Anda di halaman 1dari 2

1.

0 LOGO

1.1 LOGO KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM (KASPA)

1.2 PENGERTIAN LOGO

a) Segitiga sama dan warna oren- Adalah lambang dan warna keselamatan iaitu
waspada dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di
tengah segitiga adalah gabungan warna dan corak bendera serta perlembagaan
negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan.
b) Sentiasa siap sedia- Untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui
gabungan perlembagaan Pertahanan Awam peringkat antarabangsa dan juga
tempatan.
c) Bunga padi- Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara
ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh
seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi.
d) Tapak logo- Berwarna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysia
adalah melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi
Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan.
2.0 LAGU PERSATUAN

SENTIASA BERSEDIA

Marilah kita semua


Berganding bahu mengembleng tenaga
Berbakti dalam Pertahanan Awam
Untuk bangsa kita
Padukan jiwa dan raga
Sedia berkorban apa saja
Memberi dengan ikhlas khidmat mulia
Negara tercinta

Malaysia bumi yang bertuah


Kami sungguh bangga menjadi warga setia
Penuh azam dan tekad bersama
Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya

Kita sentiasa bersedia


Menjunjung wawasan semua
Ke arah hidup aman dan sentosa
Malaysia Jaya

Anda mungkin juga menyukai