Anda di halaman 1dari 4

No.

Tel : 088-318395 PEJABAT


No. Faks : 088-269600 KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH
Email : arenabeliakbss@gmail.com

` Rujukan : KBSS: (PBS) 300-1/1


Tarikh : 10 November 2022
Setiausaha Tetap
Kementerian Belia dan Sukan Sabah,
KOTA KINABALU.

Y.Bhg Datuk ,

MEMOHON UNTUK PENYELENGGARAAN DAN MENGGANTI PENGHAWA DINGIN DI


BANGUNAN PEJABAT KBSS BAHAGIAN PANTAI BARAT SELATAN KOTA KINABALU

Dengan segala hormatnya, perkara tersebut di atas adalah di rujuk..

2. Untuk makluman Y.Bhg Datuk, Pejabat ini memohon penyelenggaraan servis empat (4) buah
penghawa dingin serta mengganti dua (2) buah penghawa dingin yang rosak di kawasan lobi bangunan
Arena Belia KBSS Kota Kinabalu. Ianya adalah kerana kawasan lobi tersebut sering digunakan oleh
Persatuan Sukan dan juga Kelab Belia selain Agensi Kerajaan dan juga Badan NGO untuk menjalankan
aktiviti atau program. Pada masa ini keadaan lobi agak panas disebabkan perkara ini dan menyulitkan
aktiviti atau program yang di jalankan.

3. Bersama-sama ini disertakan lampiran bergambar kedudukan penghawa dingin tersebut. Perhatian
serta pertimbangan Y.Bhg Datuk dalam perkara ini amat diharapkan dan di dahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( MOHD. JAINI B. AG. JAD )


Pegawai Pengelola Belia dan Sukan
Bahagian Pantai Barat Selatan
KOTA KINABALU.

“ SABAH MAJU JAYA“

LAMPIRAN BERGAMBAR

2 BUAH PENGHAWA DINGIN YANG PERLU DIGANTI


4 BUAH PENGHAWA DINGIN YANG PERLU DI SERVIS

Anda mungkin juga menyukai