Anda di halaman 1dari 14

KERTAS CADANGAN

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK TAMAN SETIA TAHUN 2022

Kepada :
Guru Besar,
SK Taman Setia

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK TAMAN SETIA TAHUN 2022

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Merentas desa adalah satu sukan yang melibatkan paskan atau individu berlari pada
pertandingan lapangan yang terbentang dengan melalui kawasan rupa bumi semulajadi.
Lapangan ini biasanya berjarak di antara 4-12 kilometer, yang mungkin melibatkan
permukaan rumput dan bumi, melalui hutan dan kawasan desa yang terbentang, termasuk
bukit, tanah rata dan jalan berkerikil. Ia adalah sukan individu dan berpasukan yang dinilai
berdasarkan masa individu dan markah keseluruhan bagi pasukan.
Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah SK TAMAN SETIA ini dirancang diadakan
pada 3 JUN 2022 (Jumaat) bagi memastikan sekolah kita bersedia untuk menghadapi
kejohanan MSSD Merentas Desa yang dianjurkan pada masa hadapan.
Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah SK TAMAN SETIA akan diadakan
bertempat di antara sekolah dan mengelilingi Taman Setia dan di dalam lembaran ini
diusulkan beberapa cadangan pelaksanaan kejohanan merentas desa semoga dapat menjadi
panduan, rujukan dan maklumbalas pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan
kejohanan ini.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk
individu yang cergas
3.2 : Mencungkil bakat-bakat murid
3.3 : Mengetengahkan atlit yang berkualiti ke peringkat Daerah, Bahagian, Negeri dan
Kebangsaan.
3.4 : Memupuk persaingan yang sihat di antara pelajar

4.0 KUMPULAN SASARAN

Guru – guru, kakitangan dan semua pelajar tahap 2 SK TAMAN SETIA


5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini dilaksanakan berdasarkan ketetapan berikut:

i. NAMA KEJOHANAN
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022

ii. TARIKH KEJOHANAN


3 JUN 2022(Jumaat)

iii. TEMPAT
SK TAMAN SETIA

6.0 PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Sukan Sk Taman Setia. Sepuluh peserta terbaik
bagi setiap kategori akan memenangi pingat yang disediakan. Setiap penyertaan
akan memberi 1 markah kepada rumah sukan masing-masing. 10 mata untuk peserta
yang mendapat tempat.

Jumlah markah keseluruhan akan dijumlahkan bersama dengan markah Kejohanan


Olahraga untuk menentukan markah Johan antara rumah sukan.
6.1 KATEGORI DAN KUMPULAN UMUR

Kategori Kod Jarak Larian


Lelaki Tahun 4 L/4 3 km
Lelaki Tahun 5 L/5 3 km
Lelaki Tahun 6 L/6 3 km
Perempuan Tahun 4 P/4 2.5 km
Perempuan Tahun 5 P/5 2.5 km
Perempuan Tahun 6 P/6 2.5 km

6.2 PENYERTAAN

1. Terbuka kepada semua ahli rumah sukan Sk Taman Setia, mengikut kumpulan
umur masing-masing.
2. Setiap peserta dianggap secara automatik memasuki acara perseorangan.
3. Kedudukan terbaik 10 peserta pertama akan membawa pingat
4. Pengurus pasukan memastikan bahawa pesertanya cukup sihat sebelum
menyertai pertandingan.
5. Semua pelajar adalah diwajibkan menyertai pertandingan ini kecuali murid
yang sakit dan disahkan oleh surat doktor yang diiktiraf atau jika pelajar
tersebut terlibat sebagai petugas kejohanan.

6.3 PENDAFTARAN
1. Semua pelajar tahap 2 akan diberikan borang pendaftaran penyertaan.
2. Borang tersebut perlu ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga sebagai
kebenaran untuk anak jagaan mereka untuk mengikuti kejohanan dan bebas
dari sebarang penyakit-penyakit kronik.

