Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Nota :
1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas.
2. Arahkan beg diletakkan disebelah kanan.
3. Arahkan pelajar untuk diam, meluruskan barisan dan bersedia.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

 Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Hajah Nor Hayati bt Hj Bakri,


 Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;
.1) Pn Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran.
.2) En. Kowangid bin Taufik - PK Hal Ehwal Murid
.3) Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum.
 Yang Dihormati Guru-guru Kanan Matapelajaran dan Guru-guru Cemerlang.
 Yang Dikasihi lagi disayangi, para pendidik dan rakan-rakan pelajar.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan
inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.

DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan saudara______________
untuk melafazkan doa.
 Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan doa sebentar
tadi.

NYANYIAN DAN IKRAR.


Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu sekolah, lagu Negeri Selangor dan lagu
Negaraku. Semua guru dan pelajar diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama
dengan iringan muzik. Selepas itu, bacaan ikrar akan diketuai oleh _____________.
 Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan
sebentar tadi. Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.

LAPORAN GURU BERTUGAS.


Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan _______________________ untuk memberikan
laporan bertugas mingguan.
 Terima kasih kepada Encik/Puan __________________________ atas laporan yang
disampaikan tadi.

UCAPAN GURU (JIKA ADA)


Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan _____________________ untuk
memberikan ucapan mengenai program ______________________________
 Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan _____________________________

UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR.


Seterusnya, saya mempersilakan Puan Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong
Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan.
 Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh
Tuan Pengetua / Penolon Kanan itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan
panduan untuk merealisasikan kecemerlangan.

PENGUMUMAN
Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada beberapa pengumuman
yang ingin saya sampaikan ;
.1) Guru bertugas pada minggu ini ialah encik/puan _____________________
.2) ____________________________________________________________
.3) ____________________________________________________________

BERSURAI.
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
Tuan Pengetua, Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru Cemerlang
dan guru-guru yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita akhiri perhimpunan ini dengan membaca
Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

َ‫ُس ْبحَ ا َنكَ اللَّ ُه َّم َو ِبحَ مْ دِكَ َأ ْش َه ُد َأنْ الَ ِإلَ َه ِإالَّ َأ ْنتَ َأسْ َت ْغفِرُكَ َوَأ ُت ْوبُ ِإلَ ْيك‬

 Guru-guru boleh bersurai dan pelajar diminta tunggu di tapak perhimpunan.

Anda mungkin juga menyukai