Anda di halaman 1dari 6

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua


Sidang Akademik 2005/2006

April/Mei 2006

JIM 104 – Pengantar Statistik

Masa : [3 jam]

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi ENAM muka surat yang
bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab SEMUA soalan.

Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

Setiap soalan diperuntukkan 100 markah.

Sila pastikan anda mendapat buku sifir Statistik PPPJJ.

…2/-
-2- [JIM 104]

1. (a) Jadual taburan frekuensi masa hayat (dalam unit jam) untuk 60 biji lampu
mentol 40-watt diberikan seperti berikut:

Kelas Frekuensi
600 – 699 4
700 – 799 12
800 – 899 30
900 – 999 8
1000 – 1099 6

(i) Carikan mediannya.

(ii) Dengan menggunakan kaedah pengkodan, cari min dan sisihan


piawainya.
(50 markah)

(b) Kotak A, B dan C masing-masing mengandungi 7 biji bola merah dan 2 biji
bola hijau. Suatu percubaan rawak dijalankan seperti berikut:

Sebiji bola dipindahkan secara rawak dari A ke B, kemudian sebiji bola


dipindahkan dari B ke C, dan akhirnya sebiji bola dikeluarkan secara rawak
dari C.

(i) Lukiskan gambarajah pohon bagi eksperimen rawak ini.


(ii) Dapatkan ruang sampel bagi eksperimen rawak ini.
(iii) Cari kebarangkalian bahawa bola yang dikeluarkan itu adalah merah.
(50 markah)

2. (a) Sejenis penyakit boleh dicamkan oleh doktor dalam kes-kesnya dengan
kebarangkalian 0.8. Jika dicamkan dan diubati, pesakit itu akan sembuh
dengan kebarangkalian 0.9. Jika penetapan doktor itu salah, pesakit masih
mungkin sembuh dengan kebarangkalian 0.2 disebabkan perkembangan
semulajadi badan pesakit sendiri. Jika 5 orang pesakit yang mengidap
penyakit tersebut (tetapi tidak diketahuinya) meminta nasihat daripada doktor,
berapakah kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya 4 pesakit akan
sembuh?
(50 markah)

…3/-
-3- [JIM 104]

(b) Dua biji dadu biasa dilambungkan serentak. Katakan A ialah peristiwa
bahawa jumlah bilangan mata yang muncul ialah 8 dan B ialah peristiwa
bahawa bilangan mata yang muncul pada dua biji dadu tersebut adalah sama.
(i) Senaraikan titik sampel bagi peristiwa A dan peristiwa B.
(ii) Cari P(A) dan P(B).
(iii) Adakah A dan B tak bersandar? Terangkan.
(iv) Cari P(B A). Huraikan erti peristiwa B diberi A di dalam kes ini.
(50 markah)

3. (a) Sebuah kotak mengandungi 5 biji bola yang masing-masing bernombor 3, 6,


9, 12 dan 15. Sampel rawak bersaiz tiga diambil dari kotak ini tanpa
pengembalian. Katakan Y menandakan min dari tiga nombor yang ada pada
tiga bola tersebut. Carikan

(i) taburan bagi Y,


(ii) min serta varians bagi Y.
(50 markah)

(b) Diketahui X pembolehubah rawak normal dengan min  dan sisihan piawai .
Diberi P(X > 5) = 0.9772 dan P(X < 10) = 0.9987, dapatkan nilai  dan .
(50 markah)

4. (a) Sebuah kilang mengeluarkan perkakas elektronik.

(i) Dari sampel 100 perkakas elektronik, didapati 10 daripadanya tidak


lulus dalam suatu ujian kawalan mutu. Apakah anggaran kadar perkakas
elektronik yang tidak lulus serta varians kadar perkakas elektronik yang
tidak lulus?

(ii) Seterusnya, bina selang keyakinan 90% bagi kadar perkakas yang tidak
lulus.
(50 markah)

…4/-
-4- [JIM 104]

(b) Sejenis ubat perangsang diuji terhadap kesannya pada tekanan darah.
Tekanan darah tujuh orang telah diukur sebelum dan selepas menggunakan
ubat perangsang tersebut. Yang berikut merupakan beza perubahan pada
tekanan darah:

5, 7, 3, 6, -7, -4, -3.

Binakan selang keyakinan 95% bagi purata beza perubahan pada tekanan
darah. Nyatakan anggapan yang diperlukan bagi statistik yang anda gunakan.
(50 markah)

5. (a) Sekumpulan penyelidik sosial menyemak suatu sampel rawak bersaiz 1600
orang daripada golongan kerja buruh di satu bandar dan mendapati bahawa
100 daripada mereka sedang menganggur. Suatu tinjauan yang telah
dijalankan oleh Jabatan Statistik Negara menunjukkan bahawa kadar
pengangguran nasional ialah 8%. Bolehkah kita terima dakwaan bahawa
kadar pengangguran di bandar tersebut kurang daripada kadar nasional?
(50 markah)

(b) Suatu ujikaji menggunakan dua alat yang berlainan untuk mengira bilangan
getaran sesaat bagi sehelai dawai yang tegang. Sebanyak 26 helai dawai yang
sama panjang dan ditegangkan dengan cara yang sama digunakan di dalam
ujikaji tersebut. Keputusan berikut diperolehi:

Saiz Sampel Min (getaran/saat) Varians sampel

Alat A 10 45.2 6.25


Alat B 16 49.08 9.61

Ujikan sama ada min sebenar getaran sesaat yang dikira oleh alat A sama
dengan yang dikira oleh alat B. Nyatakan segala andaian anda. Gunakan
 = 0.025.
(50 markah)

- ooo0ooo -

…5/-
-5- [JIM 104]

Rumus-Rumus Penting

…6/-
-6- [JIM 104]

- oooOooo -

…7/-

Anda mungkin juga menyukai