Anda di halaman 1dari 16

DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

BABAK 1
Pembukaan Lagu Gemuruh Suara (menyanyi bersama audio dan menari)
Penyanyi utama: Mira hisyam

LIRIK LAGU GEMURUH SUARA

Mira: Jangan engkau lemah


Kalau engkau jatuh Kerana hidup mengajar kita
Jangan engkau lemah Jangan cepat mengalah
Kerana hidup mengajar kita
Jangan cepat mengalah Kita bergandingan
Meraikan Malaysia
Tihah:
Bina yakin diri Gemuruh suara
Mampu kita lakukan (Gemuruh suara-mira)
Tiada yang mustahil Jadi bangsa Berjaya
Segalanya Boleh Gemuruh perkasa
(Gemuruh perkasa-tihah)
Kita bergandingan Bawah satu bendera
Meraikan Malaysia Nama kita binaz3
Diseluruh benua rasa bangga
Gemuruh suara Genggam amanat wira
Jadi bangsa Berjaya Julang panji Malaysia
Gemuruh perkasa
Bawah satu bendera Genggam amanat wira
Nama kita bina Julan3g panji Malaysia
Diseluruh benua rasa bangga
Genggam amanat wira Nama kita bina
Julang panji Malaysia Diseluruh benua rasa bangga
Genggam amanat wira
Oooo.. Julang panji Malaysia

Kalau engkau jatuh Kuning - ramai²


BABAK 2: AIMAN, POSMEN, MAKCIK KIAH dan MAKCIK GAYAH

(Kelihatan dua orang jiran Aiman sedang berbual di luar rumah.)

MAKCIK KIAH: Masak apa hari ni Gayah oi?


MAKCIK GAYAH: Masak asam pedas je, Kiah. Kau masak apa Kiah oi?
MAKCIK KIAH: Sedap tu haa asam pedas. Aku buat ayam masak lemak cili api haa.
Si Aqil tu dari minggu lepas teringin.
MAKCIK GAYAH: Anak aku si Faris tu pun suka betul masak lemak. Eh Kiah, elok
betul cuaca hari ni kan. Kering la baju-baju yang sidai tu haa.
MAKCIK KIAH: Alhamdulillah la cuaca elok. Kering jugak la baju anak-anak ni haa.
MAKCIK GAYAH: Iye. Semalam sehari hujan. Dapur rumah aku naik air jugak ha
sikit.
MAKCIK KIAH: Eh sama la gayah oi. Letih mencuci haa semalam. Sengal satu
badan hari ni.

(Kelihatan POSMEN muncul dan bertanyakan sesuatu kepada MAKCIK KIAH dan
MAKCIK GAYAH.)

POSMEN: Assalamualaikum cik, maaf bertanya. Rumah Aiman Faizullah bin Khir
Ghazali di mana ya?
MAKCIK GAYAH: Rumah Aiman? Sebelah ni ja haa dik. Yang pintu pagar cantik tu.
POSMEN: Oh baik-baik, terima kasih cik.

(POSMEN tiba di hadapan rumah dan menyerahkan sesuatu kepada AlMAN.)

POSMEN: Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?
AIMAN: Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?
POSMEN: Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik
terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program itu. Kalau
umur abang macam adik, pasti abang tak akan lepaskan peluang ini.
AIMAN: Abang buang saja surat ini. Saya tak berminat langsung. Buat apa nak
bersusah payah sertai program macam ini. Ayah saya banyak duit. Apa yang saya
nak semua boleh dapat. Buang masa dan tenaga saja program macam ini. Untuk
orang susah bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam kali sehari, tempat
tidur dan pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00 lagi . haha.
POSMEN: Tak baik cakap macam tu. Banyak faedahnya program seperti ini. Cuba
jangan fikir tentang duit dan makan minum tu. Cuba fikirkan tentang kemahiran dan
pengalaman yang akan diperoleh nanti.
AIMAN: Abang ini cakap banyak pula, macamlah abang pernah sertai program tu.
POSMEN: Memanglah abang tak pernah sertai program itu. Tapi, hasil daripadanya,
dah banyak yang abang nampak.
AIMAN: Tak fahamlah saya, bang.
POSMEN: Maksud abang, remaja yang dah menyertai program ini, apabila tamat
latihan, banyak kesan positif yang akan wujud dalam diri mereka. Anak jiran abang
dulu pemalas. Kalau balik rumah cuma tahu tidur dan makan saja. Tapi selepas
tamat program itu, abang tengok dia dah rajin tolong keluarganya dan baru nampak
rasa hormat kepada orang tua. Hasil yang paling dekat dengan diri abang ialah adik
abang sendiri. Memang bagus program itu. Banyak perubahan positif dalam diri dia.
AIMAN: Apa-apa jalah. Doakanlah, mana tahu terbuka hati saya untuk sertainya
kelak.
POSMEN: Terpulang, tak ada siapa yang akan rugi kalau adik tak pergi kecuali diri
adik sendiri. Fikirkanlah baik-baik. Abang banyak lagi surat yang hendak dihantar ini.
Amanah orang semua surat ini.
AIMAN: Terima kasih.

