Anda di halaman 1dari 14

Hiburan dalam Islam : Bolehkah Wanita Berdakwah Melalui Nasyid?? Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat.

Dalilnya mudah iaitu

: " : : .."
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedekah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majoriti ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majoriti ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim) Hasilnya, pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki, Syafie dan Hanbali menganggap suara wanita bukanlah aurat. Berubah Menjadi Aurat Bagaimana hukum jika seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara di hadapan lelaki bukan mahram?. Tidak dapat dinafikan lagi jika demikian keadaannya, sudah tentu ia diharamkan oleh Islam. "eh ustaz, sedapnya suara wanita tadi ye" kata seorang rakan saya " yang mana satu ni?" Tanya saya sambil cuba mengingat kembali. "ala, yang sekali meeting dengan kita tadi le" katanya menjelaskan. "Sedap macam mana tu" tanya saya menduga "ish..naik le bulu roma saya dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia, astaghfirullah, eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan ?" katanya sambil tersenyum kambing. Bayangkan bagaimana keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya. Wanita perlu mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka. Lelaki secara umumnya (kecuali yang punyai keimanan yang hebat) memang mudah tergoda dengan suara

merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat untuk menggoda. Maka apatah lagi jika di ketika ia memang berniat untuk menggoda. Saya masih ingat satu ketika di satu universiti, satu mesyuarat sedang berjalan. Saya mempengerusikan mesyuarat. Suasana agak biasa, sehinggalah tiba-tiba seorang mahasiswi memberikan pandangannya kepada satu isu yang sedang dibincangkan. Walaupun mahasiswi itu berada di belakang tabir, tetapi oleh kerana suaranya yang lembut dan lemak gemalai secara semulajadi ( bukan sengaja dibuatnya), semua mahasiswa yang tadinya seperti mengantuk menjadi cergas dan terbeliak mata sambil berubah wajah seperti malu-malu serta cukup tekun mendengar setiap butiran ayat yang keluar dari mahasiswi itu. Entah apa yang merasuk mereka.. Habis meeting, seorang dari mereka menyapa saya lalu berkata : "sapa tadi ye ustaz, siswi tadi tu" "siswi mana" tanya saya "ala yang suara merdu tu, apa namanya ye ustaz..ehem ehem, terpikat juga saya dengar suaranya" tegaskan tanpa malu-malu Cuba lihat apa yang terjadi, hanya dengan suara tanpa melihat rupa pun sudah boleh meruntun hati seseorang siswa yang mengaji agama di universiti, apatah lagi jika siswa yang mengaji rempitan di jalanraya. ! Teringat Di Jordan Saya juga teringat satu hari, ketika saya samapi ke satu universiti untuk memberikan ceramah, ketika itu agak kecoh siswa di sana berkenaan satu vcd nashid kumpulan wanita yang baru sampai dari Malaysia. Saya mendengar bahawa terdapat beberapa bakal-bakal ustaz ini yang berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Apabila saya bertanya lanjut tentang hal ini kepada seorang pemimpin mahasiswa, rupanya vcd itu begitu popular kerana penashidnya terdiri dari kalangan anak-anak gadis yang 'ada rupa' serta 'solehah'. Hmm solehahkah mereka ...? Pinjam meminjam pun berlaku dengan hebatnya di kalangan mahasiswa, ada juga yang men 'copy' ke komputer masing-masing. Kemudian timbul aduan dari salah seorang mahasiswa soleh kepada saya bahawa terdapat mahasiswa yang amat asyik dan mengulang-mengulang vcd tersebut.

Lihatlah kesannya, adakah ini dakwah ?..baca sampai ke habis, inshaAllah akan mendapat jawapannya. Amaran Allah Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-

Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32) Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; ) Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177) Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nasheed wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah harus. Suara Wanita Ketika Beribadah Displin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini :1) Ingin Menegur Imam semasa solat, Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan menggunakan tepukan sahaja. Hadithnya :-

"
Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk wanita" ( Riwayat AlBukhari, no 652) Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir, 3/281 ; Alhawi al-Kabir, 9/17) 2) Wanita dan azan

Imam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam alQuran, 5/229 dengan pindaan ringkas) Demikian juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang bercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni, 2/68 ) 3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar. Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah) Imam Ibn Hajar berkata : "jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan bacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang ada asasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 ) Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi menggangu ibdaaha wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana itu disebutkan

