Anda di halaman 1dari 2

JAWATANKUASA KAWASAN RUKUN TETANGGA,

KG RUGADING, MATUNGGONG
89058 KUDAT SABAH.
TEL NO : 016 380 7521

Ruj: KRT Kg
Rugading/
Tarikh : 18 Mei 2023

YB Datuk Wetrom Bin Bahanda


Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu
Ahli Dewan Undangan Negeri N.6 Bandau
Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)

YB Datuk,

MEMOHON SUMBANGAN DAN MERASMIKAN SAMBUTAN KAAMATAN &


SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT KAMPUNG RUGADING ANJURAN KRT KG
RUGADING.

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. adalah dimaklumkan pihak KRT KG Rugading akan mengadakan program sambutan


kaamatan dan sambutan hari ibu di peringkat kampung. Maklumat program adalah seperti berikut :

Tarikh : 2 Jun 2023


Masa : 2 petang
Tempat : Rumah panjang tradisi Kg Rugading

3. Untuk makluman pihak Datuk, program ini dianjurkan adalah untuk memperingati tradisi
bulan kaamatan yang sinonim dengan bangsa KDMR di sabah ini. Manakala, sambutan hari ibu juga
disekalikan bersama sambutan kaamatan ini bagi mengenang jasa baik para ibu khususnya di Kg
Rugading ini.
4. Kami dari pihak AJK Induk Krt Kg Rugading amat berharap agar YB Datuk dapat bersama-
sama kami untuk memeriahkan lagi perjalanan majlis ini dan semoga permohonan kami untuk
memohon sumbangan in dapat dipertimbangkan.

5. Sekian dahulu dari pihak kami jutaan terima kasih atas keprihatinan Datuk.

“MALAYSIA MADANI”
“KERANA PERPADUAN KITA BERSAMA”

Yang menjalankan amanah,


JUL
…………………………………………………….
JULMAH BINTI AHMAD
SETIAUSAHA KRT KG RUGADING

Anda mungkin juga menyukai