Anda di halaman 1dari 2

Doa Majlis Motivasi SK Balong Sarikei

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ‫هللا‬
ِ ‫س ِم‬
ْ ‫ِب‬
ْ‫ْوْالصْلْةْوْالسْلْمْْعْلْى‬،ْْ‫للْال هْذيْْبهْْنهعْمْتهْ هْهْتْتهْمْْالصْاهْلـحْات‬
ْ‫الْـحْمْدْْ ه‬
.ْْ‫ِْأجْـمْ هْعيْن‬
ْ‫اْاألميْنْْوْعْلْىْءأهْل هْهْوْأصْحْاب هْه ه‬
ْ‫ه‬ ْ‫رْسْوْهْلن‬

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan segala penyakit,


Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan segala permintaan,
Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan segala dosa,

Dengan nama Tuhan yang tidak dapat diganggu gugat oleh sesuatu, baik di bumi
mahupun di langit dan ia Maha mendengar dan Maha mengetahui.

Ya Allah, Ya Qaadialhaajat, Ya Raafi’addarajaat,

Kami bersyukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Majlis Sesi perjumpaan ibu bapa dan pelajar pemulihan khas
SK BUBUL 2 pada pagi ini.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah


Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami.

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja, Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah,
mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar bersyukur di atas
nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-
Mu.

Ya Allah,Ya Mujibassailin….

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) negeri


ini akan menjadi negeri yang cemerlang, terbilang, negeri yang disegani dan
dihormati, mempunyai sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di
dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Kaya Lagi Maha Bijaksana,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang hadir dalam majlis perjumpaan pada hari ini
sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur, pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha
dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam
bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon
daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis ini akan menjadi wadah
dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama
menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat,

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami, ibu bapa


kami, keluarga dan anak-anak kami, anak-anak didik kami di sekolah, sahabat-
sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan

Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Perbaikilah segala kesilapan kami, jernihkanlah hubungan antara kami, jinakkan


dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa
keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul
dikalangan kami.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri
kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Ya Farijal Hammi wa Ya Kashifal Ghammi,

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan
dirahmati. Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
Engkau pelihara daripada segala bahaya dan keburukan.

َ‫ َوال‬، ‫ص ْوًما‬ ‫ع‬ ‫م‬ ً‫ا‬ ‫ق‬


‫ر‬ُّ ‫ف‬
َ ‫ـ‬
َ ‫ت‬ ِ‫ وتَـ َفُّرقَـنَا ِمن بـع ِده‬، ‫اَللَّه َّم اجعل ََجعنَا ه َذا ََجعا مرحوما‬
ُ َْ ْ َ ْ َ َ ً ْ ُ َْ ًْ َ َْ ْ َ ْ ُ
. ‫ََْت َع ِل اللَّ ُه َّم فِْيـنَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن يـَْتـبَـعُنَا َش ِقيًّا َوالَ َمطُْرْوًدا َوالَ ََْمُرْوًما‬

‫ان َوالَ ََتْ َع ْل ِ ِْف قـُلُ ْوبِنَا ِغلا‬ ِ َ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِفرلَنَا ذُنُـوبـنَا و ِإل ْخوانِنَا الَّ ِذيْن سبـ ُقوََن ِِب ِإل ْْي‬
ْ ََ َ َ َ َْ ْ
‫ف َرِح ْي ٌم‬ ٌ ‫ك َرءُ ْو‬ َ َّ‫لِلَّ ِذيْ َن َء َامنُـ ْوا َربَّـنَاإن‬
‫يْاألخر هةْحسنةًْوهْقناْعذابْالنارْه‬
‫ه‬ ‫ربناْءا هتناْ هفيْالدُّنياْحسنةًْْو هف‬
ْ‫ب‬
‫ْوالحمد هّلِلهْر ه‬،ْ‫وصلىْهللاْعلىْمحمدٍْوعلىْءا هل ههْوصح هب ههْوسلم‬
ْ‫العال همين‬

Anda mungkin juga menyukai