: : .. ) . (
Ertinya : Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana itu Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan khas untuk wanita, maka tiada harus didengari tasbih' wanita oleh si lelaki" ( Syarh Fath AlQadir, 1/206 )

4) Suara wanita dan talbiah Haji Ijma ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat didengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato', Imam Malik, Syafie, Hanafi Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 ) Kesimpulan Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam ; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami' Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu', Ibn AlMufleh, 1/372 ) 2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161) Maka kumpulan nashid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua tanpa khilaf. Malah bukan sekadar illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga. Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata. Apatah lagi kumpulan nashid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. " tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi wanita yang seksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian pertanyaan penyokong kumpulan nashid wanita. Jawapnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga. Sebagaimana di sebut oleh dalil :-

Ertinya : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal) Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ; Majma' Az-Zawaid, 10/228 ) Justeru, tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi nashid wanita. Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya. Jangan pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa boleh mengatakan ia sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya bahawa arak itu buruk. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari ) Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang diharamkanNya. ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 ) Demikianlah dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan menjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan mahram) sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah untuk komersial dan mengaut untung sahaja. Setiap hasil untung dari jualan kaset nashid wanita dewasa ini juga tidak lain kecuali hasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia khas untuk wanita dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja. Persembahan juga untuk kaum wanita. Sedarilah kumpulan nashied wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwah melalui nashid anda..Ia pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya tidak diterima oleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi. BANTAHAN KEPADA ARTIKEL

Apabila tulisan ini mula disebar luaskan, maka terdapat suara-suara penyokong nashid wanita yang cuba mengharuskan tindakan mereka dengan memberikan satu hadith berkenaan dua orang hamab wanita yang mempersembahkan nyanyian kepada Aisyah r.a di rumah Nabi SAW. Hadith ini adalah seperti berikut :-


kret : t k uakAety .t a rt t : a : atrt b t t akAety .t a tA:r ra : ty itr ik a At tr: i:t tru t kty byt t atrk ta it k rt trutr truAt arAt Aaitru aretrek tAkety a rt t : aa art a i:t :rtr ty rkAty arAt ra krt yt k a:rt y t :-iarutr rkAty .t : " aitrty Aa : kru detk tr ik : ty itA: : ty da " atrt aretrek aa rt t a : atrt a : atrt krk tit ty yt k tet a:rty k B/bbA itA: a rt t : aytk
: tt katet tkr


it k uakAety itA: : ty da tA:r ra : ty itr ik a At tr: i:t tru t kty " : kret rkAty arAt ra krt -yt t atrk ta it k rt trutr truAt arAt Aaitru aretrek iarutr rkAtya rt yt k a:rt y trt tukrit a :A t kru itr a t krurtr at tret trt tA:r : t a : at .t t : arau: r: At k a rt t titrty Aa : kru Aetk tr ik AkAk rt k da trt rt k a :A " arit t rtrret t : a rt t : akt rtrret
Secara ringkas, hujjah untuk mengatakan terdapat percanggahan atau harusnya nashid wanita dengan dalil ini adalah tersasar dari kebenaran kerana :1) Ia dipersembahkan oleh hamba wanita. Maka hukum hamba adalah berbeza dengan hukum wanita merdeka dalam banyak hukum fiqh. 2) Dua orang jariah itu digambarkan dalam banayak riwayat lain sebagai bukan penyanyi khas, yang pandai menyanyi dengan teknik menyanyi yang dikenali dengan melembutkan suara, memerdu dan melunakkannya sebagaimana penayanyi profesional. Ini disebutkan melalui nas

""
Imam An-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqolani mentafsirkannya sebagai :-


Ertinya : Maknanya, ia bukanlah nyanyian yang biasa digunakan pada masa itu, dan keduanya juga tidak dikenali pandai menyanyi (Nawawi, Syarh muslim, 6/182 : fath Al-Bari, 2/442) 3) Rasulullah juga digambar tidak turut serta menikmatinya tetapi hanya membiarkannya dinikmati oleh Aisyah. Ia juga adalah di dalam rumah Nabi Saw dan bukan di khlayak ramai. Imam An-Nawawi mengulas bahawa Nabi juga disebut berpaling wajah :-


