Anda di halaman 1dari 2

Sikap Saintifik dan Nilai Murni Perkara-perkara berikut boleh dilakukan oleh juru latih, guru atau juru

pandu edutourism sebagai aktiviti pengayaan. Perlu dingatkan di sini bahawa kaedah dan aktiviti yang harus digunakan ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar dan keaedah atau aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut: Kerja amali Kerja amali adalah yang berkonsepkan ``alam semula jadi adalah makmal pengajaran dan pembelajaran.'' Di sinilah semua pelajar sama ada yang mengikuti aliran sains dan sastera dapat mempelajari mengenai alam mengikut tema dan bidang tertentu mengikut acuan nilai saintifik dan nilai murni. Sikap saintifik dan nilai murni Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri para pelajar..Sikap dan nilai positif yang dipupuk dalam pembelajaran sains di sekolah meliputi sikap saintifik dan nilai murni seperti berikut: 1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. 2. Jujur dan tepat dalam merekod danmengesahkan data. 3 Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara. 4. Bertangungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar. 5. Menyedari bahawa sains merupakan salah satu cara untuk memahami alam. 6. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat. 7. Menghargai keseimbangan alam semula jadi

8. Berhemah tinggi dan hormat menghormati. 9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi 10. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan 11. Berfikiran kritikal dan analitis. 12. Luwes dan berfikiran terbuka. 13. Baik hati, kasih sayang dan ikram. 14. Bersifat objektif. 15. Sistematik 16. Bekerjasama 17. Adil dan Saksama. 18. Berani Mencuba 19. Berfikir Secara Rasional 20. Yakin dan berdikari. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan sama ada secara bersahaja atau secara terancang. Penerapan Unsur Patriotisme Kurikulum sains dapat mengukuhkan dan memupuk unsur patriotisme dan nilai kewarganegaraan di kalangan murid bagi meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. melalui tajuk yang berkaitan dengan sumber bumi, kekayaan dan kepelbagaian hidupan serta perkembangan sains dan teknologi di negara kita, semangat mencintai negara dapat diperkukuhkan

Anda mungkin juga menyukai