(POSMEN berlalu. Tinggal AIMAN sendirian memikirkan sesuatu).

AIMAN: Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja? Hmm, kalau aku buang,
nanti ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar! Tak ada kesannya nanti. Baik
aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar.

(Oleh sebab AIMAN langsung tidak berminat untuk menyertai program itu, maka
surat tawaran PLKN itu langsung tidak dibukanya, malah sesampai di biliknya terus
dicampakkan sahaja surat itu).
BABAK 3: NEK SINAH, NENEK AIMAN, dan AIMAN

NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman,
ayam masak asam pedas.
AIMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek
Sinah tu cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan
lagi. Saya nak tunggu Kak Dapnia balik, saya nak makan dengan dia.
NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon
beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti.
Malam baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.
AIMAN: Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini
sentiasa sibuk saja. Macamlah esok dah nak kiamat.
NENEK AIMAN: Aiman, kenapa cakap begitu dengan Nek Sinah? Mana rasa hormat
Aiman terhadap orang tua ni?
NEK SINAH: Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting, nak
Aiman.
AIMAN: Sudahlah, Nek Sinah dan nenek boleh pergi dari sini. Nanti kalau saya lapar,
saya pergi makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang perlu saya buat.
Saya bukannya budak kecil lagi.
NENEK AIMAN: Jomlah Sinah. Nanti pandailah dia cari makan kalau lapar.

(NEK SINAH dan NENEK AIMAN meninggalkan AIMAN dengan rasa kesal. Kesal
dengan sikap AIMAN yang tidak menghormatinya dan ahli keluarga tersebut hanya
mementingkan wang ringgit.)

AIMAN: Bosan betul aku dengan Nek Sinah. Semua perkara nak diberitahu kepada
aku. Suruh aku buat macam ini, macam itu. Hish, rimas aku dengan orang tua tu!
Daripada aku fikir fasal Nek Sinah, baik aku tidur.

(Sudah menjadi tabiat AIMAN, apabila punya masalah dia akan tidur. Ada kalanya
dia akan tidur semalaman. Namun, dalam mimpinya kali ini dia merasakan bahawa
dia sudah menyertai program PLKN dan berada dalam kem latihan).
BABAK 4

Babak dimulakan dengan sekumpulan peserta PLKN sedang berkawad + menari


serta menyanyi lagu PLKN.

LIRIK LAGU PLKN

Wira wirawati harapan bangsa


Tiba masa kita berjasa
Kita sahut cabaran bergerak seiringan
Demi mencapai wawasan

Kenali rakan pelbagai budaya


Selami warisan kita yang kaya
Bersama bergandingan tiada perbezaan
Kita Warga Malaysia

Berkhidmat untuk negara


Berbakti penuh setia
Satu hasrat satu semangat satu tekad bersama

Kami wira wirawati negara


Kini masa kami berjaya
Kami sahut cabaran bergerak seiringan
Kami pasti mencapai wawasan