Ertinya : Nabi senyap dari tindakan itu kerana ia harus BAGI WANITA, dan nabi MENUTUP DENGAN PAKAIANNYA dan berpaling wajah darinya sebagai menajuhi perkara melalaikan" ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 6/183) 4) Takrif Jariah' selain bermaksud hamba, ia juga digunakan untuk kanak-kanak wanita belum baligh. Sebagaimana disebut oleh Imam al-Aini & Imam As-Suyuti :-


Ertinya : Dua orang jariah : disebutkan bagi mereka yang dibawah umur baligh ( Umdatul Qari, 6/269)

Ertinya : Jariah untuk wanita, ghulam panggilan untuk lelaki yang keduanya digunakan untuk mereka yang di bawah umur baligh. (Sindi, 3/194 : Syarhu As-Suyuti li sunan AnNasaie, 3/197 ) Hal ini juga disebut di dalam Awnul Ma'bud :-


Ertinya : kerana mereka berdua belum mukallaf ( belum baligh) lalu mereka menyanyikan lagu-lagu a'rab ( Awnul Ma'bud, 13/181) Justeru, apa lagi hujjah yang boleh diguna untuk mengharuskannya?. Dharurat atau masla

Sejarah Perkembangan Nasyid Di Nusantara & Sumbangannya Sebagai Medium Dakwah July 28, 2008, 11:57 am Filed under: Music | Tags: Akademi Nasyid, Halaman Farhan, Rakan Farhan 1. PENDAHULUAN Nasyid merupakan cabang seni yang bersendikan Islam, kerana ia mengandungi lirik yang merangkumi pesanan, ingatan,kisah para nabi , seruan dakwah Islamiah dan meniupkan semangat dalam proses pembangunan bangsa dan negara. Perkembangan nasyid yang terus mendapat tempat dihati masyarakat Islam Nusantara telah diasaskan oleh lembaran sejarah yang terpahat usaha padu pelbagai pihak dalam memartabatkan nasyid sebagai wadah seni yang mampu membawa misi dakwah Islamiah ke tengah masyarakat dalam memenuhi tuntutan fitrah berhibur dalam diri manusia. Jika diteliti perkembangan semasa, dunia hari ini diwarnai dengan hingar-bingar alunan lagu dan irama muzik serba glamour, ini menyebabkan industri nasyid melalui satu persaingan yang sengit untuk terus bertahan sebagai wadah penyebaran dakwah. Kenyataan ini menuntut agar seniman nasyid terus bijaksana dalam meniti perjuangan nasyid tanpa mengabaikan garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak dengan mengambilkira sejarah perkembangan nasyid di Nusantara dan sumbangannya sebagai medium penyebaran dakwah. 2. DEFINISI NASYID Nasyid merupakan nyayian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi katakata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah dan yang seumpamanya.[2] Menurut Kamus Dewan ( hal: 923) Nasyid ialah lagu yang biasanya dinyayikan secara kumpulan yang mengandungi seni kata yang berunsurkan Islam. Hj Jalidar Abdul Rahim menjelaskan masyarakat Arab pada zaman dahulu melagukan syair yang bertemakan Munajat dan Selawat dan kerap memilih lagu Arab Misri. Sumber maqam lagu Arab yang digunakan untuk membaca ayat suci Al-Quran dan nyayian lain berunsurkan Islam yang terdengar melalui nasyid dan qasidah sekarang kebanyakkanya datang daripada aliran Arab Iraqi,Hijazi dan Misri disamping tujuh lagi maqam iaitu Banjakka, Hijaz, Musyawaraq, Ras, Jaharka, Sika dan Dukah.[3] Istilah nasyid menurut masyarakat Indonesia , adalah ganti dari kata qasidah sebagaimana yang dimaklumi di daerah Sumatera dan Kalimantan. Bahkan di daerah-daerah lain ada yang menyebutnya sebagai Tagoni, Samrahan dan sebagainya. Namun jika ditinjau dari bahasa Arab nasyid berasal dari kata nasyada yang bermaksud membangkitkan, memberikan semangat, meneriakkan dan lain-lain.[4]

