Anda di halaman 1dari 36

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

TARIKH
23 MEI 2015

TEMPAT
VROX SPORT CENTER BANGI. SELANGOR.

ANJURAN
EXCO KESUKANAN DAN KECERIAAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
(PERTAMA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA
“FTSM FUTSAL YOUTH CHALLENGE”
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan serta bantuan kewangan daripada pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa
dan Perhubungan Alumni (PPMPA) bagi mengadakan Pertandingan Futsal FTSM
Piala Dekan untuk semua pelajar FTSM dalam melahirkan mahasiswa/i yang sihat,
cergas dan berbudaya sukan ke arah memupuk perpaduan dan pembangunan negara
disamping menimba ilmu dalam bidang teknologi maklumat.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

2.1 - Pengenalan

Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat atau ringkasnya


(PERTAMA) mula ditubuhkan pada tahun 2008. Kami juga merupakan antara badan
kepimpinan pelajar tertinggi dalam Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM.
PERTAMA pada sesi kali ini merancang untuk mengadakan beberapa projek yang
bermanfaat bukan sahaja berkaitan ilmu dalam bidang teknologi maklumat malahan
ilmu diluar bidang juga ingin dititik beratkan. Pelajar dapat meningkatkan kecerdasan
minda dan daya kreativiti mereka dalam mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang
yang mereka ceburi. Ianya juga untuk menuju ke arah peningkatan kualiti hidup
melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep Malaysia
Cergas dalam diri mahasiswa/i untuk diimplimentasikan dalam kehidupan seharian
mereka.
1
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

2.2 - Sejarah /Rekod

Program ini adalah program yang julung kali diadakan di FTSM dan pada kali ini
kami mengadakan program ini mengikut saranan kerajaan menerusi dasar 1 Pelajar 1
Sukan yang mana mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah mahupun peringkat universiti. Dasar ini menyokong
pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain
itu, ianya selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan
Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

2.3 – Idea

Idea untuk menjalankan program ini lahir hasil daripada pemerhatian PERTAMA
dalam kalangan mahasiswa/i tentang kepentingan aktiviti bersukan selain menerapkan
ilmu teknologi dan sains maklumat di dalam aktiviti tersebut. Seiring dalam mengejar
arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus
ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara yang berstatus
negara maju menjelang tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi
negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang
kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana aspek-aspek
inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan
kemajuan negara pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, penekanan terhadap
aktiviti kesukanan dalam kehidupan seharian adalah sangat penting. Menurut Dato
Misbun Sidek, negara Malaysia akan ketandusan atlet-atlet yang berbakat jika tidak
digilap dan dilatih dari usia yang muda. Justeru itu, pihak PERTAMA mengambil
langkah inisiatif untuk mencari dan mengasah bakat yang terpendam di dalam diri
setiap mahasiswa/i FTSM. Disamping mahasiswa/i semakin mahir dalam bidang
teknologi, mereka juga boleh berkecimpung dalam bidang sukan untuk membina
tubuh badan dan minda yang cergas dan cerdas.

2
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

3.0 MISI

Pertandingan ini disasarkan kepada semua warga mahasiswa/i ukm agar dapat
menjalinkan sebuah ukhuwah yang baik dan dapat mengurangkan jurang diantara
mahasiswa/i ukm.

4.0 MATLAMAT

Selain daripada mahasiswa/i cakna akan perkembangan dunia teknologi sains


maklumat yang serba canggih dan moden, ia juga dapat melahirkan mahasiswa/i yang
berketrampilan, berdisiplin, bersatu padu, sihat, cergas, bersemangat jati diri,
professional dan berkualiti selaras dengan hasrat kerajaan iaitu melahirkan modal
insan kelas pertama dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif di dalam bidang
sosial dan ilmu pengetahuan sekaligus, dapat menyumbang kearah gaya hidup yang
progresif dikalangan mahasiswa/i dalam kehidupan seharian.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Melahirkan mahasiswa/i ukm yang dapat memenuhi aspirasi kebangsaan dengan memupuk
sikap berdaya saing secara sihat dan bercita-cita tinggi dalam mencapai sesuatu matlamat.

5.2 Mencungkil bakat-bakat sukan yang ada di dalam diri mahasiswa/i yang boleh diketengahkan
untuk mewakili universiti dan mengharumkan nama fakulti.

5.3 Melahirkan modal insan yang dapat menonjolkan diri dengan keterlibatan dalam program
anjuran pihak fakulti dan universiti.