Kita sahut cabaran bersama bergandingan


Berkhidmat untuk negara
MALAYSIA!!!
BABAK 5: JURULATIH, AIMAN, PESERTA PLKN

JURULATIH: Hoi, apa kamu semua sedang buat? Bersuka ria pulak semua. Semua
masuk ke dalam barisan! Latihan kawad akan dimulakan sekarang!
AIMAN: Rimas betul aku duduk dalam kem ni, panas. Kalau aku tinggal di rumah,
sentiasa sejuk dingin saja. Yelah, pendingin hawa sentiasa dihidupkan. Di sini panas,
dahla aku tak suka berpeluh. Makan pula, tak sedap langsung. Hari-hari nasi. Aku
tak selera dengan nasi, kalau masakan Barat lainlah. Dahlah awal pagi kena bangun,
mandi air kolam sejuk. Aku biasa mandi dengan air panas.
JURULATIH: Aiman Faizullah bin Khir Ghazali! Cepat lapor diri sekarang! Jangan
nak terhegeh-hegeh! Takde siapa nak layan kau kat sini!
AIMAN: Eh, macam nama aku dipanggil! Ini mesti nak kena botakkan kepala. Aku
tak suka, tak suka.

(AIMAN terjaga daripada mimpi. Barulah dia menyedari bahawa dia telah tidur
hingga pagi dan sudah terlewat untuk ke sekolah. Lalu, dia bingkas dan segera
bersiap-siap untuk ke sekolah.)

BABAK 6

AH TIAU: Hai, selamat pagi Sundarani!


SUNDARANI: Hei Ah Tiau! Manyak ceria eh kamu pagi ni. Apa cerita?
AH TIAU: Takda apa-apalah Sundarani. Saya kan memang ceria orangnya. Sedih-
sedih dalam hidup mana syok ooo.
SUNDARANI: Iyalah kan Ah Tiau. Apa barang sedih-sedih. Dalam hidup mesti ceria-
ceria selalu.
AH TIAU: Yeahhh!!!

MASUK VERSE PERTAMA LAGU


BABAK 7
Nyanyian lagu Hore Hore Sudirman daripada hampir keseluruhan kelas yang akan
memenuhi pentas.

LIRIK LAGU HORE HORE


Mari kita, mari kita Hoore, hoore, hip-hip hoore
Bergembira, tepuk tangan sama-sama Hoore, hoore, hoore, hoore
Kita menari sambil langkah kanan kiri Hip-hip hoore, hoore, hoore
Goyang badan, goyang kaki Bergembira
Bergembira, ha-ha-ha-ha
Hoore, hoore, hip-hip hoore
Hoore, hoore, hoore, hoore Sambil menari, sambil menyanyi
Hip-hip hoore, hoore, hoore Kita bersenang hati
Bergembira Habis menari kita berhenti
Bergembira, ha-ha-ha-ha Makan minum sudah ready
La-la-la-la-la-la-la-la Habis menari kita berhenti
La-la-la-la-la-la-la-la-la-la-la-la Makan minum sudah ready
Janganlah tunggu lagi
La-la-la-la-la-la-la
La-la-la-la-la-la-la-la Bergembira, tepuk tangan sama-sama
Bergembira Kita menari sambil langkah kanan kiri
Goyang badan, goyang kaki
Goyang pinggang, goyang badan
Jangan malu dan segan Hoore, hoore, hip-hip hoore
Kuat lompat, jangan rapat Hoore, hoore, hoore, hoore
Biar cepat, jangan lambat Hip-hip hoore, hoore, hoore
Kuat lompat, jangan rapat Bergembira
Biar cepat, jangan lambat Bergembira, ha-ha-ha-ha
Jangan sampai terperanjat La-la-la-la-la-la-la-la
La-la-la-la-la-la-la-la-la-la-la-la
Bergembira, tepuk tangan sama-sama
Kita menari sambil langkah kanan kiri La-la-la-la-la-la-la
Goyang badan, goyang kaki La-la-la-la-la-la-la-la
Bergembira

(Kringggggggg!!!!!! Loceng berbunyi dan semua murid kembali ke kelas masing-


masing.)
BABAK 8: AIMAN, NORA

NORA: Aiman, cepat pergi tengok kat papan kenyataan sekolah. Ada perkara
menarik.
AIMAN: Apa yang menarik sangat. Ada berita tentang aku keluar kat surat khabar, ke?
NORA: Bukanlah. Kau ini memang gila glamor betul. Ini tentang nama pelajar yang
terpilih untuk menyertai PLKN. Kalau tak silap aku tadi, aku ada nampak nama kau
juga.
AIMAN: Malaslah aku kalau fasal tu. Masuk kelas tidur lagi bagus.
NORA: Kau ni teruklah. Langsung tak ada semangat cinta akan negara sendiri.
Jahanam negara kita ini kalau ramai yang berfikiran macam kau. Malu aku ada
kawan macam kau.
AIMAN: Janganlah merajuk. Tak baik kau cakap macam tu kepada aku. Hmm, apa
kata aku belanja kau makan rehat nanti?
NORA: Tak payahlah kau gunakan wang kau untuk pujuk aku. Jangan ingat dengan
wang kau boleh dapat semua perkara yang kau mahukan.