Sesungguhnya istilah Nasyid telah muncul dalam kebudayaan Arab Islam sejak abad 3H/9M dan terus berkembang dari masa ke semasa.[5] 3. SEJARAH PERKEMBANGAN NASYID DI NUSANTARA Kedatangan Agama Islam ke Nusantara membawa bersama Seni dan Kebudayaan Arab yang menarik hati masyarakat Islam khususnya pada keindahan lagu-lagu Arab yang didengar dan diterima melalui bacaan Al-Quran dan alunan lagu Qasidah Tawasyih, Ibtihal [6] dan nasyid serta selawat dari nuzum syair marhaban dalam memuji dan mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Lagu Arab tersebut dibawa secara langsung oleh pendakwah Arab yang datang ke Nusantara untuk mengembangkan Islam . Masyarakat Islam di Tanah Melayu telah menjadikan nasyid Tawasyih[7], Qasidah Majrur[8] dan bacaan Rawi berzanji dan Marhaban sebagai satu kesenian dalam setiap Majlis Perkahwinan, Majlis Khatam al-Quran, Majlis Berkhatan , Majlis Menyambut Kelahiran Bayi dan Majlis Menyambut Maulidur Rasul S.A.W.[9] 3.1 SEJARAH PERKEMBANGAN NASYID DI INDONESIA. Di Indonesia Qasidah Rebana telah mula berkembang di sekitar Pulau Jawa khususnya di Jakarta dan sekitarnya selepas tumbangnnya Parti Komunis Indonesia sekitar tahun 1966/1967, dikatakan hampir seluruh lingkungan wilayah dan kampung mempunyai kumpulan Qasidah Rebana. Pada kebiasaanya Qasidah Rebana hanya diiringi dengan alat rebana dan tamborin. Pada awal tahun 1970-an Qasidah Gambus mula berkembang seiring dengan Qasidah Rebana. Qasidah Gambus diiringi dengan alat muzik yang biasanya terdiri dari Gambus, Biola, Seruling, Gendang, Tabla dan sebagainya dan biasanya mereka membawakan lagu-lagu dakwah atau lagu yang bertemakan keagamaan, dengan melodi dan irama ala Timur Tengah. Pada masa yang sama juga wujud Orkes Gambus yang biasanya membawakan lagu-lagu asli Timur Tengah. [10] Diantara Orkes Gambus yang amat terkenal pada awal tahun 70- an ialah Orkes Gambus ElSurayya di bawah pimpinan Almarhum Prof Ahmad Baqi yang terus mengembangkan sayap seni nasyid di sekitar Indonesia. Allahyarham Prof Ahmad Baqi yang dilahirkan pada tahun 1920 adalah tokoh terkenal yang membangunkan seni nasyid bukan sahaja di Indonesia tetapi di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. [11] Orkes Gambus El-Suraya yang amat terkenal dengan lagu Selimut Putih yang telah dinyayikan oleh Ibu Atikah Rahman [12] terus mendapat tempat hingga ke hari ini kerana liriknya yang amat menyentuh hati dan mampu menitiskan airmata bagi yang mengamatinya. Sekitar tahun 70-an juga wujudnya kumpulan Qasidah Pop, namun ia hanya diminati oleh golongan elit. Sementara pada pertengahan tahun 80-an perkembangan Qasidah Indonesia turut menyaksikan Qasidah Dangdut yang telah diperkenalkan oleh kumpulan Nasidaria dari Samarang dan pada tahun 1990 Qasidah Rebana Plus turut menyajikan lagu-lagu nasyid dengan diiringi alat muzik seperti gitar, piano dan sebagainya disamping wujud juga Qasidah Salawatan

