlembagaan Parti. Keterangan lanjut berhubung penganjuran
Kongres akan dimaklumkan melalui Pekeliling Setiausaha Agung.

Sekian, terima kasih

Yang Benar,

DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL


Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

halaman 2 dari 2

Anda mungkin juga menyukai