Anda di halaman 1dari 5

MAC 2023

BULETIN JAYA
MENDUKUNG UPAYA KOMUNITI SEJAHTERA

AKTIVITI TERAKHIR
SEBELUM RAMADAN

PENA ZAZMIE

Dr. Zek
Terpaksa berhadapan dengan
pelbagai halangan seperti "Pada yang berkesempatan
percutian, menghadiri majlis hadir terima kasih diucapkan.
hujung minggu malah Terima kasih juga pada
bekerja, tidak membantutkan mereka yang membawa
aktiviti brisk walk Persada juadah sarapan pagi secara
Jaya. potluck. Syukur, murah rezeki
Memahami situasi yang kita kali ini. Ada juga yang
dihadapi, Pengerusi berhalangan untuk hadir tapi
Persatuan, Dr. Zakaria@Zek turut mengirimkan juadah. Ini
menegaskan biar sekecil semangat yang harus
manapun kehadiran, aktiviti disuburkan. Syabas" zZ
tetap diteruskan.
"Jika ramai kita buat cara
ramai, sekiranya kecil kita
buat cara kecil" ujar Dr. Zek
sebelum bermulanya 'langkah
kesihatan' mengelilingi
taman. MUKA 1
"Brisk walking pusing tiga
keliling. Sebelum itu warming
up & kemudiannya cooling
down diterajui oleh coach Lan.
Usai sarapan dengan juadah
lazat dan menarik, diadakan
pula kuiz berkisar lagu zaman
pop yeh yeh. Tiga hadiah
utama dimenangi kesemuanya
oleh wanita. Aktiviti yang
bermula 8.30 pagi itu selesai
dua jam kemudian. Jumpa lagi
selepas Ramadan nanti. Insya-
Allah. Jom balik dulu.

MUKA 2
TERIMA KASIH MBS
Satu aduan tentang lampu yang tidak
berfungsi telah dimajukan pada pihak Majlis
Bandaraya Seremban(MBS). Terima kasih atas
tindakan pantas membaiki lampu-lampu
tersebut.
"Kita sangat berterima kasih pada MBS. Ini
bukan kali pertama malah sebelum ini pun Dr. Zek
beberapa aduan yang pihak persatuan
laporkan telah mendapat respons segera
MBS" ujar Dr. Zakaria Ab. Hadi @ Dr. Zek,
pengerusi Persatuan Penduduk Persada Jaya.
"Selain itu kita juga sedang menanti dalam
masa terdekat pembaikan taman permainan
kanak-kanak di Enclave R. Bila siap nanti tentu
ia akan menjadi tarikan kanak-kanak yang
selama ini menunggu taman permainan yang
lebih selesa dan mesra pengguna"
"Berkaitan beruk dan monyet yang
berkeliaran di sekitar taman, pihak
PERHILITAN telah dimaklumkan dan satu
tinjauan telah dilakukan baru-baru ini"
"Kita juga sedang memantau kehadiran
anjing-anjing liar supaya haiwan ini tidak
sampai memudaratkan penduduk" tegas Dr.
Zek yang amat prihatin dengan aduan yang
diterima daripada penduduk.

DAUN USIA
Daun-daun
kering, gugur dari
ranting

usia
bertambah, gugur
mencari noktah

MUKA 3
Raik an
an tin
Peng

Majlis perkahwinan
Muhammad Asri Hasif bin
Muhammad Khafid & Alia
Syuhada Datuk Shawaludin
Ahad, 26 Februari 2023
Namida Garden & Events

Majlis perkahwinan Siti


Hajar Mohd Nadzim &
Muhammad Khairul
Ikhwan Mazlan
Sabtu, 4 Mac 2023
Rumah Abang Jamil

MUKA 4
MARHABAN
YA RAMADAN
Selamat datang Ramadan. Hadir menyentuh jiwa-jiwa yang
mendambakan seribu ganjaran pada bulan penuh
keberkatan. Hadir memberi peluang insan membasuh dosa,
meningkatkan taqwa, membaiki diri dan keluarga serta
mengharapkan bertemu Lailatul Qadar yang dirindui oleh
setiap yang beriman, Menghidupkan malam dengan
pelbagai amal ibadah seperti solat Taraweh, bertadarus Al-
Quran, zikir dan seumpamanya.
Apa kata pengerusi, Dr. Zek sempena kehadiran Ramadan
kali ini : Dr. Zek

"Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak 1444H dan selamat


menunaikan ibadah puasa. Moga Ramadan tahun ini lebih bermakna
dan bernilai dengan pengisian-pengisian yang terbaik, amal ibadat
kerana Allah SWT serta usaha mengeratkan silaturrahim sesama kita.
Lebihkan pemberian kepada yang memerlukan dan sentiasa berusaha
ke arah ketenangan jiwa dalam melalui perjalanan bulan mulia ini.
Semoga Allah jua akan melindungi semua dan mempermudahkan niat
dan urusan kita nanti.
Untuk makluman semua. pada tahun ini komuniti Persada Jaya akan
meneruskan tradisi memberi sumbangan Iftar dan Moreh untuk Surau
Al-Hidayah, Persada Damai iaitu pada Ahad 9 April 2023. Mari kita
hulurkan sumbangan demi menyediakan juadah berbuka pada mereka
yang berpuasa.
Tahun ini persatuan bercadang untuk anjurkan aktiviti Moreh Setaman.
Kita cadang pada Sabtu, 15 April berhampiran Balai Pengawal. Masa tu
nanti sesiapa yang berkesempatan bolehlah singgah untuk moreh
sama-sama sejurus balik dari Solat Taraweh"
Jika semua masih ingat tahun lalu kita ada anjurkan Pertandingan
Hiasan Rumah Paling Indah sempena Aidilfitri. Tahun ini kita akan
teruskan dengan harapan ia akan lebih meriah.
Tidak ketinggalan kita akan adakan Majlis Jamuan Aidilfitri. Mungkin
kita pilih tarikh sebelum penghujung bulan Syawal. Insya-Allah.
Akhir kata selamat menjalani ibadah puasa. Bagi pihak persatuan,
saya ingin memohon ampun dan maaf andai kata ada khilaf dan
kelemahan kami.Ramadan Kareem"

MUKA 5

Anda mungkin juga menyukai