5.4 Membentuk generasi baru yang seimbang dari aspek moral, spiritual, emosi, jasmani dan
mental sebagai belia pelapis kepimpinan negara di masa hadapan.
3
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

5.5 Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i ukm mengenai penggunaan teknologi dalam
bidang kesukanan.

5.6 Menjalinkan integrasi antara kaum dan ukhuwah yang baik dalam kalangan mahasiswa/i
FTSM.

6.0 TEMA

“FTSM FUTSAL YOUTH CHALLENGE”

7.0 ANJURAN

Exco Kesukanan dan Keceriaan


Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA)
Sesi 2014/2015
Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :


Tarikh : 23 Mei 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program yang dicadangkan ialah :


 Vrox Sport Center Bangi. Selangor.

4
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

10.0 INOVASI PROGRAM

Dengan penganjuran pertandingan futsal ini, kita dapat melihat hasil daripada
keberhasilan utama yang kedua iaitu Penyelidikan dan Inovasi Berimpak Tinggi.
Program ini dapat menghasilkan dan mencetuskan sesuatu idea yang baru dimana kita
mengimplimentasikan teknologi dalam sukan. Teknologi dalam sukan merupakan satu
pautan atau perkara yang penting dalam meningkatkan lagi perkembangan dalam
bidang sukan. Sebagai contoh, teknologi seperti gelanggang sintetik dalam permainan
futsal, bola tampar dan bola keranjang. Dengan adanya teknologi sebegini, kita dapat
meningkatkan mutu permainan dan pada masa yang sama, kita juga dapat
meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang teknologi maklumat yang dapat
menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui
ekosistem yang dapat memupuk penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan
penggunaan ilmu.

Bukan itu sahaja, kita juga dapat lihat mahasiswa/i ukm melibatkan diri dalam
aktiviti riadah dan bersukan. Penglibatan mahasiswa/i FTSM dalam pertandingan ini
boleh menjadi sesuatu kelainan. Kita dapat lihat bahawa mereka bukan sahaja
mengaktifkan diri dalam bidang perkomputeran malahan juga terlibat dalam aktiviti
bersukan. Seterusnya, pengaplikasian penggunaan teknologi dalam pertandingan
futsal ini juga membantu mahasiswa/i mempelajari sesuatu ilmu yang baru. Dimana
penggunaan aplikasi daripada Gedung ‘Google Play’ digunapakai dalam pertandingan
ini. Dengan ini, kita dapat menjadikan mahasiswa/i FTSM sentiasa cakna dengan
perubahan dan pembangunan teknologi semasa.

Selain itu juga, kita dapat meningkatkan lagi daya pemikiran kritis
mahasiswa/i untuk memikirkan strategi yang berkesan untuk menjaringkan gol.
Tambahan pula, kita juga dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama sesama
ahli pasukan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan
disamping dapat memupuk semangat muhibah dalam kalangan mahasiswa/i sebagai
warga ukm.
5
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

Konklusinya kita dapat lihat bahawa pertandingan ini tidak hanya berasaskan
pertandingan semata-mata. Walaupun ianya berbentuk pertandingan, namun bukan
piala atau pingat yang ingin dijulang semata-mata. Tetapi maksud yang tersirat
disebalik pertandingan itu yang ingin disingkap.

11.0 PUBLISITI

Program ini akan diuar-uarkan secara meluas di sekitar kawasan Universiti


Kebangsaan Malaysia. Bahan hebahan yang digunakan adalah media cetak seperti :

 Banner
 Banting
 Poster
 Hebahan menerusi media elektronik seperti papan digital UKM
 Rangkaian laman sosial Facebook dan Twitter.

12.0 CADANGAN PERASMI

1. Perasmian Penutup:

Ybhg. Prof. Dr.Abdullah Mohd Zin, Dekan Fakulti Teknologi dan Sains
Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

13.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

1) Sasaran peserta

 Mahasiswa/i Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat tahun satu, dua dan tiga.
 Staf Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.
6
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

 Seluruh warga mahasiswa/i UKM.

2) Sasaran urusetia

 Ahli Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat


(PERTAMA).

 Mahasiswa/i Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat tahun satu dan dua.