(AIMAN terkejut dengan tindakan NORA kepadanya. Selama ini mereka sentiasa
bersependapat dalam pelbagai perkara. Tetapi tidak pada kali ini. AIMAN kehairanan,
lalu terus berjalan masuk ke dalam kelas.)
BABAK 9: AIMAN, SUNDARANI, AH TIAU, SYUHADA

SUNDARANI: Kau dapat masuk kem mana?


AIMAN: Kem? Kem Majidi. Hahaha.
SUNDARANI: Sejak bila pula kem itu jadi Kem Latihan Khidmat Negara? Setahu aku,
itu kem untuk askar saja. Macam Kem Pulada.
AIMAN: Kau ini lurus bendul betullah. Aku bergurau saja. Cepat betul kau percaya
perkara yang aku cakap. Bahaya orang macam kau ini, senang kena tipu. Kau sibuk
tanya aku, kau dapat kem mana?
SUNDARANI: Kem De Bana, Jempol.
AIMAN: Di mana kem itu? Tak pernah dengar pun nama tempat itu.
SUNDARANI: Buta sejarah betul kau ini. Jempol kan dalam kawasan Negeri
Sembilan.
AIMAN: Manalah aku tahu. Aku biasa berjalan ke luar negara. Kalau dalam Malaysia
manalah aku tahu. Tak ada apa-apa yang menarik pun sama saja.
SUNDARANI: Pernah dengar peribahasa "'hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri"? Tahu maknanya?
AIMAN: Tahu.
SUNDARANI: Kalau tak tahu mengaku saja, jangan jadi bodoh sombong pula.

(AIMAN menjadi tidak selesa dengan persoalan SUNDARANI. Kemunculan AH TIAU


menyelamatkan suasana daripada menjadi tegang.

AH TIAU: Kamu berdua dapat masuk kem mana? Saya terpilih untuk masuk Kem
Paya Indah Wetland, Hulu Langat, Selangor. Seronoknya. Dapat juga saya tengok
kawasan lain.
SUNDARANI: Saya akan ditempatkan di Kem De Bana, Jempol, Negeri Sembilan.
AH TIAU: Awak pula Aiman, kem mana?
SUNDARANI: Dia dapat masuk Kem Majidi.
AH TIAU: Hah, sejak bila kem itu menjadi kem untuk PLKN?
AIMAN: Boleh tak kita cerita tentang perkara lain, bosan aku dengan cerita PI.KN.
Baik kan hagi tahu aku keputusan perlawanan bola sepak malam tadi. Aku terlepas,
terlelap sampal pagi.
SYUHADA: Aiman ….. kita dapat kem yang sama.
SUNDARANI: Kem mana?
SYUHADA: Dari jauh aku tengok kau asyik bercêrita dengan Aiman, tak bagi tahu
kem mana yang dia akan masuk untuk PLKN nanti?
SUNDARANI: Kem Majidi kata dia.
SYUHADA: Mana boleh, aku baca senarai penempatan kem tadi, nama Aiman
tersenarai di Kem Teluk Sari, Mersing.
AIMAN: Mersing? Hmmm.
SYUHADA: Kenapa? Kan bagus tempat itu. Kawasannya di tepi pantai menghadap
Laut China Selatan lagi.

