Anda di halaman 1dari 1

Teks Ucapan Guru Besar sempena majlis Perasmian Minggu Anti Dadah Peringkat SKB

Salam sejahtera kepada semua warga SK Buntong. Terlebih dahulu saya merakamkan rasa
kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya semua warga sekolah pada hari
ini dapat bersama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah tahun 2021.
Seperti pelancaran majlis-majlis sebelum ini , majlis kali ini juga dilancarkan secara alam
maya disebabkan situasi pandemic covid.

Pada pendapat saya, situasi pandemic covid tidak sepatutnya menghalang pendidikan anak-
anak murid. Pendidikan yang menyeluruh yang bukan sahaja menjurus kepada PDPR harus
disampaikan kepada murid. Seperti mana yang anda semu sedia maklum pendidikan bukan
hanya di bilik darjah atau berhadapan dengan peranti. Pendidikan sebenarnya ada disekeliling
kita dan kitalah yang harus mencari dan menhayatinya. Kami guru-guru di SKB sentiasa
prihatin dan cuba untuk menyampaikan pendidikan menerusi pelbagai cara. Dan pelancaran
Minggu Anti Dadah ini adalah salah satu usaha kami tersebut.

Murid-murid yang dikasihi sekalian,


Menurut Kamus Dewan,dadah ditakrifkan sebagai ubat-ubatan. Sememangnya ubat itu
adalah dadah. Ya betul. Pandol biasa itu pun adalah dadah tetapi digunakan dalam dos yang
terkawal. Jika ambil berlebihan ia akan membahayakan kita. Dadah terbahagi kepada
beberapa jenis. Contohnya morfin,heroin,kokain,syabu,ganja dan banyak lagi. Kesan dadah
juga berbeza-beza bergantung kepada dos dan cara pengambilan. Ada yang muntah-
muntah,badan menggeletar dan boleh membawa kepada kematian.

Bagi pelajar pula, antara tanda awal yang boleh dikesan jika terlibat dengan dadah ialah;
sering ponteng sekolah, datang sekolah pada hari-hari tertentu sahaja, prestasi akademik
merosot dengan mendadak, mata merah, sering mengantuk di dalam kelas dan sering ke
tandas.

Pelajar-pelajar yang dikasihi, jika anak-anak pelajar tidak mahu terlibat dengan najis dadah,
jauhilah dahulu rokok kerana bermula dengan rokoklah pelajar-pelajar akan terlibat dengan
dadah pula. Ingatlah,dadah,sekali mencuba,deritanya akan ditanggung seumur hidup pelajar.

Banyak masalah sosial lain yang akan timbul akibat terlibat dengan najis dadah. Mula-mula
pelajar akan membohongi ibu bapa, mencuri wang untuk mendapatkan bekalan dadah dan
jika tidak mendapat apa yang diinginkan, tidak mustahil pelajar sanggup membunuh asalkan
hajat dapat dipenuhi. Banyak kisah teladan yang telah dipaparkan sama ada dalam drama-
drama TV ataupun berita-berita dalam akhbar.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah merangka pelbagai aktiviti untuk memberi
kesedaran kepada pelajar tentang bahaya dadah. Sertailah segala aktiviti yang akan diadakan
dan dapatkan manfaat daripada aktiviti-aktiviti ini. Akhir kata, pihak sekolah akan terus
berusaha untuk membendung masalah dadah ini hingga ke akar umbi dengan melibatkan
semua agensi sesuai dengan tema “ 1 Malaysia Membanteras Dadah ”.

Dengan ini, saya merasmikan ‘Pelancaran Minggu Anti-Dadah SK Buntong. Sekian


terimakasih.

Anda mungkin juga menyukai