14.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

15.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

16.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

17.0 PERINCIAN PROGRAM

Rujuk Lampiran D
7
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

18.0 PERINCIAN KESELAMATAN PROGRAM

Rujuk Lampiran E

19.0 KEPERLUAN PERKHIDMATAN / KEMUDAHAN PROGRAM

Rujuk Lampiran F

20.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat


menyurat, sila hubungi:

Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA)


Pejabat Dekan
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Saudari Nur Zafirah Binti Mohd Husin 014-8142489)

Tel : 03 – 8921 6141


Email : nurzafirah_5982@yahoo.com
8
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

21.0 SYOR / PENUTUP

Program ini amat bermanfaat kepada mahasiswa/i kerana ia bukan sahaja memberi
maklumat dan pengetahuan kepada mahsiswa/i, malahan juga dapat melahirkan
mahasiswa/i yang serba boleh dan produktif. Justeru itu, pihak kami amat berharap
kertas kerja ini akan mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Sehubungan dengan itu,
kami berharap agar mendapat bantuan kewangan daripada pihak tuan untuk
menjayakan program ini agar berjalan lebih lancar seperti yang diharapkan. Jutaan
terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung.
9
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015
10
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI
“PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN”

Penaung
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM.

Pengerusi
Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM

Penyelaras
Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan
Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Alumni, UKM

Penasihat Utama
Prof. Madya Dr. Mohd Juzaiddin Abd Aziz
Timbalan Dekan (Prasiswazah)
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM
11
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

Pemantau
Mohamad Hazim bin Mat Noh
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat / 2
(A147074)
012 – 930 0538

Ketua Pengarah
Nur Zafirah Binti Mohd Husin
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146297)
014-8142489

Timbalan Ketua Pengarah


Sakinah Binti Hamzah
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146311)
014-2278835

Setiausaha
Nurul Suhana Binti Azmi
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146676)
017 – 342 8543

Bendahari
Izyani Binti Ismail
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146344)
017- 454 0399

12
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

Pengarah Program : Nur Hedayah Nasheema Binti Hussin


Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146243)

Pengarah Pemasaran : Muhammad Iqbal bin Abu Latiffi


Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146358)

Pengarah Logistik : Muhamad Azri bin Othman


Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146204)

Pengarah Publisiti dan Media 1 : Mohd Amir bin Mohd Mazuki


Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146357)

Pengarah Protokol : Nur Fazlin binti Zaitong


Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A146788)

Pengarah Cenderamata : Umi Amira Binti Shariffudin


Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
(A151060)

13
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT

23 MEI 2015 (SABTU)

8.00 pagi Pendaftaran pasukan dan pemberian


makanan.

9.00 pagi – 1 tengahari Perlawanan futsal antara kumpulan.

1.00 tengahari – 2.30 Berehat dan Solat Zuhur Vrox Sport Center
petang Bangi, Selangor

2.30 petang – 5.00 Perlawanan separuh dan perlawanan


petang akhir futsal

5.00 petang – 6.00 Penyampaian hadiah dan perasmian


petang penutup

6.00 petang Bersurai


14
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

ANGGARAN PENDAPATAN

Bil. Perkara RM

1. Sumbangan
- Sumbangan Luar RM 2000.00
- Persatuan Mahasiswa FTSM RM 250.00
- Persatuan Mahasiswa UKM RM 500.00
- Yuran RM 1540.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 4290.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM
1 Sijil dan Cenderamata
- Sijil AJK dan Pemenang (RM 2.00 X 100 orang ) RM 200.00
- Cenderamata penghargaan

Pengadil (RM 50.00 X 4 Unit) RM 200.00

Perasmi (RM 50.00 X 1 Unit) RM 50.00

Penaja RM 300.00

- Hadiah (Wang Ringgit + Medal)



Tempat pertama (RM 200 X 2 Unit) RM 400.00

Tempat Kedua (RM 150 X 2 Unit) RM 300.00

Tempat Ketiga (RM 100 X 2 Unit) RM 200.00

Saguhati (RM 30 X 4 Unit) RM 120.00
15
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

2 Publisiti
- Banner (RM 80.00 X 1 Unit) RM 80.00
- Bunting (RM 30.00 X 5 Unit) RM 150.00
- Poster (RM 2.00 X 10 Unit) RM 20.00

3 Peralatan
- Baju urusetia (RM 20 X 25 helai) RM 500.00
- Tag nama urusetia dan lanyard (RM 1.50 X 25 kpg) RM 37.50

4 Jamuan AJK & Peserta


- Sarapan Pagi (RM 2.00 X 100 Orang) RM 200.00
- Tengahari (RM 5.00 X 100 Orang) RM 500.00

5 Tempat
- Gelanggang RM 1000.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 4257.50

16
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

LAMPIRAN D

PERINCIAN PROGRAM
“PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN”
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
(PERTAMA)

D.1 Modus Operandi

Kejohanan ini dilaksanakan secara perlawanan antara pasukan. Setiap pasukan akan
dibahagikan kepada 4 kumpulan. Perlawanan di peringkat awal akan dijalankan
secara liga. Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak untuk berentap pada
pusingan separuh akhir. Bagi pusingan separuh akhir, hingga akhir, pertandingan akan
dijalankan secara “kalah mati”. Format pertandingan adalah seperti yang dilampirkan
di Lampiran D. Dalam pusingan separuh akhir pula, setiap pasukan akan mencabut
undi bagi menentukan lawan masing-masing ( Johan bertemu naib johan yang
berbeza).