(Sedang mereka rancak berbincang tentang PLKN, kedengaran loceng yang


menandakan waktu bermulanya sesi persekolahan untuk hari itu berdering. Mereka
semua menuju ke kelas masing-masing).
BABAK 10: CIKGU DAHARI, AIMAN, AH TIAU, NORA, SYUHADA, SUNDARANI,
MURID-MURID LAIN

SEMUA PELAJAR: Assalamualaikum dan selamat


sejahtera, cikgu.
CIKGU DAHARI: Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk.
Semua dah baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN?
NORA: Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya.
Tak sabar rasanya.
CIKGU DAHARI: Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti
kalian. Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.
SUNDARANI: Boleh cikgu terangkan lebih lanjut
tentang PLKN?
CIKGU DAHARI: Mestilah boleh. Program Latihan Khidmat Negara merupakan
kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia.
Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri. Program ini bukanlah bersifat
kerahan tenaga dan tidak akan menyeksakan diri kamu pun.
SYUHADA: Saya lihat logo PLKN sangat menarik. Tentu ada makna yang tersirat
kan, cikgu?
CIKGU DAHARI: Tentu sekali. Okay begini, konsep logo yang cuba ditonjolkan ialah
api yang sedang membara melambangkan tiga kaum utama di Malaysia yang
bersatu padu mempertahankan negara. Bentuk bulat berwarna biru menandakan
perpaduan erat yang terjalin antara kaum. Bentuk bulan dan bintang pula,
melambangkan kedaulatan negara yang harus dipertahankan oleh semua pihak.
Akhir sekali perkataan KHIDMAT NEGARA dibentuk mencakupi bentuk api tadi bagi
melambangkan misi dan visi yang akan dilaksanakan.
AIMAN: Tapi cikgu, kenapa ada yang terpilih dan tidak?
CIKGU DAHARI: Kepada yang terpilih seharusnya bersyukur sebab inilah peluang
keemasan yang tidak patut kamu dilepaskan. Sebenarnya, peserta program ini dipilih
secara rawak tanpa perbincangan dengan pihak sekolah ataupun pihak berkuasa
tempatan. Sekiranya kamu terpilih, kamu patut bersyukur dan gembira kerana
pelbagai manfaat yang akan kamu peroleh daripada program PLKN ini. Di sinilah
peluang untuk kami tampil lebih berani dan bina jati diri kamu yang lebih kukuh.
Terutamanya lelaki ni. Barulah jantannn ! Perempuan pun sama. Di sinilah kamu
boleh boleh latih diri kamu untuk jadi seorang yang lebih kental.
AIMAN: Keselamatan di dalam kem latihan tidak terjamin kan cikgu?
CIKGU DAHARI: Siapa yang bagi maklumat macam tu kepada kamu? Saya sudah
banyak kali terlibat dengan aktiviti di dalam kem latihan. Semuanya berjalan lancar.
Sememangnya ada beberapa pihak telah menimbulkan isu kemungkinan berlaku
masalah keselamatan seperti berlaku kes rogol, buli atau salah laku seksual kepada
anak mereka. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan bahawa semua
perkara tersebut telah diambil kira dan memberi jaminan bahawa perkara tersebut
tidak akan berlaku.
NORA: Mana cikgu tahu semua maklumat tentang PLKN ini?
CIKGU DAHARI: Sebenarnya, cikgu terlibat dengan PLKN ini untuk modul PPSB.
SUNDARANI: Apa itu PPSB?
CIKGU DAHARI: PPSB itu singkatan bagi Program Penghayatan Sastera dan
Budaya.
AH TIAU: Apakah aktiviti untuk PPSB?
CIKGU DAHARI: Dalam modul PPSB, pelatih akan diperkenalkan tentang sastera
dan budaya.
AIMAN: Sekarang kan zaman teknologi dan maklumat. Apa perlunya sastera dan
budaya dalam kehidupan kita sekarang ini? Nak angan-angan macam Mat Jenin?
CIKGU DAHARI: Aiman, setiap bangsa dan negara di dunia ini mempunyai budaya
tersendiri. Walau maju macam mana sekalipun sesuatu bangsa itu, mereka tetap
memegang jati diri bangsa mereka. Berbalik kepada soalan untuk aktiviti dalam
modul PPSB itu, pelatih akan diperkenalkan dengan puisi tradisional dan moden,
seperti syair, pantun, seloka, gurindam dan nazam. Pelatih akan dibahagikan dalam
kumpulan dan setiap kumpulan akan membuat persembahan pentas selama 10 minit.
Sajak menjadi teras utama dalam persembahan tersebut.
NORA: Wow, seronok macam itu! Rasa macam artislah pula.
CIKGU DAHARI: Kalau nak jadi artis pun biarlah artis yang berpendidikan. Bukan
tujuan modul ini melatih pelatih untuk menjadi artis. Cuma bertujuan
memperkenalkan warisan kebudayaan milik kita dan kita patut mewarisinya dengan
rasa megah. Cikgu rasa cukuplah setakat ini pengenalan untuk PLKN. Nanti kamu
semua akan melaluinya sendiri.