6.4 HADIAH
I. Acara perseorangan : Hadiah iringan berupa pingat kepada 10 pemenang terbaik
mengikut kategori masing-masing.

6.5 BANTAHAN

Sebarang bantahan boleh dibuat secara bertulis dan diserah kepada referi untuk
tindakan juri rayuan. Bantahan hendaklah dibuat oleh pengurus pasukan beserta
wang cagaran RM100.00 pada 15 minit selepas keputusan diumumkan. Wang
cagaran akan dikembalikan jika didapati
bantahan diterima.

Juri Rayuan akan dipengerusikan oleh:


 GURU BESAR atau GPK Kokurikulum
 Pengurus pertandingan

6.6 HAL- HAL LAIN

1. Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan yang bertujuan


memberikan kelebihan di sepanjang pertandingan.
2. Peserta yang didapati menganggu atau menindas peserta lain dengan maksud
melengahkan lawan akan dibatalkan haknya untuk memenangi pertandingan
ini, walaupun ia mendapat tempat kedudukan.
3. Peserta yang memotong jalan (short cut) untuk kepentingannya, nombor
peserta yang dipakai/ nama akan dicatat oleh pegawai pertandingan dan
penyertaan peserta itu akan dibatalkan.
4. Jawatankuasa pengelola akan cuba sebaik mungkin mengambil langkah-
langkah yang wajar bagi mengelakkan dari berlakunya kemalangan,
kecederaan, kehilangan harta benda peserta semasa pertandingan dijalankan.
5. Perkara-perkara lain yang tidak dinyatakan di atas akan diputuskan oleh
jawatankuasa pengelola dan keputusan yang dibuat adalah MUKTAMAD.

6.7 LATIHAN MERENTAS DESA RUMAH-RUMAH SUKAN


Rumah Sukan Waktu
1.Latihan akan dijalankan pada setiap 7.30pg-10.30pg
hari sewaktu masa Pendidikan jasmani
2. Rehearsal akan dijalankan pada
27/5/2022

Nota: Tugasan pegawai sukan semasa latihan Merentas Desa adalah di bawah
kelolaan rumah sukan masing-masing. Ketua rumah bertanggungjawab memastikan
program latihan berjalan lancar dan keselamatan peserta adalah tanggungjawab guru
rumah masing-masing.

7.0 JAWATAN KUASA PENGELOLA KEJOHANAN PERTANDINGAN


MERENTAS DESA SK TAMAN SETIA 2022
PENGERUSI : SARIFAH BINTI MOHAMED GURU BESAR

TIMB.PENGERUSI : SHALWANA BINTI HUSSAIN PK KOKURIKULUM

N/ PENGERUSI I : NINAYATI BINTI SABARI PK KANAN 1

N/PENGERUSI II : MOHD SARIFFUDIN BIN RAMLI PK HEM

PENGELOLA : MUHAMMAD NURAIMANN BIN CHE YUSOFF

SU SUKAN

PENYELARAS

PROGRAM: WAN MOHAMAD HAFIZ BIN WAN ISMAIL P.SU SUKAN

PEN. PENYELARAS PROGRAM : NORFARHANA BT ABDUL RAZAK

SU KOKURIKULUM

7.1 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

JAWATAN NAMA TUGAS


Menyediakan hadiah
Hadiah dan NOORZILAWATI BT AZMI (K) secukupnya untuk di
Sijil ROSMALINA BT AB. RAHMAN sampaikan kepada
UNISHADEVI A/P MANOGERAN pemenang.
Medal = 6 kategori x 10
unit medal = 60 medal
Piala Pusingan = 1 unit
Sijil = 60 helai

Menyediakan sijil
penghargaan kepada
pihak polis dll.

GERALD A/L ANTHONY Menyediakan ubat-ubatan


Perubatan & untuk digunakan waktu
kecemasan kecemasan.