D.2 Masa Pertandingan

D.2.1 Masa bagi perlawanan futsal (L) adalah seperti berikut:


 Separuh masa pertama :10 minit
 Masa berehat : 3 minit

 Separuh masa kedua : 10 minit

D.2.2 Masa bagi perlawanan futsal (W) adalah seperti berikut:


 Separuh masa pertama : 7 minit
 Masa berehat : 3 minit

 Separuh masa kedua : 7 minit

17
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

D.2.3 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di dalam padang lima (5) minit
sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada
pasukan lawan jika sesuatu pasukan gagal berada dalam padang selepas lima
(5) minit dari masa perlawanan tanpa mengemukakan alasan yang munasabah.

D.3 Peralatan Permainan

D.3.1 Pakaian sukan yang bersesuaian dengan aktiviti sukan futsal adalah baju, seluar,
stoking, shin guard dan kasut. Pemakaian kasut adalah wajib.

D.3.2 Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan jenis bola ‘standard’ yang
diiktiraf oleh pihak FIFA / FAM.

D.4 Pengadilan

Pihak jawatankuasa penganjur akan menyediakan pengadil-pengadil yang bertauliah


di sepanjang pertandingan diadakan.

D.5 Pemberian Mata dan Penentuan Kemenangan

Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format berikut:

1) Menang – 3 mata

2) Seri – 1 mata

3) Kalah – 0 mata

Pasukan yang berjaya mengumpul jumlah mata yang terbanyak akan menjadi johan
kumpulan dan pasukan yang mendapat jumlah mata kedua terbanyak akan menjadi
naib johan kumpulan. Jika dua atau lebih pasukan terikat seri maka perbezaan gol
akan digunakan untuk memutuskan kedudukan.

18
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

D.6 Format Pertandingan


19
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

LAMPIRAN E

PERINCIAN LANGKAH KESELAMATAN


“PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN”
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
(PERTAMA)

E.1 Langkah – langkah keselamatan yang diambil bagi memastikan aktiviti berjalan
dengan lancar sepanjang tempoh pertandingan berlangsung.

1) Pemilihan Gelanggang
 Sebelum aktiviti pertandingan dilaksanakan, urusetia akan memastikan
pemilihan gelanggang adalah sesuai bagi mengelakkan sebarang
bencana dan kecelakaan kepada peserta.

2) Kawalan Risiko

yang selamat untuk


Urusetia akan memastikan keadaan gelanggang yang dipilih adalah tempat
acara pertandingan. Perkara ini termasuklah
dari segi persekitaran di sekeliling gelanggang.

3) Prosedur Kecemasan

 Urusetia juga akan menyediakan peralatan pertolongan cemas seperti


“First Aid Kit” untuk menghadapi sebarang kemungkinan atau
kecelakaan semasa bermaian.

4) Sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

5) Sentiasa peka dengan perubahan yang akan berlaku.

20
PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN
23 MEI 2015

LAMPIRAN F

PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN ALUMNI

KEPERLUAN PERKHIDMATAN / KEMUDAHAN PROGRAM

A. PERALATAN MAJLIS
Bil. Perkara Kuantiti Bil. Perkara Kuantiti

1. Kerusi untuk Pentas (Sofa Single) 3 9. Papan Pameran 3’ x6’ x 6’

2. Kerusi Tetamu Khas (Banquet) 3 10. Booth 10’ x 10’

3. Kerusi Plastik 150 11. Meja Jamuan 3’ x 3’

4. Pentas (Platform) 4’ x 8’ x 6’ 1 12. Meja Bulat untuk Jamuan 2

5. Kanopi 20’ x 20’ 4 13 Meja Peperiksaan

6. Kanopi 15’ x 15’ 14. Meja Pameran

7. Papan Pameran 4’ x 4’ x 6’ 15. Meja Kopi

8. Papan Pameran 4’ x 6’ x 6’

B. KEPERLUAN ELEKTRIK
Bil. Perkara Kuantiti Bil. Perkara Kuantiti

1. Set Sistem Siaraya 1 5. Kipas Siling Khemah 4

2. Mikrofon 2 6. Lampu Khemah

3. DVD Player 7. Soket Kuasa di Khemah 2

4. Rostrum 1 8. Kipas Berdiri 2


21

Anda mungkin juga menyukai