(Semua murid kelihatan gembira dengan penerangan CIKGU DAHARI, kecuali


AIMAN. AlMAN masih tidak senang dengan keputusan yang namanya terpilih untuk
PLKN. Seboleh-bolehnva dia mahu mengecualikan diri. Dia bercadang untuk
berbincang dengan ayahnyademi merealisasikan tujuannya. Dengan kedudukan dan
pengaruh yang kuat AIMAN percaya bahawa ayahnya akan dapat membantu.)
BABAK 11: AIMAN, KHIR GAZALI, MASNAH

(Setibanya AIMAN di rumah dia mendapati ayahnya berada di rumah).

KHIR GHAZALI: Awal balik hari ini? Selalunya lewat petang baru sampai rumah. Ini
mesti ada hajat, sebab itulah lepas sekolah terus balik ke rumah.
AIMAN: Mana ada, daddy. Kan Aiman memang suka duduk di rumah. Daddy tu yang
pelik hari ini. Biasanya, malam baru sampai rumah.
KHIR GHAZALI: Kan daddy baru selesai daripada kerja luar. Hari ini daddy
bercadang nak berehat di rumah. Tak payah nak soroklah, daddy tahu ada sesuatu
yang Aiman fikirkan. Cakaplah, mana tahu daddy dapat bantu.
AIMAN: Daddy pasti dapat membantu Aiman kali ini. Aiman yakin daddy dapat
selesaikan masalah Aiman. Daddykan selalu menjadi penyelamat Aiman.
KHIR GHAZALI: Masalah apa? Cuba terangkan satu persatu. Ini tidak, terus yakin.
Aiman fikir daddy ada kuasa sakti yang sekali sebut terus bertukar menjadi
permintaan yang dimahukan. Apa masalahnya?
AIMAN: Sebenarnya nama Aiman terpilih untuk menyertai PLKN selepas selesai
SPM.
KHIR GHAZALI: Baguslah, apa pula masalahnya?
AIMAN: Masalahnya Aiman tak mahu pergi. Aiman nak minta daddy tolong dapatkan
pengecualian untuk Aiman. Aiman tak sukalah program macam itu!
KHIR GHAZALI: Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu,;" daddy akan kata tidak.
Daddy mahu Aiman pergi sertai PLKN itu. Banyak faedah yang akan Aiman dapat.
Cubalah berfikir seperti orang dewasa, Aiman bukan budak-budak lagi. Jadilah
manusia yang sentiasa dahagakan ilmu dan pengalaman. Jangan hanya pandai
meminta daripada berusaha.
AIMAN: Lecehlah berbincang dengan daddy. Semua keputusan daddy akan
tentukan dan Aiman hanya kena ikut. Baik Aiman minta tolong daripada mummy pula.
Mummy lebih faham akan jiwa dan kemahuan Aiman.

(Sédang AIMAN mahu berlalu meninggalkan daddynya, muncul pula MASNAH,


mummy AlMAN. AlMAN terus mendapatkannya.)

MASNAH: Apa yang dua beranak ini bincangkan? Dari tadi mummy dengar macam
hangat saja?
KHIR GHAZAL: Anak awak ini, dah besar panjang pun asyik nak bermanja saja.
Cuba awak ajar supaya dia tahu berdikari. Buat malu saja kalau anak lelaki macam
ini.
MASNAH: Apa masalahnya?
AIMAN: Aiman terpilih untuk penempatan pelatih PLKN nanti. Aiman minta daddy
dapatkan pengecualian tapi daddy tak mahu tolong.
MASNAH: Hah abang, bukankah itu masalah kecil sahaja? Abang boleh gunakan
kedudukan dan pengaruh abang untuk dapatkan pengecualian untuk Aiman ini.
Abang tak sayangkan Aiman? Sanggup abang biarkan dia masuk kem latihan?
KHIR GHAZALI: Sebab saya sayang akan Aimanlah saya nak dia terlibat dengan
PLKN.
MASNAH: Bahayakan nyawa anak kita nanti.
KHIR GHAZALI: Apa yang awak merepek? Daripada dia terlibat dengan perkara
yang tak berfaedah pada masa cuti sekolah nanti, ada baiknya dia terlibat dengan
PLKN. Bukan lama pun, tiga bulan saja. Sudahlah, hari ini saya bercadang untuk
berehat di rumah dengan aman tenteram. Kalau macam ini baik saya berehat di
kelab golf.