Berhubung dengan
bantuan hospital untuk
pelan B.
Membuat plan laluan.
Trek & Laluan WAN MOHAMAD HAFIZ B WAN L=3KM
ISMAIL P=2.5KM

*Marker dan papan tanda


laluan
Menguruskan makan dan
Makanan & ROSLINA BT ISMAIL(K) minum pelajar serta
Minuman FARIDAH BT ABDULLAH petugas
Petugas

Guru Rumah Mengambil kedatangan


Kedatangan 1. CIK SITI SAPURA BT CHE pelajar sebelum kejohanan
Pelajar HASSAN (M) berlangsung
2. WAN NUR SUHANIM BT SUKRI
(B) Menguruskan peserta
3. SITI MASLIAH BT MOHD ALI (H)
4. SALHAFIZA BT MD SALIM (K) Menyediakan kad tanda
peserta
Hakim NORFARHANA BT ABDUL RAZAK 1. Menangkap pemenang
Penamat HASLIANA BT ABU HASSAN 2. Menyediakan kad
kepada pemenang (10
orang setiap kategori)
1. Mencatat masa dan
Pencatat RAFIZA BT DARUS(L4) keputusan rasmi
keputusan IZURNI BINTI IBRAHIM (L5) peserta.
NUR AISYAH BT ABDUL RAHMAN 2. Memastikan 10 peserta
(L6) terbaik mengikut
YAHANI BT ISHAK(P4) kategori mempunyai
NASUHA BT MAMAT(P5) nama.
SITI HAJAR BT ISMAIL(P6)

1. Mengambil kedudukan
Kiraan Mata ZURIAH BT IBRAHIM rasmi pemenang.dan
Pemenang kedudukan
2. Memberikan mata
untuk rumah sukan dan
juara keseluruhan
kategori berpasukan
*10 terbaik setiap kategori

1. Mengambil gambar
Fotografi/ MUHAMMAD FAIZ BIN sepanjang acara dan
Dokumentasi KAMAROZAMAN diserahkan dalam
bentuk soft copy
kepada pengarah
kejohanan sebagai
rekod
1. Menjaga dan
Petugas Check Point 1 : MOHD FADZIL BIN mengawal setiap
Check Point MOHD BAKRI check point.
Check Point 2 : IRA NADZIRAH BT
ABD AZIZ
Check Point 3 : NOR SYUHADA BT 2. Memastikan setiap
MOHD ARIFFIN peserta melalui trek
Check Point 3a: WAN NUR yang sepatutnya
HAZIMAH BT WAN HUSIN
Check Point 4: HAZRINA BT ABD
RAUF
Check Point 5: AHMAD SAIFUL BIN
MOKHTAR@ALI
Check Point 5b: NUR ASYIKIN BT
MOKSEN
Check Point 6: YUSMANIZAM B
YOOCUB
Check Point 7: AZLAN B ABD MAJID
Check Point 8: CHE MAZLAN BIN
CHE KOB
Check Point 9: ALI BIN MAT NOR
Check Point 10: MOHD ANWAR BIN
AB. RAHMAN
SUZILA BT SAAD@ ADAM Menjaga dan mengawal
Displin displin pelajar.
1. Menjalankan aktiviti
Pengurusan NUR ALIA BT MAT AZMAN (K) untuk pengisian tahap
Tahap 1 SYAZRIN NATASYA BT SULAIMEN 1
FARISHA ASSILA BT SAHARUDIN 2. Membantu mengurus
murid tahap 1
HJH SARIFAH BINTI MOHAMED Melepaskan peserta
Pelepas NINAYATI BINTI SABARI
MOHD SARIFFUDIN BIN RAMLI
SHALWANA BINTI HUSSAIN

Menyediakan PA sistem
P. A Sistem AZLAN B ABD MAJID selengkapnya
 Majlis perasmian
 Pengurusan tahap
1
Mengendalikan aktiviti
Senamrobik AHMAD SAIFUL BIN memanaskan badan dan
MOKHTAR@ALI senamrobik

