Anda di halaman 1dari 3

Kisah Nabi Nuh

1) Nabi Nuh hidup di zaman kaum yang sudah tidak percaya kepada

Allah. Semua kaumnya syirik melainkan baginda seorang sahaja

yang percaya kepada Allah.

2) Nabi Nuh mengambil masa selama 950 tahun untuk berdakwah

semata-mata. 950 tahun! Bukan sekejap. Dan selama itu, hanya

beberapa orang sahajayang kembali percaya kepada Allah dan

mereka bukanlah orang yang berkepentingan dalam masyarakat.

3) Pelbagai cara Nabi Nuh berdakwah namun sesiapa yang

mendengarnya akan mencaci, menutup telinga, menghalau dan

menuduh bahawa Nabi Nuh sesat.

4) Apabila Nabi Nuh berdakwah kepada orang yang berpengaruh

dalam masyarakat, mereka seolag berkata, “Bagaimana kami mahu

ikut kau kalau pengikut-pengikut kau hanyalah orang biasa /

bawahan? Kalau kau nak kami ikut kau, kau buang dulu pengikut

yang kau ada sekarang”. Mereka bukan kejar kebenaran tapi

kedudukan dalam masyarakat.

5) Nabi Nuh tidak akan meninggalkan pengikutnya kerana mereka

juga hamba Allah.

6) Allah berkata kepada Nabi Nuh, sudah tidak aka nada lagi orang

yang akan percaya. Allah menyuruh baginda untuk berhenti


berdakwah. Setakat itu sahaja pengikut Nabi Nuh. Hidayah Allah

sudah tertutup buat mereka yang lain.

7) Allah perintahkan Nabi Nuh untuk membina sebuah kapal besar di

atas gunung. Nabi Nuh membina kapal tersebut selama 100 tahun.

8) Orang ramai terus-terusan menghina Nabi Nuh. Mereka

memperlekeh tindakan Nabi Nuh dengan berkata, “Kau kata kau

nabi, sekarang dah jadi tukang kayu pula? Orang buat kapal tepi

laut, kau buat kapal atas gunung. Kau ni dah gila ke?”.

9) Selepas kapal itu telah siap, Allah memerintahkan Nabi Nuh untuk

membawa pengikutnya dan semua spesis haiwan ke dalam kapal

tersebut secara berpasangan jantan dan betina. Bagaimana semua

haiwan itu boleh muat di dalam sebuah kapal? Kapal tersebut

sebenarnya sangat besar, ketinggiannya sahaja seakan tinggi

bangunan pencakar langit yang ada sekarang. Lebarnya tersangat

besar dan disebabkan itu, Nabi Nuh mengambil masa 100 tahun

untuk membinanya.

10) Kemudian, dengan kuasa Allah air turun dari langit dan naik

dari tanah. Maka tenggelamlah segala-galanya yang ada di muka

bumi. Yang terselamat hanyalah mereka di dalam kapal Nabi Nuh.

11) Nabi Nuh mempunyai 4 orang anak lelaki iaitu Yam, Shem, Ham

dan Japheth. Yam tidak percaya kepada Allah. Dia enggan naik ke

atas kapal dan mengatakan dia boleh tunggu di atas gunung. Pada
masa yang sama, Allah terus memisahkan mereka dengan ombak

air dan menenggelamkan Yam.

12) Nabi Nuh menunggu banjir reda selama 6 bulan. Setiap hari

baginda menghantar burung untuk memeriksa keadaan di luar

kapal dan setiap kali burung itu kembali, ia kembali tanpa

membawa apa-apa. Suatu hari, burung itu kembali dengan

membawa sehelai daun iaitu petanda yang baik. Kali kedua burung

itu kembali, terdapat kesan tanah di kakinya, iaitu petanda bahawa

banjir telah tamat.

13) Sama seperti ketika mula-mula kapal itu dibina, ia akhirnya

mendarat di atas sebuah gunung.

14) Dengan kuasa Allah, semua pengikut Nabi Nuh yang

terselamat tidak beranak-pinak/mandul. Hanya keluarga Nabi

Nuh sahaja yang dapat melahirkan zuriat. Oleh sebab itu, Nabi

Nuh digelar ‘The Second Adam’ kerana semua keturunan manusia

yang ada sekarang berasal daripada keturunan Nabi Nuh.

15) Nabi Nuh hidup selama 350 tahun selepas banjir besar

tersebut.

Anda mungkin juga menyukai