(KHIR GHAZALI berlalu dikuti dengan MASNAH. MASNAH berasa bersalah dengan
tindakannya tadi dan cuba untuk memujuk semula hati suaminya untuk berehat
sahaja di rumah bersama-samanya dan anak-anak.)

FATIN DAN KHAIRUL MENYANYI LAGU KANDA DINDA

Dinda Aiman pergi hanya seketika cuma


Inikan semua demi masa depan Aiman

Kanda jangan marah marah


Takut nanti lekas tua
Dinda sayang pada Aiman
Takut dia terluka

Kanda dinda minta maaf


Dinda yang terlepas kata
Dari kanda marah marah
Marilah kita berdamai..
BABAK 12 : AIMAN, DAPNIA

(Aiman sedang menghadap komputer riba miliknya di dalam bilik. Sedang dia leka
melayari pelbagai laman sesawang yang ada, dia dikejutkan dengan satu berita).

AIMAN: Eh, kalau tak silap aku, ini Syufia! Murid yang sentiasa mengasingkan dirI
dan tidak bercampur dengan orang lain. Tapi macam mana dia boleh terpilih untuk
menjadi pelatih terbaik WIRAWATI untuk Kem Gerakhas, Desaru, Johor? Pelik, pelik.
Ini pula ada gambar Ziman, senior di sekolah aku. Setahu aku, dia ni kuat makan
dan tidur, tapi dia pun dah berjaya menyertai PLKN. Ini mesti ada sesuatu yang
istimewa semasa program dijalankan sehingga kawan-kawan aku boleh berubah.

(Kelihatan DAPNIA menjengah masuk ke bilik AIMAN.)

DAPNIA: Aiman, boleh kakak nak bercakap sekejap?


AIMAN: Eh, Kak Dapnia. Cakap apa tu kak?
DAPNIA: Aiman, kakak dengar Aiman terpilih untuk menyertai PLKN ya? Aiman,
pergilah. Kakak yakin peluang yang Aiman dapat ni akan memberi banyak manfaat
buat Aiman.
AIMAN: Aiman pun baru sahaja melihat beberapa kejayaan kawan-kawan Aiman
pada satu berita ni. Hmm, patut ke Aiman pergi kak?
DAPNIA: Ye Aiman. Aiman patut sangat pergi. Kakak akan pergi kalau kakak dapat
peluang macam Aiman. Kawan-kawan kakak dulu pun ramai yang berubah setelah
tamat PLKN. Yang pendiam makin lantang berusara, yang malu-malu makin berani,
yang lemah makin hebat. Masuk ye Aiman? Kakak yakin Aiman boleh.
AIMAN: Kalau begitu, Aiman juga akan sertai PLKN dan buktikan bahawa Aiman
mampu berdikari. Ya, Aiman akan menyahut seruan berkhidmat untuk negara
tercinta.

(DAPNIA tersenyum melihat semangat Aiman. Lega rasa hatinya berjaya memujuk
Aiman menyertai Kem PLKN yang sememangnya bermanfaat buat remaja.)

BABAK 13 : AIMAN, JURULATIH


Aiman: Aku bertekad, aku akan sedia berkhidmat untuk negara…!
(POTONG RAMBUT)

TAMAT
PENUTUP

Semua Mahawangsa akan naik ke pentas untuk nyanyian lagu Kita Punya Malaysia.

LIRIK LAGU KITA PUNYA MALAYSIA

31 Bulan 8, 57
Perjuangkan pertahankan tanah airku Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!) Merdeka
Bangkit semua demi negara
Selamanya... Kita Merdeka
Kita Merdeka Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya) Sayangi Malaysia
Sayangi Malaysiaku Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!) Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Jangan lemah bangunlah Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Buat baru semula Ini Kita Punya
Percayalah hari ini
Kita punya

Impian aku gemilang baru


Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara
Selamanya...
Kita Merdeka

Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia

Anda mungkin juga menyukai