iaitu lagu yang berintikan selawat yang diiringi dengan instrumen muzik yang lembut seperti nasyid yang dipopularkan oleh Hadad Alawi dan Sulis. Muzik dan Irama nasyid terus berkembang di Indonesia dengan wujudnya Festivel Nasyid Indonesia (FNI), Festivel Nasyid Nusantara (FNN) dan gerakkan kebangkitan nasyid Indonesia yang digiatkan oleh Fatahillah Manajemen Indonesia(FMI)[13]. 3.2 SEJARAH PERKEMBANGAN NASYID DI MALAYSIA. Malaysia turut menerima perkembangan nasyid secara serius pada sekitar tahun 70-80 an. Sehingga berjaya melahirkan kumpulan nasyid yang merakamkan album seperti kumpulan nasyid Al-Jawaher yang terkenal dengan nasyid seperti Assalamuaikum, Kembara di Tanah Gersang, Mohon Pada-Nya dan sujud pada-Nya. Selain itu terdapat juga artis-artis yang merakamkan lagu nasyid secara solo seperti Ahmadi Hassan. Negeri Sabah turut melalui perkembangan yang sama, di mana penghijrahan pendakwah dari Medan Indonesia yang berkhidmat dengan Majlis Agama Islam Sabah iaitu Tuan Haji Umar Sidik telah menubuhkan kumpulan nasyid Gelora Dakwah pada tahun 1975 dan murid Allahyarham Prof Ahmad Baqi iaitu Tuan Haji Jalidar bin Abd Rahim telah menubuhkan kumpulan nasyid Noor El-Kawakib pada tahun 1978 yang telah berjaya merakamkan kaset dan piring hitam. Diantara lagu yang dimuatkan dalam album pertama kumpulan ini ialah Kekalkan Islam di bumi bertuah, Nabi Akhir zaman, Bersatu Baru Islam Sempurna dan sebagainya. [14] Perkembangan nasyid turut diwarnai dengan penganjuran pelbagai pertandingan nasyid sekitar tahun 1980-an, di mana RTM turut mengendalikan pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan. Sementara pada tahun 1991 Festivel Nasyid Kebangsaan telah diurusetiakan oleh Bahagian HalEhwal Islam (BHEAIS) Jabatan Perdana Menteri yang kini di kenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). JAKIM telah mengurusetiakan Festivel ini (1991-2006) sebanyak 17 kali disamping menguruskan Festivel nasyid peringkat MABIMS (ASEAN) yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1996. Kategori nasyid yang dipertandingkan pada masa ini secara umumnya di bahagikan kepada kategori tradisi dan moden. Pada tahun 1997, kemunculan kumpulan nasyid kontemporari pertama di Malaysia iaitu kumpulan Raihan merupakan perintis kepada era kegemilangan nasyid kontemporari di Malaysia. Seiring itu, muncul pula kumpulan nasyid Rabbani, Hijjaz dan Saujana dengan bentuk hiburan yang bermesejkan ketuhanan serta menerapkan nilai-nilai Islam yang murni bertujuan mendidik masyarakat. Hingga kini irama nasyid terus berkembang subur di Malaysia dengan kelahiran ramai anak-anak muda yang terus memperjuangkan irama nasyid sebagai medium dakwah yang turut diterima oleh masyarakat Brunei dan Singapura. 3.3 SEJARAH PERKEMBANGAN NASYID DI BRUNEI DARUSSALAM. Sejarah perkembangan nasyid di negara Brunei Darussalam mula wujud pada tahun 80-an , menurut Hjh Normin Haji Mahali, Bahagian Perhubungan dan Kemajuan Islam, Kementerian