Menyediakan peralatan
Peralatan MUHAMMAD NURAIMANN BIN CHE yang diperlukan.
YUSOFF(K)
- Semua guru PJ

Memastikan tahap
Kebersihan NORHANA BT IDRIS kebersihan sekolah terjaga
Berhubung dengan
bahagian pembersihan
sekolah untuk bantuan.
Mengawal keselamatan
Keselamatan WAN MOHAMAD HAFIZ B WAN atlit dengan bantuan polis
dan Marshal ISMAIL dan kadet polis.
MUHAMMAD NURAIMANN BIN CHE Mengekori kumpulan
YUSOFF hadapan larian bagi setiap
kategori.

8.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti Tindakan Tempat

7.30 pagi 1. Pelajar berkumpul di dataran  Semua pelajar Dataran


perhimpunan dan guru kelas perhimpunan
2. Mengambil kedatangan  JK senamrobik
3. Pelajar bersedia dengan memakai
nombor peserta.
4. Senamrobik/pemanasan badan

7.45 pagi 1. Taklimat pengurus kejohanan  Penyelaras  Dataran


2. Penjaga check point bergerak ke kejohanan perhimpunan
lokasi  AJK checkpoint  Lokasi
check point

7.50 pagi Pelepasan peserta mengikut kategori


oleh perasmi

7.50 pagi Pelepasan Peserta Lelaki Kategori L4,L5  JK Pelepas

7.50 pagi Pelepasan Peserta Lelaki Kategori L6  JK Petugas


checkpoint Dataran
8.00 pagi Pelepasan Peserta Perempuan P4,P5
 JK Perubatan & perhimpunan
8.00 pagi Pelepasan Peserta Perempuan Kategori
P6 Kecemasan

 JK Pencatat
8.30 pagi - Ketibaan peserta Masa/Keputusan - Dataran
–  JK Penjaga perhimpunan
10.00 Masa/ Kiraan
pagi Mata Pemenang
 JK Hakim
penamat
9.40 pagi - Rehat -Semua pelajar - Kantin sekolah

 JK PA sistem
10.00 Majlis penutup dan penyampaian hadiah  Juruacara Majlis - Dataran
pagi  Perasmi Perhimpunan
kejohanan - Kantin sekolah
 JK Hadiah dan
Sijil
 JK Kebersihan
11.00 Jamuan Tengahari JK Makanan & Kantin
pagi Minuman Petugas
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Item Kuantiti Anggaran Jumlah


1. Medal & sijil 60 unit RM 6 RM 360
2. Kain rentang 1 RM 150 RM 150
3. Makanan dan minuman
murid Tahun 4,5,6 400 RM3 RM1200

4. Kad peserta 400 keping RM 0.40 RM160


Plastik 400 keping RM0.40 RM160
Pin 1600 unit RM0.10 RM160
Warning Tape 8 unit RM3 RM24
JUMLAH RM 2214.00

10.0 PENUTUP

Penganjuran kejohanan ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi
meningkatkan pencapaian pelajar secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah
yang positif dan aktif.

Disediakan oleh : Disemak oleh :


…………………………………. ……………………………

WAN MOHAMAD HAFIZ BIN WAN SHALWANA BT HUSSAIN


ISMAIL PK Kokurikulum
P. Setiausaha Sukan SK Taman Setia
SK Taman Setia 24 MEI 2022
24 MEI 2022

KERTAS CADANGAN
KEJOHANAN MERENTAS DESA SK TAMAN SETIA TAHUN 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [ KEJOHANAN MERENTAS DESA SK


TAMAN SETIA TAHUN 2022]
atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [KEJOHANAN MERENTAS DESA


SK TAMAN SETIA TAHUN 2022]

Ulasan :

PUAN HAJAH SARIFAH BT MOHAMAD


GURU BESAR
SK TAMAN SETIA
Tarikh: 24.5.2022

Anda mungkin juga menyukai