Anda di halaman 1dari 2

PENJODOH BILANGAN

Latihan 1

Pilih jawapan yang paling tepat.

1. Pak Mail membawa se ............... pisang pulang dari kebunnya .


A. buah B. tandan C. ekor D. biji

2. Se .............. tembikai itu berharga RM6.00


A. buah B. biji C. ekor D. pasang

3. Juhaira ternampak beberapa .....................burung hinggap di atas pokok kelapa.


A. tandan B. sikat C. potong D. ekor

4. Dua ............... bas digunakan untuk lawatan ke Kuala Terengganu.


A. biji B. buah C. pasang D. ekor

5. Se ................ kasut sukan Adidas berhargaRM200.00


A. ekor B. pasang C. tandan D. keping

6. Se .............. pisang itu berharga RM4.00


A. tandan B. biji C. pokok D. sikat

7. Emak menghadiahkan se ................... baju kurung untuk Nadia.


A. gulung B. keping C. lembar D. pasang

8. Abang menggali lubang dengan menggunakan se .................. cangkul.


A. batang B. pucuk C. bilah D. urat

9. Tiga ................... bunga ros menghiasi pasu kecil di atas meja itu.
A. jambak B. helai C. keping D. butir

10. Dua .................. filem digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan Haziah.
A. lembar B. keping C. buah D. gulung
Latihan 2

Jawab soalan berdasarkan jawapan yang disediakan.

genggam papan hiris jambangan laras kaki ikat baris orang naskah

1. Pak Ahmad membaca se ___________________ majalah kepada masjid.

2. Abang mengambil se____________ baja lalu ditaburkan di atas batas pokok


kacang.

3. Beberapa _______________ almari di pusat sumber itu digunakan untuk


meletakkan pelbagai jenis bahan bacaan.

4. Suasana menjadi bingit apabila sekumpulan penduduk membakar beberapa


___________________ mercun sempena Tahun Baru Cina.

5. Terdapat beberapa _______________ meriam lama di atas puncak Kota


Melawati.

6. Mak Limah membawa se_____________ payung kerana cuaca kelihatan


mendung.

7. Suzana mempunyai se________________ abang yang tinggal di Kuala Lumpur.

8. Johan hanya memakan beberapa ______________ mangga kerana buah itu amat
masam.

9. Mak Senah membeli se____________ bayam untuk dimasak gulai lemak.

10. Shuhada menempah beberapa _______________ bunga untuk majlis hari lahir
Adiknya.

Anda mungkin juga menyukai