Hal-Ehwal Agama Negara Brunei. Perkembangan nasyid di negara Brunei banyak tertumpu di sekolah- sekolah dan maktab sekitar negara Brunei. Setakat ini Kementerian Hal-Ehwal Agama Negara Brunei tidak pernah mengendalikan Festivel Nasyid peringkat negara. Pertandingan nasyid lebih banyak diadakan diperingkat sekolah dan institusi pendidikan disamping peranan Radio Televisyen Brunei (RTB) untuk menyajikan lagu nasyid kepada masyarakat Brunei Darussalam .[15] 4. SUMBANGAN NASYID SEBAGAI MEDIUM DAKWAH Kecenderungan masyarakat pada hari ini yang gemarkan kepada hiburan perlu dipandu dengan pengisian yang betul dan tepat dalam mengharungi arus hedonism yang terus berleluasa. Meneliti perkara ini, nasyid dilihat amat signifikan berperanan sebagai hiburan alternatif yang juga boleh mengajak manusia kepada kebaikan. Prof Dr Ismail al-Faruqi mengatakan, tidak ramai umat Islam yang menyedari akan betapa pentingnya seni suara dan muzik sebagai suatu bentuk seni yang mengungkapkan pandangan alam (world view) Islam dan tentang kemesraan yang terdapat diantara seni tampak dan seni dengar (visual and aural arts) di dalam kebudayaan Islam. Begitu juga tidak ramai yang sedar tentang pentingnya seni dengar digunakan untuk tujuan-tujuan sosial dan dakwah. Sehubungan dengan itu nasyid yang merupakan salah satu cabang ilmu handasat al-Aswat (seni suara) dan seni dengar yang telah berkembang dengan pesatnya di Nusantara telah menjadi medium dakwah khususnya dalam penghasilan lirik lagu yang mengandungi nilai dalam mendidik masyarakat agar memperteguhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah, ketaatan kepada Rasulullah S.A.W, menginsafi kebesaran Allah, mengajak manusia menjadikan Sunnah sebagai panduan dan meletakkan kebenaran sebagai pedoman serta kebaikan dan keindahan wasilah dalam mencapai matlamat keredhaan Allah S.W.T. Nasyid dan Marhaban, telah menjadi aktiviti alternatif sebahagian remaja Islam masa kini, khususnya dalam mengimarahkan masjid dan surau serta mengisi pelbagai aktiviti hidup dengan perkara yang bermanfaat. Ini dapatkan mengelakkan remaja dari terjebak ke dalam aktiviti gejala sosial yang kian berleluasa. Nasyid juga telah menjadi medium penyebaran dakwah dalam dunia penyiaran, di mana lagu nasyid telah menjadi salah satu bentuk seni hiburan yang disiarkan di kaca televisyen dan radio, Rancangan Nasyid Minggu (NMI) ini yang diterbitkan oleh Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM sejak Mac 2004 menjadi satu pendekatan kepada muda-mudi untuk memilih hiburan yang lebih baik dan bermanfaat. Selain daripada hiburan, rancangan ini juga banyak memaparkan petikan ayat-ayat al-Quran dan Hadith sesuai dengan tema siaran. [16] Carta Nasyid Radio IKIM juga turut menjadi siaran hiburan pilihan sebahagian remaja Islam masakini. Konsert yang berintikan seni Islam seperti Nasyid juga telah dijadikan sebagai ruang kerja amal dan dakwah secara terbuka kepada semua golongan lapisan masyarakat, usaha yang dilakukan

oleh Persatuan Penggiat Seni Nasyid Malaysia (PNI) menerusi konsert Thousand Faces One Faith yang membawa maksud Seribu Wajah Satu Aqidah akan menceritakan kehidupan warga Islam yang tergolong dari pelbagai keturunan, bangsa dan budaya. Konsert yang akan diadakan pada 12 Ogos 2006 ini mempunyai tentatif yang amat menarik sebagai medium dakwah. Konsert ini akan dimulakan dengan acara solat maghrib secara berjemaah oleh semua penonton dan akan diteruskan dengan Nasyid Asmaul Husna secara koir bersama penonton disamping itu turut disajikan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan persembahan video yang menerapkan nilai akidah dan diiringi persembahan nasyid yang menyentuh jiwa.[17] Perjalanan seni nasyid nusantara tidak terlepas dari tuntutan dan tanggungjawab berdakwah pada jalan Allah . Adalah menjadi tanggungjawab ahli seni untuk terus mengajak manusia kepada kebaikan dengan tidak melupakan etika dan akhlak Islam yang perlu menjadi pakaian diri sepanjang masa agar nasyid mampu menjadi agen yang mengajak manusia kepada amar maruf dan nahi mungkar. 5. KESIMPULAN Usaha memartabatkan nasyid secara profesional dalam bentuk program pembelajaran secara konsisten amat perlu dalam usaha melahirkan seniman nasyid yang berkaliber. Penggiat nasyid nusantara harus mengembeleng tenaga dalam mewujudkan institusi nasyid yang boleh melahirkan seniman nasyid seperti Prof Ahmad Baqi yang mampu menghasilkan lirik lagu yang memberi kesan dalam mendidik jiwa berteraskan ajaran Islam . Olahan kreatif penulisan lirik mestilah tidak meninggalkan tujuan asal nasyid, iaitu untuk berdakwah dan memberi tarbiah Islamiah kepada pendengar samada secara langsung atau secara tidak langsung. Penulisan berkaitan sejarah nasyid nusantara wajar diperbanyakkan dalam mendorong peminat dan pengamal nasyid mampu memasyarakatkan dan meneruskan kegiatan seni nasyid untuk generasi akan datang. Semoga perkongsian maklumat ini mampu membuka minda untuk terus memartabatkan nasyid sebagai salah satu medium dakwah masa kini. Sumber: www.islam.gov.my Disediakan oleh: Mundzir Kamal (Pegawai Operasi I.T. Rakan Farhan)

Anda mungkin juga menyukai