Anda di halaman 1dari 1

Ledakan teknologi dan internet masa kini menjadi medium komunikasi dan maklumat terpenting

dalam memacu kepesatan teknologi dan internet.Ia banyak dipengaruhi dengan rangkaian
berkelajuan tinggi generasi kelima (5G), robotik, kecerdasan buatan, Revolusi Industri Keempat (IR
4.0) dan yang terkini Internet Saling Berhubung (IoT).Terdapat banyak perisian yang dihasilkan
membuktikan dunia sedang menuju masa depan digital. Lihat sahaja aktiviti urus niaga tanpa tunai,
pertemuan secara maya, pesanan makanan secara maya, pesanan teksi dan juga pelbagai aplikasi
lain yang boleh dimuat turun dari telefon pintar.Istilah kejuruteraan perisian boleh digunakan untuk
setiap jenis pembangunan perisian seperti Microsoft Word atau pembangunan aplikasi yang
kompleks untuk perniagaan, hiburan, pendidikan dan perubatan.Perkembangan pesat bidang
perisian telah memudahkan banyak urusan harian manusia. Untuk menghasilkan perisian yang baik,
teknik sistematik diperlukan supaya ia ramah pengguna, dapat memenuhi keperluan hidup, boleh
beroperasi dengan cekap dan dalam anggaran bajet.Pentingnya kejuruteraan perisian adalah kerana
ia membina sesuatu yang tidak ada sebelumnya dan menyelesaikan masalah rumit dengan
mengautomasikan aktiviti tersebut dalam bentuk perisian yang mudah digunakan.

Lepasan kejuruteraan awam boleh bekerja sama ada dalam sektor awam atau swasta. Dalam sektor
awam, mereka ditugaskan sama ada untuk mereka bentuk kemudahan kejuruteraan, menyelia projek
pembinaan bagi pihak kerajaan atau terlibat dalam operasi dan penyelenggaraan infrastruktur awam
manakala dalam sektor swasta pula mereka boleh bekerja dengan pihak perunding, kontraktor dan
pemaju. Bagi individu yang memperoleh Ijazah Sarjana dan Kedoktoran pula, mereka boleh
menceburi kerjaya sebagai tenaga pengajar dan penyelidik di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA),
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan agensi penyelidikan. Peranan jurutera awam juga perlu
mengikut trend cara hidup masyarakat dan teknologi dunia. Pengetahuan, kesedaran dan kepekaan
masyarakat terhadap kualiti alam sekitar adalah untuk menjamin kehidupan yang bermutu akan
meningkat.Dalam projek-projek ini, jurutera awam perlu bertindak sebagai perancang, pereka bentuk
dan pembina. Kekukuhan dan kestabilan struktur selepas pembinaan siap juga menjadi
tanggungjawab jurutera awam.

Anda mungkin juga menyukai